Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

16 November 2011

Kuih Seri Muka



Masih ku ingat. Masih ku simpan kemas-kemas ingatan tentang kuih yang satu ini. Yang berwarna hijau dan putih. Yang lemak. Yang manis. Yang selalu ada di mana-mana gerai makcik makcik di tepi jalan.
Dijual sebiji rm0.40, mengikut harga semasa.
Dan tatkala seorang kawan masih menyimpan geram dengan seorang member yang bermulut longkang yang memburuk2 kan beliau di depan ex makwe nya. Dan  betapa talam dua muka member beliau ini mengutuk2 betapa besar lubang hidung ex makwe nya dan bersama2 selalu ketawa berdekah dekah dan selalu juga mengutuk baju yang di pakainya selalu ketat dan nampak lemak. Sambil menyumpah nyumpah sambil mengata ngata di dalam hati, sambil mengada ngada sambil terpandang kuih, sambil mengorder;

"makcik, kuih talam dua muka ni rm2"

semua makcik, kakak kakak rakan gosip, ane2 di situ, ammak appa disitu terdiam dan memandang beliau dan kuih itu berselang seli. 

Tanpa perasaan bersalah menyebut. Beliau menghulur duit RM1 sebanyak 2 keping.

Aku yang di belakang terus menonong keluar dari deretan manusia itu. Buat malu je kau ni!

1 comment:

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...