Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

19 January 2011

Memori Cinta Luka


Tajuk macam lagu penyanyi. Memang luka, pedih dan tersayat. Rasa macam mahu bercerai sekarang juga. Bukan bercerai kahwin.
Sebelum ketagih
Cerai dengan nasi lemak. Jatuh cinta dengan nasi lemak. Hingga buat aku ketagih. Hingga buat semua seluar dan baju makin fit macam baby fitted pulak.Yang menghairankan aku, nasi lemak nya tak berlemak mana pun. Sambalnya selain pedas menyinga, manis pula tu. Tapi, hampir tiap hari aku turun beli nasi lemak di bawah flet. Betul-betul di bawah rumah ku. Disebabkan ramai yang menjual nasi lemaj disini, aku malas nak ambil kisah mana yang sedap, mana yang ala-ala je,namun secara kebetulan aku terbeli nasi lemak beliau di satu sore yang rembang, di saat perut bergendang ketuk ketampi. Setakat ini, lidah dan anak tekak aku boleh menerima nasi lemak Meru yang marvelous dan selalu ramai tanpa mengira masa tu. Namun, agak musykil bila sejak 2-3 minggu lepas kejadian terbeli tu aku telah ketagih.
 
Cth Nasi lemak Best
 
Hinggakan mulut ini terbacul /tercabul menyebut;
"akak letak apa dalam nasi lemak ni?"
muka peniaga nasi lemak itu makin masam mencuka. Sebab selama ni pun dia tak pernah senyum pun. Jadi makinlah masam mencuka bila dengar soalan aku tu.
Aku terus menambahkan cabul nya mulut aku;
"saya ketagih kak.."
Dia buat tak kisah sambil si suami tersenyum sumbing. Ades.

Hanya satu sebab je yang boleh menghalang aku dari terbeli nasi lemak dia setiap hari, bila encik suami pulang awal dan faham-faham sajalah tekak nya hanya nak makan masakan homemade bini nya yang makin montel nih.

Aku begitu rasa pelik dengan nasi lemak ni. Adakah? Adakah ada ganja sikit ditaruk dalam tuh? Heheh. Sebab banyak yang aku dengar peniaga2 cenderung meletakkan sesuatu untuk tarik pelanggan jadi pelanggan tetap. Tak sedap mcm tea-o tawar lembar pun ramai gak yang datang. Nasi goreng ala-ala je pun ramai yang datang. Heh! Siapa tak pernah dengar Nasi Air dkt KB itu dicelup dengan pad yang dah digunakan. Pad tu tuala wanita la. Aih! Ini hanya desas-desus. Namun, sejauh mana kebenarannya aku pun tak pasti. Namun, benda-benda macam ni agak tak musatahil di zaman sekarang yang serba canggih dengan gajet dan bagai-bagai lagi.

Aku ingatkan aku sorang je yang kemaruk nasi lemak RM1.20 tu, namun tidak tidak..Makcik sebelah rumah aku pun sama. Kalau aku sorang je, maksudnya aku lah yang malas dan sengaja menambahkan lemak. Namun, tidak tidak. Semacam je bila makcik-makcik dan jiran kepochi ku juga mengiyakan keraguan ku.

Dilema, apakah cara yang paling sesuai untuk menghalang cinta pada nasi lemak ni? Nak suruuh encik suami balik awal memanjang, amatlah mustahil. Lemak-lemak tengah bergembira disisi ku. Atau suruh je penjual nasi lemak jangan jual nasi lemak lagi? Jual apam pulak? ATAU shut down terus??



p/s: gambar nasi lemak bukan nasi lemak yang aku ketagih. please note.
p/s lagi:gambar selepas ketagih aku taknak letak atas sebab-sebab peribadi sebab peribodi dah tak terperi lagi,p

5 comments:

  1. ketagih nasi lemak yer ,
    anis dah lame tak mkn nasi lemak
    sob4x

    ReplyDelete
  2. kita plak xtringin nak mkn nasi lemak coz tbayangkan santan je uat kita kembang tekak.kita set kat otak.hehehe......

    ReplyDelete
  3. perghhh..nk makan nasi lemak mak buat.heeeee...
    tp murahnya nasi lemak tu akak.heee

    ReplyDelete
  4. anis~ketagih nasi lemak tu je, tpt lain tak ketagih lak. Tu yg pelik tu. Knp lak awak tak dpt mkn ns lemak?? Kat mn2 pun ada jual, sedap dgn tidak je..
    zurah~oh bgus jugak idea kamu.bygkan santan berlemak,kembang tekak.
    echah~murah, sbb ns lemak bodo je dik oi. Tp ns lemak tu lah yg wat aku kepingin hari2...

    ReplyDelete
  5. ketagih nasi lemak?? jarang dgr org ketagih smpi mcm tu sekali... entah2 ada sesuatu dlm tu kot.. hehehee..saje je..

    saya kalau teringin memang kena buat sendirikla. tak merasa nak bersenang lenang beli kat kedai.. isyh.. rindu malaysia..

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...