Entri ini bertujuan untuk sedarkan diri sendiri dalam semua hal.. Jadi, kejutkan aku bila aku;
- malas nak kerja, tp kena bangun juga. Aku dengan Acha sama malas nak bangun. Tapi Acha tak bangun awal pun takpe, bukannya dia kerja.
- rasa aku sudah melampaui batas dalam hal-hal menjaga hal tepi-kain kelambu orang.
- dah lupa kawan-kawan. Ingatkan aku merekalah yang bersama semasa susahku. Masa senang, tak payah kejutkan aku pun takpe.
- mengguris hati kecil suami,Acha,wea-mek,adik-beradik,kawan-kawan,saudara-mara,suku sakat,kawan ofis serta orang sekeliling. p/s:dkt Acha aku banyak bersalah, sebab hampir tiap hari aku marah dia! sorry, mama tak sengaja!
- terlupa tutup plug nasi periuk letrik. Marah laki aku pasal dia yang selalu tutupkan.
- bila adakala nya aku termalas dan tertinggal atau terskip masak;p
- waktu subuh aku selalu terbabas sejak dua menjak ni. ini kesalan yang teramat besar!
- ingatkan aku juga jangan lupa makan jamu JRD.
- Jangan sesekali terlupa jemur dan lipat baju dengan kadar segera selepas je proses jemur kering dan proses basuh kain siap.
- terlupa yang aku ni selalu tertinggal sampah dalam kereta. jangan biar kereta anda diselubungi misteri sampah.
- makan dalam kereta, sila jangan makan. sebab aku selalu amalkan tabiat breakfast dalam kereta terutama bila jammed!
- jangan selalu memaki-hamun pemandu yang "kurang berhemah".
- ingatkan aku sila repair Cik Olympus yang dah gila semula, dan juga sila beli broadband lain. broadband sekaramg dah berukbeng-ong!
- terlupa tukar air dalam balang aku dekat ofis.
- balik nanti silalah sental bilik air dan gonyoh2 tingkap neko anda!
- Kurangkan lemak dan nasi lemak!
- dan banyak lagilaaaaaah..aku tak lalu nak suruh minda dan otak aku ingatkan aku betapa banyak list ni...................
Kalian pernah ke tersenarai banyak macam ni TO-DO-LIST?? Tak lalu lah nak ingat! Bila agaknya mampu setel semua nih??
Nak tukar semua habit tu sekaligus memang susah. Tukarlah satu demi satu. Paling senang rasanya, yang kurangkan nasi lemak tu la. Haha.
ReplyDeleteAmboi cik Tawel..
ReplyDeletetapi, rasa bab nsi lmak tu memang nak kena improve sgt2.
dah berketul2 lemak di badan nih!!
nak berjalan jauh sikit pun selalu semput, apatah lagi jogging dkt tasik s.7 tuh!
huhu..harap2 terlaksana semua
ReplyDeleteSyafiq-harap2 begitulah..
ReplyDelete