Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

22 March 2011

Semua sedih

Sekeliling ku sedih. Suasana sungguh sedih walaupun tidak ada seorang bersama ku. Namun, kesedihan mereka turut dirasai.

Seorang teman seakan putus saudara dengan ibu bapa sendiri, dipulau dan dilupakan. Melalui perit hidup bersama si suami yang hidupnya juga tidak menentu.

Seorang adik yang ditinggalkan kekasih, yang menderita hati nya. Yang mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin.

Seorang kakak yang sedang bermasalah. Rumah tangga yang dibina hampir-hampir punah. Aduhai.

Seorang lagi kakak bercinta dengan Pak Hitam yang disangkanya begitu suci nya cinta. Betullah cinta itu buta. Apakah kau mahu mengulangi kisah Ferris dan kisah Raja Bahrain?

Seorang lagi kakak yang mengikat kasih dengan seorang lelaki di lewat usia 50-an yang sememangnya sudah berpunya. Kakak oh kakak! Apakah kau rasa madu itu manis?
Bersedialah untuk dugaan paling besar dan bersedialah untuk merasa sakitnya hidup!

Seorang emak yang risaukan anaknya hendak berkahwin.
Biarlah apa pun yang terjadi, itu keputusannya.

Kisah di pejabat dengan shipment, dengan invoice, dengan FCL, dengan semua nyalah!

Aku berada di tengah tengah dan aku sebenarnya turut rasa semua tempias ini bila semuanya pada waktu yang sama!
Aku sangat simpati. Bagilah aku peluang, i have my shoulder to cry on. U will always have me.

4 comments:

  1. pisah,beristifarla banyak2...setiap masalah yang berlaku mungkin ALLAH nak duga kita.mesti ader hikmah disebalik kejadian.................

    ReplyDelete
  2. Puan Kutu, saya juga mengharapkn yg terbaik utk insan di sekeliling saya..

    ReplyDelete
  3. Ketty~kalau aku saja beristighfar tak cukup, aku juga mahu mereka2 ni sedar setiap dugaan ini ada hikmah nya tersendiri..

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...