Tidak semua pesaka indah diwarisi. Atau indah dipunyai. Atau terasa "kaya" bila mewarisi.
Apatah lagi apabila tanpa panduan menggunakannya.
Bagaimana cara menguruskan harta pesaka?
Atau haruskah diwarisi kepada yang tidak tahu menahu layaknya.
ATAU apakah semua ini telah ditakdirkan?
Seakan alam maya, namun seakan realiti.
Kadang kala muncul seperti mimpi.
Malah meninggalkan bau juga.
Atau mampu melihatnya secara fizikal adalah seperti melihat jongkong emas
* yang ni siapa pun tidak menolak.
Hamis. Dan selalu juga didatangi dengan fizikal lelaki berpakaian lengkap terutama bila sakit dan demam panas di awal usia 13 tahun. Juga selalu melihat yang tidak tidak. Adakah itu seronok? Adakah itu menjadikan kita istimewa? Oh tidak.
Pesaka.
Saka, you pegi jauh jauh.
Bunyi macam funny eh, tapi derita menanggungnya dan kesamarannya tentang saka membuatkan seakan samar sesamarnya.
10 September 2011
09 September 2011
Misteri dan Mistik.
Jam 7 malam.
Terima panggilan dari Husairi selepas 5 minit menantikan panggilannya.
Ku angkat.
Aku : Hello Yie
Jerry 013: Helo..sape ni?
*Suara perempuan. Disertai dengan bunyi bising. Ku agak suara remaja, lingkungan 20-an.
Aku: Eh ni siapa? Ni no adik saya. Awak siapa?
Jerry 013: Awak ni siapa???
Aku : eh awak siapa???
Tiba-tiba senyap sunyi. Tiada bunyi apa-apa, namun "dia" masih di talian.
Aku yang blur dan menyangkakan maybe itu awek adikku, atau adikku telah memberikan nombor itu kepada makwenya, atau apa-apa lah! Malas nak kufikirkan.
Baru saja ku matikan panggilan. Telefon ku berdering lagi.
Aku : Helo ?
Jerry 013 : Helo.
Bila ku dengar memang suara adikku. Terus aku bertanya. Sebab menggunakan nombor sama.
Aku: Yie..sape perempuan tadi?
Jerry 013: Hah? pempuan? ketar lutut aku ni.
Aku : Hah..kenapa yie?
Jerry : Aku baru nak tanya sape yang angkat hp ko tadi?
dan dia menceritakan seperti yang kuceritakan.
Pada masa dia mencuba menghubungiku, perempuan itu telah mengangkat hp ku. Dan berikut situasi adikku.
Jerry 013: Sah..
no hp ku : Awak ni sape?
Jerry : eh saya nak cari kakak saya.
*Disebut nama penuh ku berulang kali. Dan ditanya siapa di talian berulangkali.
Juga bunyi bising yang disertai panggilannya turut senyap sunyi.
Juga suara perempuan muda. Juga berlatarbelakangkan bunyi bising.
Apakah maksud semua ini?
Di saat kami sedang menyelesaikan misteri rumahku, bertalu talu misteri datang. Seolah olah cuba melawan balik. Malah melalui panggilan telefon juga.
Tujuan adikku menghubungiku kerana ingin menyampaikan cara-cara menghadapi misteri rumahku dikacau malam semalam.
Siapakah perempuan itu yang menggunakan no adikku dan menggunakan no hp ku pada masa yang sama?
Sangat mustahil bukan. Tapi ia berlaku.

08 September 2011
Suami
Jujur, sebenarnya aku jarang-jarang sekali berbicara dengan seterang-terangnya bahawa suami bagaimanakah yang aku punyai? Atau lebih pendek, aku juga jarang mahu mengingati yang indah indah bilamana banyak yang sakit sakit ku hadapi.
Atau, sebenarnya aku malas mahu mengingati??
Namun, jujur. Aku sebenarnya tewas dengan permainan dunia.
Puas berusaha, aku mengalah.
Nak jadi, jadilah. Tak jadi, sudahla!
Tanpa sedar, sebenarnya, sebelum ada siapa siapa antara kami bertiga, kami punyai diri masing masing.
Aku punyai dia, dia punyai aku. Cukup melengkapi.
Dan, hari ini, beberapa Syawal ini, hati terpanggil untuk kembali mengingati yang manis madu tentang dirinya. Yang bila diingat-diingat juga, hati bisa luluh dan cair.
Suami ku;

- Yang memicit kepalaku hingga meletus-letus. Yang tidak pernah menolak apabila minta dipicitkan kepalaku yang pening. Walaupun ketika sepatah pun dia tidak mahu bertegur atau menyapaku.
- Yang bersusah payah meredah kesesakan jalan raya pada 1 Ramadhan tahun 2009 ketika Acha masih berusia 7 bulan di sisi nya demi aku yang tersadai bersama kereta di tepi jalan di Federal Highway.
- Yang sanggup berjalan kaki sejauh jauh nya kerana merajuk. Kerana tinggalkan kereta untukku. Oh kesian! Lihat sbnrnya dalam rajuknya, dia mahu menunjukkan dia bersedia berkorban.
