Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

26 March 2011

Hina Ke Gemuk?

Ye, aku manusia berbadan sasa. Eh bukan, aku perempuan berbadan gemuk. Dengan ketinggian 155cm, berat dah tak segan segan cecah 63 kg, cuba bayangkan perempuan kenit berjalan-jalan membawa barang yang banyak dan ditenggelami barang-barang dapur yag dibeli di Tesco. Ye, bila anda pendek, anda mempunyai kilo yang banyak, maka memang anda nampak kenit! Macam org kerdil pun ada.

gemuk ke?sila pakai jaket di luar utk tips nampak kurus!
*ok..ini memang cedok echah punya gambar.ekekeke.
Tak heranla orang yang berbadan sedap(kasi sedap ayat) macam aku ni menjadi pujaan ramai(pang perasan) disebabkan jari ku kembung dan kemetot serta kawan-kawan tak kira laki perempuan memuji tangan aku comel dan dari situ mereka tahu aku pandai masak(pandainya korang!).

cedok dari kosmo.memang berjiwa besar!
Tak pelik juga bila adikku semasa berusia 4 tahun selalu memanggil aku "Gajah" dan selalu halau aku balik semula Itm bila cuti semester. Seisi keluarga memang tahu gelaran tersohor di abad ni. Dan usah cerita berat kg aku yang sukar nak turun tapi cepat nak naik terutama bila musim cuti sem dan segala makanan dunia ada di depan mata bila balik kg dan bagai-bagai lg cubaan spt suka sngat dengan t-shirt & jeans PDI, bila masuk fitting room sambil dijeling sales girl, aku menjerit "tak muaaaaaaaaaaaatt!!!" dan baru aku phm salesgirl tu jeling bkn sbb aku takde duit tapi sbb aku tak sedar diri!

aku pun menyumpah nyumpah dalam hati kenapala tolol sgt designer PDI ni create baju jeans lawa tapi bangang buat saiz baby saje.pang lagik. dan tak usah cerita bilamana kawan aku semua putih tinggi dan lawa-lawa belaka walaupun pelajaran tah ke mana, betapa ramai lelaki yang mengorat depa buat aku jeles. aku pula bila berjalan di kalangan mereka akula si kenit antara pramugari cantik(sbb tinggi dan lawa dan gojes pulak tuh).manakala aku hitam pendek dan gemuk.

tapi disebabkan aku baik ati aku selalu punya ramai kawan,aku juga easy going, malah aku selalu tutup gemuk itu dengan berbaju warna ceria amat sampai orang tak sempat nk tgk aku gemuk tp dorang tengok warna berani yang aku pakai. kasut pun selamba je aku pakai merah. bila orang cakap "amboi merahnya kasut!!" jawapan aku "hanya orang yang berani saja yang pakai kasut merah!". betul tak aku cakap? berapa ramai nak pakai kasut merah bila baju berwarna hijau atau oren?keyakinan tu mestii tinggiii melangit.ekkekeke.

jadi bila dok gila gila sengal ubi dan memanng jenis selamba vs badak aku memang dikenali.tak kira di mana aku berada. pelajaran aku jaga always kena tip top terutama bila bab sains politik dan law.bila tanya pasal account,math atau statitistik pang kau memang nak kena penampar.

setiap orang ada kelebihan masing-masing dan korang jangan terkezut beruk sebab laki aku memang duk terkejar-kejar aku yang berbadan sedap ni la. padahal dia kurus je, kenapala suka orang gumuk macam aku?lama-lama aku terima dia memang jodoh aku. tak semua laki suka pempuan keding,kalau mereka suka pun itu sebelum mereka kahwin.bila kahwin kalau keding sangat depa cakap "tak sedap nak peluk" okey itu statement gatal tapi itu based on true story.

kalau mereka kata kau gumuk selepas kau kahwin contohnya laki aku suka menepuk-nepuk lemak aku, "amboiiii..perli nampak! kalau slim nanti siap la!"itu ugutan aku.dia risau kalau bini dia lagi hot dari sekarang.ekkeekek itu statemnent tak bleh blah. dia pun cepat-cepat cakap taknak aku kurus.

kekekkekekek...see echah? laki aku suka tau orang chubby ni! dan ramai lagi orang suka perempuan chubby atau gebu gebu ni mak!

entry ini untuk penyegar entry echah yang berbaur emo.kekekkekkeke..klik.

p/s: hubby aku adalah antara orang yang cakap "amboi merahnya kasut!"

