layu selayunya.
begitulah aku dua hari ini,
terasa hari sungguh panjang,
rasa lambat nya waktu,
terasa begitu merindukan sesuatu,
tapi tidak tahu apa,
bila bosan menjengah,
aku kutip semua memori lama,
di setiap perhentian duka dan suka,
merasa getir dan gemilangnya hidup satu ketika,
dan bangunnya aku,
buat aku sedar,
aku dikira bertuah.
kerana aku masih punya ibu yang sentiasa dekat di hati,
yang selalu masih menerima segala duka yang aku sisipkan
lewat kebelakangan ini.
disini aku terasa sayu..
aku pohon semoga seorang teman
diberikan kesabaran berpanjangan
dicaci maki ibu bapa sendiri
saat jatuh nya dia dalam hidupOh Tuhan,
Kau berikan dia dugaan sebegitu besar sebegitu pahit untuk hidupnya
seperti apa yang Kau duga padaku sepanjang liku hidup ku
aku harap,
dia punya ketabahan serupa!!
Diana~itu memang mak bapak dia..
ReplyDeletemak bapak mana tak syg anak.
anak yg dikandungnya.
cuma mungkin ada rasa susah hati di hati org tua tapi xtau mcmn nak luahkan,
terkeluarla smua benda yg x elok.
sy sedih..turut sedih.