We shared many tear & hopes. Even hopes faded away.
Sayang, memang dia yang aku sayang dan rindukan. Siapa tahu, hari-hari mendatang mengizinkan aku ketemu dia. Minta Allah panjangkan doa ini. Minta Allah kabulkan doa yang satu ini.
Aku gembira, di saat dia gembira. Dan, aku bersedih di saat dia bersedih. Tuhan saja yang tahu, perit hati ini. Hanya Allah yang tahu. Minta umur ku panjang. Doakan dia sentiasa di bawah lindungannya. Kasihnya padaku tidak berpenghujung. Tidak perlu setahun dua untuk menyemai sayang, dia hanya perlukan beberapa patah perkataan buat aku sayang dan ingat padanya.
Terima Kasih. Kerana berikan kasih sayang ini, tidak pernah jemu namun kasih mu kian utuh. Tak pernah lupa, berapa banyak masa dan tenaga diluangkan untukku. Berapa banyak airmata yang gugur untukku. Berapa banyak derita dan rindu dendam yang aku kirimkan. Namun, aku yang tak mampu menolak takdir. Terpaksa bertahan.
Mak, panjang umur.. kita jumpa lagi.. |
Mak buat bisnes penghasilan kain batik ke? Di mana?
ReplyDeleteSalam En Tawel,
ReplyDeleteakhirnya sudi juga singgah di halaman ini. :)
Ini mak angkat, batik ni adalah perusahaan saya sendiri. Bertempat di Karak, Pahang. Namun, disebabkan masalah2 tertentu, saya terpaksa melepaskan perniagaan ini kepada org lain. Saya harap saya masih punya masa untuk kembali ke bidang batik.
Wawa, biarpun terpisah jauh tapi yang penting sentiasa dekat dihati.. Wawa pergi menguruskan dan meneruskan perjalanan hidup wawa kan..
ReplyDeletePintu rumah kami dan pintu bengkel sentiasa terbuka untuk wawa..
Kenangan suka duka waktu bersama tidak pernah luput dalam memori kami semua.. percayalah..
Kak Long, kata-kata long telah membuatkan airmata ku bergening di tengahari yang redup ini. Terharu, ingatkan semua org sudah melupakan diri ini.
ReplyDelete