Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

14 December 2010

Remis Oh Remis

Inila remis di kawasan persekitaran Bachok. Ni aku amik dkt link di bwh k.Credit to her pics! Nanti gambar aku sdiri lak bila aku dh blk kg la ek..
 
   Bagi mereka yang kurang mengenali remis atau disebut lala kecil. Ia adalah sejenis moluska bercengkerang yang boleh didapati di pesisir pantai. Bentuknya seakan lala, namun saiznya lebih kecil dan hanya diperoleh dengan banyak sekitar bulan Jun hingga Disember setiap tahun. Tidak seperti keluarga siput lain seperti kupang, tiram, siput sedut mahupun kerang, remis hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu. Kulit remis umumnya mempunyai pelbagai corak yang unik dan berjalur. Malah, ada yang tidak mempunyai corak. Namun, ia mempunyai warna tertentu seperti hitam, putih dan coklat*.

    Agaknya Pantai Remis dikenali sbb byk remis kot! Yang tu nak kena surfed check info okes. Remis ataupun "resek" ni begitu mudah didapati di pesisiran pantai Bachok, sekitar tahun 90'an dan tahun2 sebelumnya.. Pada abad 20 ni ssh dah nk tgk remis..Namun,alangkah sukanya hati bila Suzana Hassan (Jiran)bgtau aku, remis ni mula meremiskan diri di kwsn pantai blkg umah ku. Yahoo..

Ok, skrg..waktu utk mengimbas kembali bgmn resek dan kehidupanku!
Ini agaknya remis kwsn lain. Remis kwsn pantai Bachok berwarna agak bersih dan putih(takkan nak ckp agak keputihan, brings another meaning ok)..Bila musim tengkujuh atau tak mengira musim la, dulu mmg byk. Bila ke pantai jek, kakiku gatal2 sbb byk sgt remis..

Remis Oh remis...or..resek oh resek!

  1. Bila ke pantai, kami tak pernah lupa bawa plastik, besen, dan "ngejok". Wah..sungguh seronok berlari di gigi pantai sambil mencari hasil resek.
  2. Sambil cari resek, kami terjun laut. Mandi! Yariba!! Erk* JANGAN MANDI MASA MUSIM TENGKUJUH!
  3. Lepas dpt hasil, agak2 dah gorib* baru igt nak balik, sebelum tu jgn lupa bawa hasil resek! Tips utk mengelakkan dibaham* mek. Wahahhahaha..(sbnrnya, kena pukul gak!)
  4. Balik2, mandi, bersihkan sisa2 pasir pantai..rendam sekali resek tu dgn air laut. Supaya pasir keluar. Takdela ko mkn resek rase pasir.
  5. Tgn dah beku, kaku, sbb mandi lama sgt, sediakan serai diketuk, bwg merah,bwg putih,..jeng2..masukkan resek dgn air tawar(bkn air masin td!), pastu rebus, pastu makan! sManis2 lak rasanya. Bukan sbb gula, sbb fresh! sedap mkn ketika layan movie or mega movie dkt TV3. Dkt kg, RTM & TV3 je ada ok! Sekrg, ada changes sikit. Ada NTV7 jugak TV8 masih tak berjaya tembusi lagi Kelantan hokeh!
Rezeki Resek!

