Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

12 January 2011

Bila Tiba Hari Raya

Bagi penduduk2 negeri Kelantan, diisytiharkan esok raya. Raya? What the festival? Heh! Gila kuasa apa, esok pun baru Januari, masih Januari lagi! Lambat lagi bulan September.Itu raya Puasa. Raya lain? Thaipusam? Deepavali? Chinese New Year? Check2 kalendar anda! Sebut pasal raya, pasal cuti, semua senyum2 fikir agenda apa yang nak dibuat semasa cuti.

Buat penduduk negeri Kelantan atau sesiapa sahajalah yang bermastautin di Kelantan tentu tak dapat menafikan betapa "meriah"nya Kelantan dengan pelbagai jenis kereta bila tiba musim raya. Ada yang sanggup bantai cuti seminggu siap-siap. Silap2 ada yang sanggup ambil MC, EL, dan bagai2 lagi excuse. Heh! Yang paling asyik cuti tentulah kanak-kanak, mak bapak kanak2 terutamanya cikgu sebab cuti cikgu2 ikut cuti sekolah. heh! bilalah aku nak jadi cikgu nih? =D

Picture raya puasa 2010. With Kak Linda, ex officemate.


Bila raya, nak tengok jalan sesak dkt Highway Karak-Bentong? Silap-silap sampai Kuala Krai sesaknya! Bila tiba musim raya juga, tak kiralah raya apa di Kelantan tentu semua jalan menjadi mengecil. Maksudnya, jalan dipenuhi kereta hingga tak nampak tar dan jalan berlopak2 tuh. Kalau balik kg aku lagilah! Jalannya, aduhai..memang kena bawa slow & steady. Dan bersedia untuk break mengejut juga :p.

Chinese New Year dah dekat, 3 & 4 Februari lak tu, jatuh pada Khamis dan Jumaat plak tu! Marvelous lah. Boleh cuti-cuti balik kampung lagi. Balik kg lagi syok jika nak dibandingkan beraya kemana-mana atau bergedik2 dimana2. Jangan ingat hanya sekadar balik kg tak habis duit, balik kg lagi berhabis bagai sebab semua benda aku rasa nak angkut bawa balik S.Alam. Hihihi. Keropok lekor, ubi, sayur2 fresh dari ladang mek, beras nasi dagang, silap-silap garam-kunyit pun mek tapaukan bersama! Heh, itulah mek ku. Semua benda dia nak bagi. Takut anak susah di K.L. Sob-sob. Jika kita menolak, jawapannya mesti begini...

" memanglah dkt K.L ada, tp sekurang2nya tak pyh beli, jimat duit!".

ok-ok..terus aku tak pernah tolak, aku tadahkan je bonet kereta. Balik kg dinasihatkan bawa baju sikit je ok, sebab bila balik S.Alam, semua tempat dalam kereta FULL!!

Dan, pada hari Raya lah, kami semua berkumpul. Curi-curi peluang bergedik santai bersama adik beradik dan jiran tetangga. Masa ni jugalah ada adegan minum air kelapa, mandi laut, BBQ, OPS sikap oleh mek-wea (mek terutamanya! hahahha..erk!), OPS kebun mek, OPS rambut (siapa rambut panjang dan berekor tu siap sedia..)OPS makan2 semestinya. Hoyeh!

Pada adikku yang jauh (Kimi) serta adikku (Husairi) yang selalu kena freeze cuti, sabarlah ye! Kadang2 je mereka berdua berpeluang bersama kami disebabkan tuntutan kerja. Jika tiada mereka, memang agak suram lah raya kami.



Semoga raya Cina ni, kita semua berpeluang bersama-sama. Sob-sob-sob..


BBQ dkt umah Abe






Till we meet again....

7 comments:

  1. raya kat kelantan memang best..kalau nak balik KL,mesti bawak byk buah tangan..terkejut jugak tiba2 nak raya ni..baru bulan 1,,huhu

    ReplyDelete
  2. Sungguh best bercuti di kg. wowiwuuwuwuuwu..rase nk blk skrg :)

    ReplyDelete
  3. ingtkan entry raya la sgt~
    belum puase lagi

    sedeyh~ anis dah tak de kampung~
    sob2

    ReplyDelete
  4. aku nk kelik kg raya thn ni,,xse rya sabah dh,,,xdok tupat 3bucu,,,,nk tupat mekkkkkk

    ReplyDelete
  5. Rozuan~tau terkejut bulan 1 raya? heheh.mcm2 raya kan dkt Malaysia ni. 1 MALAYSIA gtu :)
    Anis!rugi betol takde kg, taktau rase mcmn best nya raya terutama kat kelantan! ;p
    Kimi~wpun mu anonymous aku tahu itu ayat mu.Hahhahha..

    ReplyDelete
  6. raya tahun ni bulan 8.. hujung bulan... hehe..

    ReplyDelete
  7. Lebih kurg le tu. eh amboi cptnya ko update kalendar? 30 & 31 Aug kan?? wahhh..hari Merdeka lak tuh! :)

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...