Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

03 January 2011

Selamat Hari Lahir!!!

Big Fan of Upin & Ipin
* auntie2..uncle2..kalau nak beli hadiah tu, jgnla segan beli koleksi Upin Ipin :p

Acha, Mimin & Nuha (tgh kiss Mimin)

Acha & Nuha
Selamat Hari Lahir yg ke-2 untuk anakku, Delisha Hani.

Tiada hadiah dari mama, walaupun babah dah standby siap2 birthday present in advance for her daughter. Selipar bublegum dr Bata. Comel.
 
snap pic dalam keta, eh.. promo keta buatan MALAYSIA skli! ;p

Namun, di ingatan mama masih baru. Bagai msh baru. January 3rd, 2009. Badan kecil, panjang, berat pun hanya 2.75kg. Lahir secara ceasar, setelah 14 hrs dlm labour room. 7days been warded. Heh! Mcmn lah aku tak fobia nak mengandung, bersalin dan berpantang lagi?? Tunggulah! Nantila! itu kata ku. Bila ditanya soal "bila acha nk ada adik?".

Cepat masa berlalu. Sakit demam, sekejap gemuk, sekejap kurus, tengok2 dah cukup 2 tahun hari ni. Namun, masih breastfeeding. Itu yg satu lagi masalah nk ceraikan susu, alahai susahnya. Walaupun begitu, kerana breastfeeding lah, hubungan ibu~anak itu rapat. kerana susu ibu lah anak lebih mesra, cerdik & bijak! Siapa yg nak nafikan itu? Lihatlah Acha. Lihatlah anak2 yg lain. Dari susu ibu, dari situlah kasih sayang ibu bertaut merapatkan hubungan.

Alangkah bertuahnya jika pemula tahun baru 2011 ini, mama mampu bersama mu Acha. Cukup sekadar buatkan mu mee goreng kesukaanmu dan luangkan masa bersamamu. Tiada hadiah dariku, cuma doaku agar anakku ini diberi kesihatan yng berpanjangan. moga mama juga diberi kekuatan dan kesabaran dalam mendidikmu. Amin.


Selamat Hari Lahir anakku.

No comments:

Post a Comment

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...