Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

30 March 2011

Dont Drink & Drive

Bila bawa kereta jangan minum. Bila minum jangan bawa kereta. Kalau makan pun begitu. Bila tengah makan dan minum walaupun sandwich telor itu menggugat kesabaranmu di dalam jem. Sila bersabar, sila sekadar hidu bau sahaja. Atau tak pasal pasal anda akan jadi seperti ini;


Manusia A bukan naik van.

Abang polis trafik: Berhenti berhenti. Sambil menyalakan lampu neon nya yang berwarna biru tuh.
Manusia A: Alamak! Kenapa cik? apa kesalahan saya? *Sambil membetulkan rambut yang disapa angin rakus di pagi hari.
Abang polis trafik: Minta lesen & ic.
Manusia A: Tapi apa kesalahan saya?
Abang polis trafik: Memandu dengan cuai. Memotong garisan kanan tanpa bagi lampu isyarat. Lalai!
Manusia A: Eh!!Mana ada!!!*nada sudah tinggi. tadi control cun habis!
Abang polis trafik: Takde??*sambil menjenguk ke dalam kereta memandang plastik sandwich.
Manusia A mengganguk angguk.
Abang polis trafik: Itu? Bukan ke kamu tengah makan sandwich tapi ada hati lagi memotong laluan kanan. Sikap cuai kamu ni boleh menyebabkan kemalangan.
Manusia A: OK. Cik nak saman saman jelah. Saya taknak masuk neraka.*tetiba.
Abang polis trafik: Apa maksud kamu?* sambil mengeluarkan buku surat cinta.
Manusia A: Saya takkan bagi rasuah!* sambil hulurkan kad pengenalan dan lesen.
Abang polis trafik: Jangan risau, saya tak minta rasuah. Saya minta autograph saja.*sambil polis menghulurkan surat cinta putih beserta kesalahan trafik. Muka dia pun tersenyum sumbing saja.

Pang. Berlagak betul Manusia A tu kan. Dahla buat salah. Lagi mahu cakap" SAYA TAKKAN BAGI RASUAH" dengan tegasnya pulak tu.

Malu maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

p/s: Manusia A bukan nama sebenar.






picture pakcik wiki bagi.

4 comments:

  1. sape plak manusia A 2?hehehe

    ReplyDelete
  2. emm zaman skang kita tak ckp apa2 pun polis trafik sendiri yg mitak rasuah.cmna tu?dh pnah kena dh..huhu

    ReplyDelete
  3. hahahaha..awak yeh. xnk ngakuu

    ReplyDelete
  4. hahahahaha...

    ayu sungguh manusia A tu..

    keh2..gile lawak..

    nk pnjam ayat tu laa nanti..

    "saya tak nak masuk neraka.."

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...