Hidup ni kadang2 adakalanya, tidak berjalan seperti yang kita mahu. Malam tadi, ketika pulang kerja setelah berpenat lelah harungi kesesakan lalulintas (juga lumrah alam!), baru bercita-cita mahu baring, si suami keluarkan sebiji kek bulat bersalut krim putih dgn hiasan Upin Ipin. Si anak kecil menjerit kegembiraan dan panik melihat watak kesukaannya di atas sebiji kek. Oh, anakku! Tunggu dulu, mama mahu snap gambar. Dan, begitu juga lunrah alam terjadi kpd kamera Olympus berwarna merah jambu yg dibeli sekitar 2008 (baru 3 tahun berkhidmat kepadaku), imej nya menjadi blur. Puas ku godek2. Tidak berjaya. Lantas, aku pasrah, aku bukan pakar, aku juga mungkin tersilap setting (sedapkan hati sendiri sebab sygkan kamera itu). Kesimpulannya, aku tidak dapat ambil gambar sambutan hari lahir ke-2 anakku. Yang paling penting, Upin & Ipin juga sudah hancur dicucuk2 anakku. Haih! Itulah lumrah! adakala, teknologi juga tak mampu berfungsi di saat memerlukan!Ciptaan Ilahi, iaitu memori di kepala kita ni mampu memuatkan lebih dari memori komputer. Kecualilah, kalau aku ni ada masalah short term memory loss!
Me & my lovely friend & leader, Loh Feng Ling |
Taken on January 3, 2010. Her 1st birthday |
Itu kejadian malam sambutan hari lahir Delisha.
Punah impian di saat merancang mahu miliki sebuah kerjaya yang baik pada Januari ini, bila mana kata putus si suami itu lebih muktamad. Dalam hati memberontak keras, namun setelah berfikir yang baik dan yang tidak, aku akur. Akur dalam terpaksa. Seperti orang yang ketinggalan bas, dan hanya mampu melihat bas itu berlalu tanpa mahu mengejar. Aduh.
Me with colleague when working at Subang Jaya |
Rancang mahu beli minyak masak, asam keping & garam, terbengkalai. Gara-gara terdengar berita (dengar, sbb aku tidak tengok berita TV3 malam td akibat sakit kepala) bekalan minyak masak berkurangan, aku batalkan niat mahu shopping. Itu juga lumrah alam. Semua itu, walaupun dirancang, bukannya kuasa kita. Ekonomi itu kalau aku yang pegang, aku mahu beberapa benda (yang semua orang mahu aku rasa), minyak masak, ayam, ikan, petrol, susu Dutch Lady (sebab anak aku minum susu ni), dan pampers sentiasa di antara barang terkawal. Cerita pasal ekonomi memang aku tidak pandai, belajar ekonomi, samaada makro atau mikroekonomi masa di Uitm Kedah dulu, sekadar untuk lulus, bukan untuk sungguh2 jadikan pengetahuan. Haprak betul aku nih. Itu juga lumrah seorang aku. Belajar sekadar untuk lulus, dan bukan untuk dijadikan pedoman hidup. Aku ni antara yang tergolong dalam zon orang yang berilmu namun tidak beramal. Lumrah!
Tahun 2007-2008, perancangan dan kejayaan sudah selari. Pendapatan yang dicita sudah di tangan. Namun, kerana satu cerita, aku nekad meninggalkan kerjaya yang aku suka dan cinta itu. Biar berbaloi. Itu juga lumrah! Manusia tak mampu miliki semuanya.
Rancang mahu terus sambung belajar Master juga terkulai layu bilamana sanggup lepaskan tawaran belajar sebab gilakan kerjaya tahun 2007-2008 itu. Namun, itulah! Kadang-kadang pilihan kita tu buat tu tak semestinya, tepat! Dan, dua-dua pilihan itu akhirnya lebur. Lumrah!
Berhenti di stesen minyak Shell di Federal Highway, hulur rm 30 kepada pekerja stesen, sewaktu mahu menarik nozzle RON 97, seorang pakcik layaknya ku gelar, tersenyum sumbing kepadaku. Aku toleh ke belakang, tiada orang. Toleh kiri kanan. Akhirnya, aku spotcek baju ku, kot2 ada tak terbutang dek kekalutan pagi. Namun, tiada apa2. Huh, lumrah! Kalau dah gatal tu, memanglah!
Gambar tidak berkenaan dengan tempat kerja nih. Hahaha :) |
Bekerja di mana2 juga sama, lumrahlah kalau ada satu manusia yang tak sukakan kita. Tentu ada silap yang dicari. Walaupun kecil, asalkan kita yang tidak disukai terbuat, tentu hasilnya "warning letter", setebal satu muka surat, namun padat dan berisi dengan perkataan2 berunsurkan "termination". Agak2 memanglah ngeri kandungan itu. Apatah lagi, jika surat itu datangnya dari seorang bos yang agak kerek dan tak mahu orang lebih bergaya dari dia. Itulah pengalaman. Sedar keadaan begitu, berubahla. U can not change the world, u change yoursellf, u cant change urself, u quit! itu aku punya quote lah. Tidak berias seperti selalu, tiada lagi kot, tiada lagi pembayang mata, tiada lagi smokey eyes, tiada lagi but, tiada lagi vase. Sekadar kemeja jalur-jalur dan seluar slack rona gelap. Agak berbeza dari dulu, namun senyuman dari nya tentu ada! Alhamdullilah. Ikut saja lah rentak nya.
Bercakap pasal lumrah, aku tidak mahu bercakap yang tidak-tidak. Dari hari ke hari, aku mahu jadi seorang isteri, ibu, anak, pekerja, jiran yang baik. Tentu aku tidak mampu miliki semua, namun aku hanya mahu hargai apa yang aku miliki sekarang. Alhamdullilah!
Till we meet again.
nice..
ReplyDelete