Huh, sakit hatiku! apa kenalah blog nih. Latest post aku tak update. dah macam2 aku buat. mulalah aku nak jadi kingkong! kamera semalam dah elok dah selepas digodek2 oleh colleague aku. Apalah nasib aku semalam, spoil mood betul.
pagi-pagi BB aku jatuh dalam longkang besar tpt parking. Kenapala longkang tuh mesti ada penutup jaring2 besi. Lubang jaring tu pulak besar, BB plak kecik, jatuhla dia tergodek-godek dalam tuh. Panik sekejap. Tapi syaitan gondol cakap" alah, tak pyh amik, untung2 en suami belikan baru!" Tapi, aku ambil jugak dengan bantuan security, diorang berusaha angkat penutup longkang tuh. Akhirnya? Hoyeh. Aku ambil jugakla sebab aku sedar simcard maxis tu dah lama aku pakai, dan aku malas nak pegi buat baru, kena report bagai dkt Maxis. Yg paling penting, dibuatnya suami aku beli kan 3310 ke? or dibeli kan henpon mainan anak aku yg kuar lagu? jangan buat pasal! baik amik je BB tu wpun dah calar balar, spt hatiku :(.
kes kamera. igtkan rosak dah. (frust tak dpt ambil gambar kek harijadi Acha).rupa2nya ok lagi. balik keje smlm, try la buka. hoyeh! dah ok. setel satu masalah.
kes post tak dikemaskini nih bisa buat aku geram. mula2 aku sedapkan hati, esok2 oklah! ala, sekejap je tuh. bila buka balik pagi ni, sama jugak. So, adakah aku akan bertukar menjadi GORILA? atau Kingkong atau pun PIRANHA? huh!!!
Tolong2 aku. Help2! Kawan2 pernah tak alami masalah sakit jiwa cenggini????
No comments:
Post a Comment
Silalah komen, jangan malu segan.