Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

13 January 2011

Kerana Sikap Gatal mu, aku derita..

Begitulah nasib aku dengan Delisha a.k.a Acha. Setelah menderita akibat penyakit gatal-gatal merenyam. Bekalan air tidak bersih lah ni. Adakah musim hujan ni sepatutnya air menjadi lagi bersih sebab hari-hari hujan? Atau sistema iar dah dipenuhi kelodak-kelodak hitam dan bergelora mengalahkan tea ais yang ku minum pagi tadi?? Aku dah tak larat nak ber BIO-AURA dah sebab mandi pun guna air shower-hujan jugak! Tak larat eh nak angkut air dari singki dapur masuk dalam bilik air. Kalau mandi sikit ala mandi kerbau ala P.Ramlee bolehla, cuit air sikit2 sapu dkt mata. Boleh mcm tuh?



Akhirnya tanggal 11 bulan Januari, Pejabat Kesihatan Petaling menjengahkan kaki ke perumahan kami. Pantas! Baru je sehari hantar surat, dah hari ini dah bertindak???? Wah...Setelah membuat aduan gatal-gatal yang menyebabkan kami tidak lena tidur memikirkan ongkos dan gatal2 yang tak mahu "kebah" dari mengebas duit kami. Uhuk2..

Berikut merupakan catatan surat cinta ku pada inspektor kesihatan. jadi, jika anda gatal-gatal, sila bertindak segera.


10 Januari, 2011.

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling,No 101-301 Blok C,

Glomac Business Centre,

Jalan SS6/1 Kelana Jaya,

47301 Petaling Jaya,

Selangor.


U.P: Encik Bahbinder Singh
 PER: ADUAN BEKALAN AIR TIDAK BERSIH DI KAWASAN PERUMAHAN


Merujuk kepada perkara di atas, saya merupakan penduduk di kawasan perumahan flet Ken Rimba Jaya mengalami masalah bekalan air tidak bersih berlarutan sejak bulan yang lepas.

2. Untuk perhatian pihak tuan, sudah ramai penduduk di situ mengalami masalah bekalan air yang tidak bersih, namun kami semua tidak mengetahui kepada siapa harus dirujuk masalah ini. Penduduk kawasan Rimba Jaya termasuk saya dan keluarga mengalami gatal-gatal yang teruk dan kronik sehinggakan kulit anak saya luka akibat digaru kerana gatal yang melampau.

3. Kami juga telah pergi ke beberapa buah klinik, namun masalah gatal tidak selesai walaupun mengambil pelbagai jenis ubat, malah makin memburukkan, seluruh badan gatal-gatal dan berjangkit ke bahagian anggota badan yang lain. Masalah gatal-gatal badan menyebabkan kami semua tidak dapat tidur dengan baik. Ruam gatal itu boleh dijelaskan dengan berbiji-biji pada saat awal, dan berair, gatalnya seperti miang-miang dan menyebabkan masalah ini berlarutan hingga sebulan lebih.

4. Apabila dibuka paip air itu juga, air berwarna keruh dan mesti dibiarkan beberapa ketika. Kami sudah berhabis beratus ringgit kerana pergi dapatkan rawatan ke klinik swasta. Bil perubatan juga turut membebankan kami. Malang buat kami kerana kami bukannya golongan pekerja bergaji tinggi. Jadi, kami memerlukan perhatian pihak tuan dengan kadar segera.

5. Pohon kerjasama pihak tuan untuk melakukan ujian air di kawasan persekitaran kami dengan kadar segera. Jika terdapat maklum balas atau maklumat berkenaan isu ini, mohon jasa baik pihak tuan hubungi saya di talian 012-xoxoxoxo.. Sekian, terima kasih.


Yang Benar,
………………………………………..
(Wan Hafisah Wan Mat)

Biar sakit mata korang baca surat aku nih. Tapi, aku memang salute lah para pekerja kesihatan alamat di atas sebab begitu effective & efficeint sekali membuat kerja. Hari ni hantar (hari tulah-11 Jan), tengahari dah feedback. Wah! Aku pun terkejut. Sepantas tuh? Jadi, tak semua pekerja gomen2 ni lembap macam siput dan lambat feedback. Apa-apa pun tahniah dan syabas la kepada Encik Saiful dan team yang dpt ambil speciment air dan nurse2 cumil (walaupun aku takde sebab aku kerja, aku tetap ckp dorang cumil sbb sudi dtg.. nge~).

Jadi kat sini aku nak bagi thumbs up to Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, sila godek2 cari kawasan anda! :)

Tahun 2011 ni aku hanya nak mengidam minum air bersih.

Walaupun still menunggu keputusan air tu, aku dah rasa berpuas hati :) dgn kerja diorang yang seramai 7 orang datang ke flet ku.





Moga-moga kalian pun cepat bertindak ok!

P/S: Aku rasa mcm aku nk buat aduan rakyat, mcm Karam Singh Walia dtg interview aku, pastu aku msk tv, huahauhaua. Boleh mcm tu? Berangan!




No comments:

Post a Comment

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...