Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

05 January 2011

Abang, Isteri mu Curang.

Entry ini bukan sebab nak malukan sesiapa. Entri ini berkisar tentang seorang perempuan di kwsn kejiranan aku (di mana, tidak usahla aku sebut) yang pada mata kasarnya sangat baik dan sesuai dgn status ibu serta isteri orang. Namun, sayangnya semuanya hanya dusta semata-mata.

Di satu hari yang sunyi, dia call aku untuk masukkan duit. bukan untuk aku. cuma nak tumpang akaun aku. tanpa banyak cekadak & songeh, aku okay saja. janji kad aku pegang, online pun aku je yang tahu password nya. bila sampai hari ditunggu, tanpa banyak songeh juga, aku keluarkan wang sebanyak rm 300.00.

Masa tu, tanpa ditanya2, dia yang bagitahu "ini member yang masukkan duit ni". oh, baiknya kawan dia. Tibalah hari yang mencetus kecurigaan aku. Bila aku mahu lakukan transaksi bayar hutang AZIO E-PAY SERVICES, security card kereta aku tu (berbaki lagi beratus2 lagi.huh!), bila dah bayar, tentu aku godek2 transaksi berjaya atau tidak. masa tu keluarlah nama asing dalam transaksi aku sblm ni. aik, sapa mamat ni?? lalu.. jeng2... teringatlah kata2 perempuan itu. maka, harusla aku bertambah syak. kalau dapat duit dkt aku, tentu aku tak syak. ahhahaha. kalau syak pun,aku buat bdoh je. boleh jahat mcm tuh?

Maka, mulalah curiga ini bertambah. kejadian dia makan ubat dan sedaya upaya pegi D & C, cuci rahim, dengan alasan sbb dah makan ubat macam2. Dari situ, aku dah rasa semacam. Bukannya tak ada laki. Apa nak takut kalau dah pregnant 2 bulan pun? Lagi-lagi bila tahu anak itu kembar. Mulut pun bacul / cabul, "eh, ikut sape kembar? sayangnya!". dia pun spontan jawab " tak tahu." haih..curiga, curiga.

Satu demi satu terbongkar. Laptop ku dipinjam dikatanya laptop nya. Ku berkeinginan nak pakai Honda, dia pun sama. Nak beli laptop, dia pun sama, belinya tak pun. Maka, banyakla cerita terbongkar lagi dan lagi. isu gambar lelaki berbaring2 atas katil dalam handphone nya. isu bergayut2 macam beruk dalam bilik nya. maka ini lah yang menyebabkan aku syak pelbagai perkara. isu keluar lewat malam, isu outstation 2-3 hari ke luar kawasan padahal dia sebenarnya surirumah.


Sebenarnya, di hujung lidah ni mahu terkeluar " abang, isterimu curang!" saat melihat suami nya yang baik hati itu. Sporting tidak bermaksud membenarkan isteri mencurangi nya. Aduh, kamu tak tahu setiap kali memandang mu, aku rasa bersalah dan kasihan, namun cara bagaimanakah mahu dia tahu, agar si perempuan itu juga tidak tahu aku lah orangya yang "suka jaga tepi kain orang". walhalnya, aku mahu selamatkan rumahtangganya. Kerana sayangkannya juga sebagai kawan aku tidak mahu kamu terus tersesat dalam nafsu cinta songsang.


kalian, bantulah aku!!!



p/s: lelaki, awasi isteri anda!

14 comments:

  1. Iyelah, dalam blog ni semua cerita benar cik kiah! :)

    ReplyDelete
  2. x berapa paham. hutang, transaksi, pinjam laptop...

    D & C tu ape?

    ReplyDelete
  3. hutang- itu hutang penulis dengan Azio e pay services, dibayar secara ansuran. For more info about azio, click dkt ats ye?

    transaksi~merujuk kepada pindahan wang kepada AZIO melalui sistem online.

    Pinjam laptop-rujuk kepada kisah si perempuan yang gemar pinjam barang2 kepunyaan penulis, namun dikatakan semuanya miliknya.

    D & C- What is a D&C Procedure?
    D&C, also known as dilation and curettage, is a surgical procedure often performed after a first trimester miscarriage. Dilation means to open up the cervix; curettage means to remove the contents of the uterus. Curettage may be performed by scraping the uterine wall with a curette instrument or by a suction curettage (also called vacuum aspiration), using a vacuum-type instrument.

    Is a D&C necessary after a miscarriage?
    About 50% of women who miscarry do not undergo a D&C procedure. Women can safely miscarry on their own, with few problems in pregnancies that end before 10 weeks. After 10 weeks, the miscarriage is more likely to be incomplete, requiring a D&C procedure to be performed. Choosing whether to miscarry naturally (called expectant management) or to have a D&C procedure is often a personal choice, best decided after talking with your health care provider.

    Hope it will assit u with full info & explanation :)

    ReplyDelete
  4. ish, tak paham ke?
    d & c- tu sng je, proses cuci slps keguguran..rasanya itu kot yg awak tak phm. ngeh2..

    ReplyDelete
  5. err....

    kalau jadi macam ni, ape kite patut buat ek??

    ke suami die mandul..??

    so bila die pregnant, sah laa tu bukan anak suami die?

    err..suami die gay kot???

    rasanya orang xkan berubah kalau xde masalah lain....

    kot...

    eh..pjg plak komen..kekekekek..

    ReplyDelete
  6. miss senget ku syg~
    laki dia ada anak2 dgn dia. bkn psl dia mandul. laki dia x kisah dia nak berkawan dgn sape. sporting katakan. tp bkn smpi tahap si bini salah gunakan kebaikan laki.
    suami dia bukan gay tau.

    cuma si bini ni je tak tau untung !

    ReplyDelete
  7. As a friend,rs nya awak kena lah bersemuka dgn dia n bgtau. Bukan ape..
    1-awak cuba nk selamatkan perkahwinan dia
    2-Sah2 dia da buat dosa besarkan, cubalah selamatkan mana yg boleh.harap2 dia dgr.
    3- Kalau dia xnk dgr, at least awak da jln kan tanggungjawab sbg seorg kwn dan juga sebg umat islam.

    Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  8. Sha~kdg2 tak semua yg kita hrpkan akan berjln spt biasa. rupa2nya suaminya dah tahu pun psl isterinya. namun, masih memiliki kesabaran yg tinggi demi anak demi rmhtgga. syabas! saya kagum dgn seorang lelaki begini.

    ReplyDelete
  9. kenapa senang sangat manusia nak curang ni ye

    ReplyDelete
  10. sabree~macam tulah manusia..hem,tak pnh puas dgn apa yg ada.

    ReplyDelete
  11. baru terbaca entry ni..
    kesian laki dia.. skrg apa cerita dgn perempuan ni? laki dia dh tau ke belum?

    ReplyDelete
  12. Bunga, laki dia dah tau. Tapi laki dia still lg dgn dia, i think its for the sake of anak.

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...