Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

06 January 2011

Bila Ratu Gedik Sudah Pencen

Rembang senja petang Rabu, tanggal 5 Januari 2011.

Dah sampai ke flet,pada jam 7:30 petang, hujan renyai-renyai namun mampu menyebabkan kesesakan lalu lintas berganda, apalagi aku mencari sesuap nasi di sebuah bandar Petaling Jaya yang mana nak atau tidak kena juga lalu Federal Highway. Sabarlah! Pujuk hati.

Gambar ni tak gedik, cuma aku suka letak gambar pada setiap entry :)

Mendukung Acha yang terlelap di atas riba sewaktu menempuhi sesaknya jalan, aku tercakap" sibuk jelah pondan nih!" kala terpandang seorang wanita celup berdiri di bawah flet,agaknya menunggu hujan berhenti.. terkedu si suami. "siapa yang sibuk?" mungkin dia ingat aku termengatanya lah! Haha. Walaupun mulut ni memang kadang2 tak ada insurans, banyak kadang2 nya aku berinsuranskan Etiqa Insurans mcm nyawa kereta sawi aku tuh. Mahu kena cili mengata suami sendiri? Herm..

Sebenarnya, jahat tak jahat jugaklah aku ni. Dalam tak nak mengata orang, aku terkata juga, bukan setakat terkata. Tergelak juga, bukan sebarang tergelak, terburai juga. Hhaha.. erk! Maaf sapa2 yang terasa...

Dan..ini sebabnya..aku terkata begitu;


Pada satu maghrib tahun 2010, azan berkumandang, baru aku tiba di flet. Jammed! Akibat renyai2 hujan juga. Sambil mengibas2 rambut yang dah hampir lencun, terpandang satu makhluk Allah berbadan besar, berblouse hitam merelip2*, terbuka luas leher nya dek akibat penangan blouse senteng dan seksi berbentuk v, berpakaian legging hitam, make-up setebal berapa inci aku tak larat nak hitung, yang pasti dia mengenakan klip rambut berbentuk kupu2 singgah petang berwarna merah jambu. dan apabila beliau menuruni tangga dan terkepit2 menjaga susun langkah nya, maka terdengarla " aduh! mak kau! sakitnya!!!" terjelepuk suara kasar itu pabila di waktu hujan itu beliau memakai tumit tinggi dan lecak2 nya menyebabkan seluruh badan "seksi" itu comot dan berselerakan make-up nya tadi. Maka, aku pun tergelak dan terburai dan aku pun cepat2 menyusun langkah sambil angkat kain tinggi2....(standby nak lari..mana tau kot2 dia kejar aku??)


Itulah gara2 seorang lelaki mahu bertukar menjadi wanita di malam hari. Maka, kaum lelaki janganlah cuba2 pakai tumit tinggi terutamanya waktu hujan!


Maka penjelasan yang panjang lebar yang aku berikan kepada si suami itu menyebabkan beliau terketawa berdekah-dekah. dan menyebabkan makhluk berbadan besar yang sedang berdiri di bawah flet itu menjeling kami berdua tajam. Agaknya dia dah tak bergedik lagi selepas peristiwa aku gelakkanya tempohari, sebab beliau memakai t-shirt Polo lelaki, ber capal dan berseluar jeans lelaki. cuma rambutnya diikat dan tidak berklip kupu-kupu malam lagi..



Aduhai...
 

 

P/S : kalian pernah ke alami peristiwa yang buat anda tak sengaja terketawa nih??Hahahhaha..






*merelip- berkelip-kelip(pinjam bahasa pasar di utara sekejap)


2 comments:

  1. actually penilis asal adalah deqdeq and peng'plagiat' si luqman tuh. pelik ek..... klu nk anggap positif, mungkin dia nak tolong fofularkan blog deqdeq kot. hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Tasha, agak2 sengal mereka2 yg ber plagiat nih. hehehhe..
    kalau lah penulis asal tu nk bring case to the court, mslh jugak tuh.

    Harap2 dorg ni saling promo mempromo..
    ngeh2..

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...