Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

13 January 2011

Di tangan ku racun, di depan ku madu. Mana pilihanmu??

Pisau dan mentimun, racun dan madu, hati dan jantung. Haih, macam2. Bulan Januari 2011 ini dikira pembuka tirai yang baik dan penuh bermakna buat aku. Encik suami sendiri pun belum tahu tentang apa yang bermain di kepala ku. Apa yang ada di hadapan dan di tanganku.

Di tanganku tentu racun, di depanku sudah berbau madu. Manis. Pilihanku tentulah melangkah pergi dari menggengami racun yang nyata meracuni kehidupan hari-hari ku. Moga-moga pilihan di hadapan ini tak tersalah. Dan mampu merubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

Tidak mahu tunggu dan menunggu lagi diri diprotes dan dipersalahkan. Baik aku blah sementara usia masih muda demi mencari sebuah kehidupan yang lebih stabil. Sesuai dengan ekonomi sekarang, apatah lagi jika berkelayakan, carilah sesuatu yang pasti dan yang menyenangkan hati, bukannya terus tunggu dan duduk sahaja menantikan buah yang tak gugur! Kerja dan tinggal di ibukota ni menuntut angka expenses yang mencanak2 tingginya, apatah lagi punya anak! Itu belum termasuk peruntukan untuk pendidikan. Aduhai, pening kepala aku memikirkan. SSPN itu wajib dibuka. Masa hadapan belum tentu, tabung kecemasan untuk perubatan lagi, mana tahu sakit demam, siapa duga? Belum lagi insurans pendidikan. Berkereta, berhutang juga!

Jadi, ubahlah nasib anda.

Coklat, manisnya seperti sifat madu!!

Januari, aku tunggumu dengan sabar, bersama cerita-cerita menarik dan pohon agar penuh berkat. Amin~



Apa kata anda pula??

No comments:

Post a Comment

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...