Kalau jarang bercakap orang kata pendiam. "Nak keluar sepatah perkataan macam nak keluar emas". Kata Cikgu Hamdan, cikgu B.M masa aku darjah 1 dulu.
Sebenarnya cikgu, bukan ada emas dalam kerongkong saya ni. Saya yang tak tahu jawapan di tempat kosong tuh.
Kata-kata cikgu sungguh berbisa.
Apalagi bila aku nak masuk kumpulan nasyid masa sekolah sekolah dulu, masa Sambutan Maal Hijrah. Kawan-kawan aku semua masuk sebab mereka selain dari memiliki suara yang ala ala sumbang gampang, tapi mereka memiliki rupa yang sedap dipandang sebab tu mereka dapat masuk kumpulan tu.
Ini ihsan pakcik google sebab aku takde gambar sebab aku TAK DAPAT MASUK! |
Aku disingkir dengan jawapan "Suara awak tak sedap!!"
Kekdahnya? Kalau la mereka yang lain sedap sangat takpela juga! Beriya-beriya aku menyanyi nasyid dengan suara yang kuat dan tak payah cerita sebelah malam nya aku menghafal lagu Maal Hijrah tuh.
"Hijrah itu perjuangan...Hijrah itu..."
sampaikan aku tak nak dengar lagu tu sekarang ni sebab sure teringat kata-kata pedas Ustaz Mat Zain yang memilih rupa sahaja!
Memangla diakui suara aku tak sedap, baju aku ada koyak, kain aku koyak di hujung, kasut aku nampak ibu jari kaki montel ku.
Sebab kata-kata bisa cikgu-cikgu yang selalu pandang rendah pada aku yang rendah dan hitam dan kecil *dulu* sekarang aku gumuk..eh sebab itulah aku berjaya menjadi pelajar terbaik di UPSR Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bachok Kelantan pada tahun 1995.
Dan bermulalah kegemilangan hidup. PANG. Macam bibliografi pulak!
Dan sebab kata-kata bisa lah yang buat aku jadi seorang yang yakin dan bersemangat waja selain mewarisi sikap kepoci mek aku. Hahahhaha..
p/s: tapi semua adik beradik tahu cikgu Mohamad sangat sayangkan aku. hahahhahha. I lap u cikgu!
walaupun aku dah berpuluh tahun tak ketemu dia, aku tahu dia selalu ingat padaku!
waaaaaaaaaaa... aku rasa apa ko rasa nok...
ReplyDeleteitulah ckp ssh..tak ckp pun ssh..semua tak kena!amboi syg sgt dia kt cikgu mohamad tuh.hehe..
ReplyDeleteNa& Pn Kutu~Reminds us how memory would not tear off no matter how bad u want to get rid of your past.
ReplyDeletewahhhhhhhh !! 0_0
ReplyDeletemanusia. mmg suke pada kecantikkan..
ReplyDeletetpi..akak bagus..sbb akak dpt buktikan dgn kelebihan!! :)
Sab~itu dulu. org tak nak kwn dgn akak..sbb akak comot, hitam dan berlengas!
ReplyDeleteskrg bukan main ramai kwn akak tau!!
ahhaahhaha..