21 comments:

  1. suka la entri nie..sy bab law memang slow.klu maths,statistik n account bley la score a.tabik spring la kt wan!btw sy pun gemuk jugak.tp ms kt merbok kurus la.hehe..

    ReplyDelete
  2. murni @ pn kutu~dari dl bdn saya ni jap gumuk pastu br jap nak turun kilo, gumuk blk.last2 redha jela!
    yg penting hati tu kena bersih!

    ReplyDelete
  3. betul tu sah...........aku nak beli baju 4 tahun 2 helai jah,nak beli seluar gak bapak payohnyer la.x larat doh nak diet nie......g oversea gak turun la 10kg,blk msia naik blk.........tambah2 klu blk kg gak.huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. betu tu sah.....aku gak beli baju baru 4 tahun 2 helai jah.....bapak payohnyer nak cari baju.kalau g oversea turun la 10kg,blk msia naik mendadak bukan mendidih doh..tambah2 kalau balik kg........huhuhuhuhuhuuu

    ReplyDelete
  5. akak oi.xsempat la nak komen .nak g tganu kejap.nanti ecah baca lepas balik nanti.miss u akak.eh.ahahha..header dah siap?eh.huuhu

    echah

    ReplyDelete
  6. wau...best jugak citer ni...ya betul...x semua lelaki suka perempuan kurus atau yang cantik2...kita mesti bersyukur dengan diri kita sebab semua manusia x sempurna...walaupun saya kurus...tapi saya x pandai bergaya sebab saya simple...hihi...pape pon...semoga rumah tangga akak kekal abadi *_*

    ReplyDelete
  7. Echah~keje ko merayap je!!
    Anis~kekekke..kesian kamu. ada ayat di atas "keding"..kekeke..mcm utk kamu2 je..

    ReplyDelete
  8. hahahaha.....saya tau....saja je bagi komen yang mengayat hati....hihi....sori ^_^

    ReplyDelete
  9. Anis~x kisah ler dik..gumuk ke keding ke, sila la jadi diri sdiri, hati kena jujur dan bersih. klu xbersih, bubuh clorox. sental laju2.ekkekeke...

    ReplyDelete
  10. hahahaha...betol3....^_^

    ReplyDelete
  11. ekeke...best nye akak ada org terkejar2 kt akak..da slmt ada fmily pn kan...

    ReplyDelete
  12. Misssenget~ekkeke..gedik kan akak dl. laki akak lagi gedik..hahaha..

    ReplyDelete
  13. hahha..baru baca.amboi akak.ecah xde konfiden lak.nak diet pun xtrun2.adoii...thnks akak buat entri ade gmbr kita.hhahahaa....comel la budak tuh!anak sape entah.;p

    erm.nak jmpe laki yg nak kt ecah payah r akak.

    ReplyDelete
  14. manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka ada..tak pernah bersyukur..langsung tak hina jadi gemuk..yang penting, hati dan niat yang ikhlas

    ReplyDelete
  15. hahahaa... lawaklah baca...
    saya ni pulak nak tmbah berat badan, x berjaya sampai sekarang... cekeding jer... laki nak peluk pun pikir 25x.. heheheh

    ReplyDelete
  16. Echah~setiap manusia mmg ada lebih dan kurg, namun kita harus bina keyakinan yg tinggi utk hidup!

    ReplyDelete
  17. Rozuan~biasalah yg gumuk nk kurus, yg kurus nk gemuk!hahahhahaha

    ReplyDelete
  18. Bunga~oohh..patutla suami sy suka peluk sy sbb sy ni bdn sedap kan. awak kena gemukkan bdn sikit la weh. hahhahha

    ReplyDelete
  19. kihkihkih..kita serupa..kita serupa..adeh..bilalah nk kurus ni wey

    ReplyDelete
  20. kurus tak sepertinya cantik. gemuk tak semestinya x cantik

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...