Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

08 September 2011

Suami

Jujur, sebenarnya aku jarang-jarang sekali berbicara dengan seterang-terangnya bahawa suami bagaimanakah yang aku punyai? Atau lebih pendek, aku juga jarang mahu mengingati yang indah indah bilamana banyak yang sakit sakit ku hadapi.

Atau, sebenarnya aku malas mahu mengingati??

Namun, jujur. Aku sebenarnya tewas dengan permainan dunia.
Puas berusaha, aku mengalah.

Nak jadi, jadilah. Tak jadi, sudahla!

Tanpa sedar, sebenarnya, sebelum ada siapa siapa antara kami bertiga, kami punyai diri masing masing.

Aku punyai dia, dia punyai aku. Cukup melengkapi.
Dan, hari ini, beberapa Syawal ini, hati terpanggil untuk kembali mengingati yang manis madu tentang dirinya. Yang bila diingat-diingat juga, hati bisa luluh dan cair.

Suami ku;

  1. Yang memicit kepalaku hingga meletus-letus. Yang tidak pernah menolak apabila minta dipicitkan kepalaku yang pening. Walaupun ketika sepatah pun dia tidak mahu bertegur atau menyapaku.
  2. Yang bersusah payah meredah kesesakan jalan raya pada 1 Ramadhan tahun 2009 ketika Acha masih berusia 7 bulan di sisi nya demi aku yang tersadai bersama kereta di tepi jalan di Federal Highway.
  3. Yang sanggup berjalan kaki sejauh jauh nya kerana merajuk. Kerana tinggalkan kereta untukku. Oh kesian! Lihat sbnrnya dalam rajuknya, dia mahu menunjukkan dia bersedia berkorban.
  4. Yang sentiasa menyiapkan kerja rumah ketika aku berperang di dapur. Yang selalu menjemur baju dan mengangkat baju di ampaian.Yang disusun kemas di ampaian, mahu pun di dalam bakul pakaian. Juga yang selalu menyelesaikan kerja dobi mendobi.
  5. Yang selalu menyental shower room. Yang selalu menyapu lantai rumah. Yang selalu mengemas meja makan.
  6. Yang pernah membuatkan aku nasi goreng dan telor gorengnya. Walaupun simple, atau tidak lebih dari 3 kali memasak untukku, namun cukup aku bangga. Kerana, nasik pun tidak pernah ditanaknya.
  7. Yang kreatif. DAN selalu membawa balik barangan buangan dan dijadikan ampaian, rak kasut,malah rak kayu seperti dibeli di kedai. Yang suka bertukang. Malah suka berjimat, mungkin kerana dia berlatar belakangkan keluarga susah dan anak lelaki sulung keluarga menjadikan dia sebegitu berkira. 
  8. Yang selalu membaiki apa-apa yang rosak. Paip. Lampu. Kerusi.
  9. Yang pernah membelikanku baju mengandung ketika mengandung dulu seawal usia kandungan 3bulan. Meskipun selalu kufikirkan dia tidak peduli, namun benda benda begini buatku terharu. Kebetulan hari ini aku memakai baju blaus pemberiannya.
  10. Yang selalu memujukku dengan nasi lemak sedap di Klang. Kegemaranku. Yang sering membawa ABC Seksyen 2 Shah Alam bagi meredakan kemarahanku. Oh ini jawapan aku gemuk sekarang ye!
  11. Yang tidak mahu aku kurus keding namun mahu aku kembali seperti dulu sebelum gemuk seperti sekarang ini-oh ye. saya sedang melalui hari-hari diet. Doakan saya! ini first time diet!
  12. Yang membelikan saya hp CSL ketika saya tidak punya hp sedangkan beliau sendiri tidak punya hp baru.
  13. Yang sering mengangkat semua barang barang ketika atau dimana aku berada.
  14. Yang tidak pernah mengizinkan aku membuang plastik sampah sendiri.
  15. Yang selalu membetulkan aerial TV sewaktu aku tengah menonton rancangan kegemaranku. Dan yang selalu menjadi remote ku ketika remote kami rosak digigit Acha. Yang selalu beralah memberikan aku masa menonton tv.
  16. Yang selalu menyapu minyak panas di kaki ku. Yang selalu melumurkan losyen gatal gatal sewaktu aku tidur.
  17. Yang selalu menyelimutkanku di kedinginan malam.
  18. Yang selalu datang padaku. Walaupun berkali-kali aku menolaknya.
Suami,

Sebelum ada sesiapa kau menyayangiku.
Namun selepas punyai anak, kau sebenarnya makin menyayangiku tatkala aku memikirkan kau disisi kerana berpaksikan anak itu.

Suami,
sayangilah kami berdua selagi kami disini.

untuk diri sendiri, 
belajarlah menyintai suami semula!
redhalah!

Sebelum ia terlambat!

6 comments:

  1. kakak...

    :)

    speechless

    tpi nk drop komen gak..!

    ReplyDelete
  2. Adik,

    kau sndiri tahu, sebanyak mana kertas pun tidak cukup untuk ku tulis kebaikannya.

    dari mengingati segala pahit, kali ini hari ini baru ku tersedar betapa banyak nya kebaikannya!

    ReplyDelete
  3. kadang2 kerana satu perbuatan melukakan membuatkan kita lupa sepuluh kebaikkannya..walau bagaimana pun dia tetap suami yg perlu kita sanjung,bapa yg membenihkan zuriat dlm rahim kita...tak kira walau sepuluh perbuatan yg menyakitkan,seharusnya 1 kebaikan itu bisa buat kita syukur..:)

    ReplyDelete
  4. Thanks Muni. Appreciated that so much!

    ReplyDelete
  5. hargailah suami sblm penciptanya mahukannya semua, waktu itu air mata darah pon tak akan dpt mengembalikannya..

    moga wan menjadi isteri yg soleh, spti yg di ingini oleh sang suami

    caiyok

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...