Hati aku begitu terpaut dan teruja, malah tersentuh jauh ke sudut hati tatkala ku hayati puisi Mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Badawi. Mungkin berapa kerat sahaja antara kita yang sudi2 fahami puisi ini. Malah, mungkin lebih malang jika anak-anak muda sekarang tidak tahu pun puisi ini..
Ku Cari Damai Abadi..
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
Mungkin kalian tidak pernah kisah, namun tidak ambil pusing pun puisi ini. Bila dihayati, terasa sebenarnya berapa banyak dan jurang kita sekarang ni untuk mencari damai yang hakiki.
Aku berdoa moga-moga diberi kekuatan sebanyak mungkin, demi mencari damai yang abadi. Moga-moga bulan-bulan mendatang penuh rahmat juga, seperti bulan Ramadhan Al Mubarak. Amin~
Picture credit to link |
Amin. Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment
Silalah komen, jangan malu segan.