Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

09 January 2011

Drama Cinta, Novel Juga Politik

Kalau dikira dan dihitung sifat suka membaca, patutnya dianugerah sebagai pembaca terbanyak. Kalau ada anugerah penengok TV drama cinta tanpa mengira drama bersirikan Korea, Taiwan, Thailand, Indonesia, tentu aku juga pemenangya.

Kalau dulu drama Rosalinda menjadi gilaan hinggakan jumpa di mana-mana juga muncul "adios..gracias..". Ada yang bengkak2 mata akibat ikuti drama tv ni. Siapa yang tak pernah lupa pada kecantikan Rosalinda, dan demam sinetron "Bawang Merah, Bawang Putih", hinggakan timbul ura-ura mahu membantah cerita-cerita yang katanya membawa kesan negatif terutamanya pada anak2 kecil. Namun kalau ditilik2 cerita lagenda terbitan tempatan pada masa sekarang, agaknya hampir serupa dengan legenda2 dari negara seberang. Jadi, siapa mahu jawab tu?

itulah penangan drama bersiri di televisyen. Namun, boleh dikira berapa kerat masa yang aku ada untuk semua drama TV dan novel. Kalau bab2 novel cinta pula, pilihan hati tentulah Fauziah Ashaari. Ceritanya? Fuh! Gaya penulisannya buat aku rasa aku lah orang di dalam novel tuh. Punyalah berangan. Namun, novel sekadar novel. Jika terlalu terbuai2, nak diharap2 yang indah2, itu agak mustahil. Terutamanya part2 lelaki yang sanggup buat apa saja untuk wanita. Heh! Namun sebab itulah ayat "ini pengaruh novel lah ni" sering dikaitkan dengan wanita2 tulus murni macam kami ni. Teringat kakak ipar ku juga seorang penggila novel. Hinggakan ayat di atas sering ditujukan oleh abangku pada dia. Harap2nya nama Farisya Damia tu bukan diperoleh dari novel cinta ye! Hahaha..

Sudah lama aku tidak membelek2 novel juga, akibat tuntutan kerja dan berumah tangga. Lebih malang lagi, masa-masa yang bersisa makin kurang hinggakan untuk mencuri-curi baca paper Utusan Malaysia, hatta online pun aku terlupa! Walaupun sedang online, haih! alasan! dan, bila ada waktu2 terluang begini juga, aku tak punya banyak masa selain menulis apa yang ada di kepala dan tidak sempat pun jenguk2 laman sesawang yang lain. Esok juga hari penting. Disebabkan hari2 sibuk beginilah buat aku sering lalai dalam ikuti apa-apa juga berita.

Jauh di sudut hati, teingin juga buka dan selak2 majalah lama, meskipun sering tak berkesempatan. Kalau dulu suka belek Glam, Eh, dan baca gosip2 sekadar baca dan mengetahui apa yang terjadi. Dan, minat juga pada politik (mungkin kerana bidang pelajaran dulu berlatarbelakangkan politik), buat aku selalu membeli buku-buku seperti "Malaysian Politic Under Mahathir". Untuk pengkritik2 politik juga dicadangkan sesuaikan kritikan2 anda dengan membaca juga secara ilmiah, bukan sekadar membuta tuli menuduh itu-ini. Jadi, minat membaca ini tidak mengira buku itu berkisarkan apa. Asalkan jangan bagi komik Jepun sudah! Itu aku memang kalah! Tak paham dan tak reti mulakan pembacaan dari kiri buku ke kanan buku. Haih!


Apa pula kenangan anda di dalam drama tv, novel dan kisah2 begini??



No comments:

Post a Comment

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...