Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

14 March 2011

Merlin

Merlin, kau buat aku teruja menunggu kehadiranmu.
Malah anakku juga. Hinggakan, mata yang mengantuk pun dibuka luas-luas. Setiapkali matanya mahu tepejam, setiapkali itu dia cepat-cepat gosok gosok matanya.

Kerana kau Merlin, aku terjaga jam 7 pagi.
Mandiku ala kadar, atau ala-ala P.Ramlee atau senang cakap mandi kerbau.
Anakku ditinggalkan dengan babahnya pagi tadi dengan tidak mandi dan tidak bertukar pampers. Gara-gara kau Merlin!!!!!


Anakku peminat setia Merlin

Juga big fan of Ustaz Amirul. Oh anakku,kau baru berusia 2 tahun nak!

Dan akhirnya beliau tertidur di kala jam sudah pukul 11 malam.
Maka, pagi tadi beliau mengada nak tengok Merlin. Menjerit-jerit suruh dipasang Merlin. Dia ingat itu cd ke. Ah mengada, mama dah lambat!

Sekian.

1 comment:

  1. alahai..anak aku pun suka tengok Merlin.. dia kata nak tgk "horse".."perang-perang", "Akut Dragon"..he he he..

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...