Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

17 January 2011

Federal Highway & Punch Card Merah

Usai selesai buat sarapan untuk anak dara ku, aku segera terkocoh-kocoh keluar, kerana kenangkan hari ini Isnin, tidak boleh tidak. Kena cepat dan jangan terhegeh-hegeh.
                         **********************************************************

Namun, semuanya tidak kuduga, jalan jem padat macam Milo Padat tu, kiri kanan jalan berhimpit-himpit hingga tak nampak mana jalur putih. Yang nampak kereta kiri kanan berusaha untuk merempuhi jem yang sememangnya lumrah!

Sampai di office, jam sudah 9:26am, nasib selalu tak baik. Bos dah menunggu di depan pintu masuk. Betul-betul dia berdiri di kawasan "punch card". Apatah lagi menyusul dengan pandangan menusuk kalbu mengekori langkahku memasukkan punch card wpun sudah merah.

Lalu, kerja hari ini dijalankan dengan gigih dan saksama. Mana tahu, ada orang mencari point terbaru untuk second warning letter?? Dan, pada waktu tengahari ini juga ku korbankan lunch hour ku demi tuntutan kerja. Malangnya, kerana kerenah birokrasi dan rigid terutama syarikat swasta,menyebabkan kadar turn-over yang tinggi dan kadangkala sebab-sebabnya sangatla kecil. Cth; prosedur kunci pantri jika makan tengahari lebih 5 minit. cthnya 2.05 ptg.Cth yang lain, bilik air golongan bertaraf A diasingkan walaupun di dalam washroom yang sama. Tidak boleh guna bilik air bos. Cth yang lain, tidak boleh bersembang sesama sendiri. Cth yang lain juga, tidak boleh kenakan eye-shadow & but( pendekkata, jangan lawan tokey!).

waktu mengandung 7 bulan, TANPA MAKEUP pun aku cun la;p

Jadi, punca lori simen terbalik tadilah punch card ku merah dan rekodku makin merah menyala. Federal Highway, tol rm1.10 tu kukira patut dimansuhkan, tol sepatutnya melancarkan perjalanan, bukannya bayar tol untuk merasa panasnya ber"jem" di pagi-pagi hari dan di petang-petang hari. Jalan nak ke P.J/ KL dari Federal, nak ke tak nak ke, situlah juga kena tempuh. Kalau boleh aku cadangkan dekat sini? Binalah flyover dar S.Alam ke P.J. Bayar tol rm2.20 pun takpe!

Apa pandangan anda? Malah, apa alasan anda lambat??

6 comments:

  1. kalo bos akk duk wait akk kt dpn pintu masuk lg...akk ckp la slmt pg bos! dah lame tunggu...huhuhu..kompom bos akk senng ati.huahuahua

    ReplyDelete
  2. Rasanya syarikat swasta ni lah yang paling tak birokrasi. Kompeni saya ok je. Hanya big boss je yang ada bilik air sendiri. Manager lain, kongsi tandas sama.

    Nak bersembang pun tak ada masalah. Kalau nak pasang lagu/radio pun, siap ada seorang manager besar ni tanya kenapa tak pasang muzik. Haha.

    Ikut kompeni lah senang cerita. Tak kisah sama ada swasta atau kerajaan :)

    ReplyDelete
  3. wah, bgusnya kompeni encik tawel. ini berdasarkn pengalamn sy lah. sebelum ni dah 2-3 company yg sy keje, semuanya birokrasi. rigid itu perkara biasa, kena kerah tenaga betul2. namun, skrg ni lah yg paling worse, semuanya tidak-tidak. banyak DO & DONT LIST nya. itu salah, ini salah. Itu yang pelik tu. Apa-apa pun bertuah encik Tawel kerja company bagus mcm tu =D

    ReplyDelete
  4. ape motif gmbr dgn entry....

    aku thn lepas 70 kali lewat.....

    ReplyDelete
  5. Ti, motif gambar= dekat sini makeup x boleh, pakai seluar tak boleh, asik kena baju kurung je. Bila pakai vest,kot ke apa ke..ada lah yang akan cari pasal. So, gmbr tu takde makeup pun aku cun apa..:)

    aku tak berani lambat disini, sebab lambat aku kena torture.PADAHAL BARU SEKALI!! kena warning letter sbb MC .

    ReplyDelete
  6. cis...apasal trk sgt rule ni.smpi xleh make up bagai...keji laaaa.

    aku lmbt seminit 2 dua...tpi dh kire lmbt,tade la smpi dpt warning letter. dpt warning letter sbb slah guna intenet jer tapi xde sape heran.keji tak staff cni...

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...