  • Demi sesuap nasi~Utk perhatian kwn2, aku masih igt lagi, resek juga menjadi sumber rezeki kepada sesiapa yg hidup ssh dan melarat. Takkanla saja2 ko pegi kutip resek tuh dan jual? Sebab org pesisiran pantai nih bolehla dikatakan agak terer mengutip hasil resek! Jadi, kalau bkn org pesisiran pantai cari resek,mestila dia ssh. Kalau sikit xpela, kalau berguni2??Berjam2? Berhari2??
  • Dari jauh kau dtg~Aku masih igt, tentu tak pernah lupa pada saudara2 ku yg datang dr jauh semata2 nk mengutip resek nih utk dijual demi sesuap nasi. Kami adik beradik turut membantu. Namun, mereka2 yg dulu mengutip resek demi anak2 ni, sudah agak selesa sekrg dgn kadar2 mereka memandangkan anak2 dah dewasa dan berjaya. Itula pepatah MELAYU ada mengatakan, "bersusah2 dahulu, bersng2 kemudian".Bila dah senang, jgn lupa kawan2 ye.
  • Santapan Keluarga~resek juga dijadikan lauk pada mereka yg susah dan senang, kebykkannya dulu2 org kampung memangla boleh dikira dengan jari telunjuk (kan ada dua jer jari kita?so maksudnya sikit la)..kebanyakkannya susahla. Jadi ibu2 turut serta mencari resek bila dah sesak dan tak punya pitih* nak beli ikan. Dulu, jgn nak berangan nk merasa ayam Moksu Nah(tokey ayam di kg ) tiap2 hari. Ikan tu expensive dkt sini, ayam murah plak, tp dulu & skrg,ikan tu adalah rahmat buat kami! Mencari2 resek, untung2 dapat ikan sesat, untung2 dapat kepah. Wah! sedap masak dgn megi kari!

Cara Mencari Resek
  1. Sila gunakan kaki anda yg Allah bg. Pegi ke pantai, nampak ke x nampak ke berbiji2 tu, rasala dulu dgn kaki. Kalau2 kaki gatal berbiji2 tu, maksudnya?????????????REZEKI RESEK lah tuh! sila sediakan ngejok okes. Korang hanya perlu mengorek tanah sedalam kira-kira satu meter bagi mencari siput remis yang terdapat dalam pasir laut kira-kira satu meter dari gigi air laut.
  2. Bila dah ada ngejok tu, gunala ngejok tu utk menggali dan menyelamatkan resek tuh. Silala berlari2 manja ke arah gigi air, dan tapisla guna air laut.
  3. Hasilnya???????wah byknya kulit siput!*buzz!! maksudnya gagal la. Yang ko pegi korek tpt siput tu apesal? Sila cuba lagi. Tempat resek berkubu tu kena tepat dan saksama! Kalau x, hasilnya kulit siput la! Alamak! siput! siput masak lemak! cerot2..sedapnya!(erk..tu topik lain ok,skrg topik resek)..
  4. Try and error ok. Lps tu lama2, pandaila...lama2, boleh le hasilnya! Kena pandai rasa dgn kaki, dgn tgn pun boleh, tp lenguhla kot nak asik tunduk2 je! tapi kebanyakkannya, bila dah musim, memang byk!  itula namanya rezeki dari Allah.
Jadi? motif aku bgtau nih? Sbb resek ni, aku rasa aku nak balik kg minggu depan! sbb dah lama sgt dah aku tak ketemu ko wahai encik resek!! sedapnya,dah terliur, dan terbau2 manisnya resek! bolehla ajar Acha makan resek! Barula Kelantan Sejati! bak kata babahnya"gedebe mung"(dgn sebutannya gaya2 org Perak tergeliat lidah)..

Okla..sekian untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi!!!




*resek-adalah remis. resek merupakan panggilan org Kelantan terhadap remis.
*ngejok- besen gak sebenarnya,merujuk kepada bekas berjaring2 supaya senang le nnti nak menampi remis tu, supaya dapat asingkan antara hasil resek tu dgn pasir pantai.
*gorib- maghrib/ senja.
*dibaham-dipukul le. Disebut dibaham mcm kena ngap dgn singa!
*pitih-duit.
pictures from-http://juariahhjyunus.fotopages.com/
Info- based on my true story
Info asal usul remis-KOSMO

2 comments:

  1. oh..namanya remis eh bnda tu?
    slma ni tak tahu pulak namanya..panggil kepah je..hee

    ReplyDelete
  2. Itula namanya remis, remis nih kecik nak dibandingkan dgn kepah.
    Kepah besar cik adik..hehheheh..

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...