Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

22 March 2011

Layu

Bak sekuntum bunga mawar,
layu selayunya.
begitulah aku dua hari ini,
terasa hari sungguh panjang,
rasa lambat nya waktu,
terasa begitu merindukan sesuatu,
tapi tidak tahu apa,
bila bosan menjengah,
aku kutip semua memori lama,
di setiap perhentian duka dan suka,
merasa getir dan gemilangnya hidup satu ketika,
dan bangunnya aku,
buat aku sedar,
aku dikira bertuah.
kerana aku masih punya ibu yang sentiasa dekat di hati,
yang selalu masih menerima segala duka yang aku sisipkan
lewat kebelakangan ini.

disini aku terasa sayu..
aku pohon semoga seorang teman
diberikan kesabaran berpanjangan

hati aku resah saat dengar esakan tangisnya sore semalam
dicaci maki ibu bapa sendiri
saat jatuh nya dia dalam hidup
Oh Tuhan,
Kau berikan dia dugaan sebegitu besar sebegitu pahit untuk hidupnya
seperti apa yang Kau duga padaku sepanjang liku hidup ku
aku harap,

dia punya ketabahan serupa!!

2 comments:

  1. mak ayah dia tak sayang dia kot..
    tu mak ayah angkat ke??
    kesian dia..
    semoga dia kuat...
    tak semua orang bahagia hidupnya didunia ni..
    mungkin kebahagian tiada disini..

    ReplyDelete
  2. Diana~itu memang mak bapak dia..
    mak bapak mana tak syg anak.
    anak yg dikandungnya.
    cuma mungkin ada rasa susah hati di hati org tua tapi xtau mcmn nak luahkan,
    terkeluarla smua benda yg x elok.
    sy sedih..turut sedih.

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...