Melihat hari yang sungguh berjalan lancar, masalah mereka-mereka di sekelilingku sedang pulih, dan mereka juga dapat kuhubungi, *Tekan je sini ha..
hati terasa sedikit lega. cuma..bila teringatkan...
Blackberry Javelline ku. Hatiku terus frown. Terus menyayat hati.
Terus jatuh rate BB.
Jatuh dalam longkang berminggu yang lalu. Dapat diselamatkan. Namun, tidak mampu berfungsi spt normal.
Hanya boleh sms dan receive call. Klik Sini
Namun, hari ini..bermula Sabtu lalu, BB ku langsung bengong dan langsung rasa nak pengsan bila bangun kali ke2 di tengahari Sabtu BB ku rompong!
Bila mana aku bangun, aku sedari ada semut-semut hitam di atas katil. Penuh berselerakan. Tapi bila aku amati, ada warna putih di atas semut-semut tu. Aku perhatikan lagi! Oh noooooooooo!!
Aku lihat Acha tersenyum. Aku menggelabah cari BB.
Tu diaaaa!!!
Rompong! Rongak!!
Rupanya masa aku tgh tidur, BB ku dikorek habis-habisan! Semut-semut tu rupa-rupanya keypad ku!!
Masa aku pandang muka Acha, dia cepat cepat memelukku dan berkata
"Mama ngok!! Apa tuh?? Pon mama!!"ditranslatekan "Mama tengok? Apa tuh??Hp mama!!"
di saat aku mahu mengangkat tangan nak mencubit peha dia, bertalu-talu ciuman rakus dan dia memelukku rapat-rapat.
Aduhaiii..jangan dikira berapa banyak barang..alat makeup, hp, handbag, kamera Olympus ku rosak!
so..sabar sabar..picture takdela yek sbb Olympus juga rosak!
tunggu kamera baru waterproof hijau datang bulan ni, sabar sabar..fuh kiri fuh kanan!!
jadi sebenarnya aku tgh memotivasikan diri!
No comments:
Post a Comment
Silalah komen, jangan malu segan.