- Yang sentiasa menyiapkan kerja rumah ketika aku berperang di dapur. Yang selalu menjemur baju dan mengangkat baju di ampaian.Yang disusun kemas di ampaian, mahu pun di dalam bakul pakaian. Juga yang selalu menyelesaikan kerja dobi mendobi.
- Yang selalu menyental shower room. Yang selalu menyapu lantai rumah. Yang selalu mengemas meja makan.
- Yang pernah membuatkan aku nasi goreng dan telor gorengnya. Walaupun simple, atau tidak lebih dari 3 kali memasak untukku, namun cukup aku bangga. Kerana, nasik pun tidak pernah ditanaknya.
- Yang kreatif. DAN selalu membawa balik barangan buangan dan dijadikan ampaian, rak kasut,malah rak kayu seperti dibeli di kedai. Yang suka bertukang. Malah suka berjimat, mungkin kerana dia berlatar belakangkan keluarga susah dan anak lelaki sulung keluarga menjadikan dia sebegitu berkira.
- Yang selalu membaiki apa-apa yang rosak. Paip. Lampu. Kerusi.
- Yang pernah membelikanku baju mengandung ketika mengandung dulu seawal usia kandungan 3bulan. Meskipun selalu kufikirkan dia tidak peduli, namun benda benda begini buatku terharu. Kebetulan hari ini aku memakai baju blaus pemberiannya.
- Yang selalu memujukku dengan nasi lemak sedap di Klang. Kegemaranku. Yang sering membawa ABC Seksyen 2 Shah Alam bagi meredakan kemarahanku. Oh ini jawapan aku gemuk sekarang ye!
- Yang tidak mahu aku kurus keding namun mahu aku kembali seperti dulu sebelum gemuk seperti sekarang ini-oh ye. saya sedang melalui hari-hari diet. Doakan saya! ini first time diet!
- Yang membelikan saya hp CSL ketika saya tidak punya hp sedangkan beliau sendiri tidak punya hp baru.
- Yang sering mengangkat semua barang barang ketika atau dimana aku berada.
- Yang tidak pernah mengizinkan aku membuang plastik sampah sendiri.
- Yang selalu membetulkan aerial TV sewaktu aku tengah menonton rancangan kegemaranku. Dan yang selalu menjadi remote ku ketika remote kami rosak digigit Acha. Yang selalu beralah memberikan aku masa menonton tv.
- Yang selalu menyapu minyak panas di kaki ku. Yang selalu melumurkan losyen gatal gatal sewaktu aku tidur.
- Yang selalu menyelimutkanku di kedinginan malam.
- Yang selalu datang padaku. Walaupun berkali-kali aku menolaknya.
Suami,
Sebelum ada sesiapa kau menyayangiku.
Namun selepas punyai anak, kau sebenarnya makin menyayangiku tatkala aku memikirkan kau disisi kerana berpaksikan anak itu.
Suami,
sayangilah kami berdua selagi kami disini.
untuk diri sendiri,
belajarlah menyintai suami semula!
redhalah!
Sebelum ia terlambat!
07 September 2011
Black Sheep
Black Sheep atau disedapkan jadik BLACK SHIT. eh, kambing hitam maksudnya okey.
Kecenderungan jadi black sheep adalah:
- Mangsa keadaan-tidak ada orang untuk dipersalahkan untuk menanggung akibat.
- Mangsa black sheep juga tak mampu menepis kejahilan mulut dan anasir2 luar yang menjadikannya kambing hitam. Apatah lagi yang mem"black sheep kan" nya adalah kaum kerabat sendiri. Lagi susah dan haru biru nak clear kan nama baik.
- Mangsa black sheep biasanya tidak berada di tempat kejadian hari di kambing hitamkan itu.
- Mangsa juga terlupa atau gagal mengumpul bukti untuk mempertahankan diri.
- Mangsa ter "black sheep" kan diri sendiri bila keadaan memaksa untuk menjadi korban. Atau lebih kedengaran molek jika disebut" aqiqah kambing". Cth: menjadi kambing hitam apabila si polan2 mengandung anak orang lain, namun kerana merelakan demi kasih sayang. eh? itu contoh tak baik. Contoh baik adalah: merelakan diaqiqah kan kerana mahu menjaga nama baik orang lain wpun diri terseksa dan meninggalkan titik hitam. Tahniah bete!
- Mangsa juga penyumbang kepada kejadian black sheep iaitu dengan secara langsung atau tidak langsung bertindak @ bercakap dan akhirnya dijadikan nasik tambah oleh pemukul gendang(maksudnya penyedap cerita), ditambah ajinamoto kicap, maka sedaplah mereka menggulaikan "black sheep" itu tadi.
Oh ye, kenapa saya bercerita pasal black sheep? Sebab dah banyak kali daku di blacksheep kan. Tahniah!
p/s : Amiklah pengajaran ye supaya anda tidak di kambing hitamkan. Sudahlah anda memang hitam!
05 September 2011
Salam Lebaran
Selamat Hari Raya untuk semua blogger dan follower..
semoga perhubungan kekeluargaan tidak putus tidak renggang. Ambillah peluang bulan syawal ini untuk saling bermaaf-maafan..
semoga perhubungan kekeluargaan tidak putus tidak renggang. Ambillah peluang bulan syawal ini untuk saling bermaaf-maafan..
Subscribe to:
Posts (Atom)