Usai solat subuh,
suasana sunyi,
hening pagi,
terdengar bunyi burung berkicau,
pagi Sabtu di Kuala Lumpur..
heningnya suasana buat aku bertafakur,
kenang semua semua dugaan dalam hidup
seawal usia 25,
yang banyak pahit dari manisnya madu,
yang banyak airmata dari gelak tawa,
perit jerih dugaan ini,
semua terbalas hari ini,
segala tangis dan sumpah seranah yang ditelan,
menjadi pendinding untuk sampai hari ini,
Allah itu ada,
Dia menunjukkan Dia wujud,
maka semua yang terjadi,
telah Kau tunjukkan hikmah yang paling besar,
dalam sebuah ikatan,
yang sebenarnya boleh terlerai
dengan sebuah perkataan,
yang menggoncangkan tiang arasy..
walau dia tiada di sisi di pagi Sabtu,
namun aku tahu,
di hati ku,
dia selalu ada.
Terima kasih..
pada dugaan yang pernah buat aku jatuh dan tak berdaya,
pada duka yang paling dalam yang kau kirimkan,
pada airmata yang sudah kering,
Terima Kasih atas semua.
yang mana menjadikan aku hari ini sungguh bertuah kerana merasakan segala pahit untuk merasa manisnya madu hari ini.
nice..love poem very much!!hehe..
ReplyDeletetak tahu nak komen ape sebab best je entri nih.akak pagi2 dh layan feeling.:)
ReplyDeletepengalaman adalah suatu yg paling berharga.. x boleh di jual beli.. pengalamanlah yg mematangkan kita.. diri diuji tanda kita disayangi Allah :)
ReplyDelete