Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

26 September 2011

Gila

Bangganya kerana menjadi pekerja dedikasi pada hari sabtu,
mewahnya perasaaan tidak dapat digambarkan.

berjiwanya diri menghayati panorama jalan di pagi hari terutama bila hujan redup dan mata terasa segan nak buka apatah lagi nak kena air setitik dua. dan alangkah rasa cemburu bukan kepalang melihat tidur si anak tidak berkutik. bangganya jadi ibu dedikasi. bangganya menyarung baju cantik cantik ke tempat kerja untuk menghiburkan hati yang "suka" sangat kerja. heh.

masa ni mesti terbayang lagu "penakut" yuna dengan perasaan hiba mengikuti perjalanan ke tempat kerja,sungguh aku kagum dengan sikap bos mewujudkan keadaan streotype (muka streotype hari sabtu) di kalangan pekerja, dan sungguh macam "wah PJ aku yang punya" bila boleh parking sesuka hati di kala sabtu begitu.

wah wah, mewah mewah.suka suka.

wah, wah...
aku sebenarnya tatkala ini tahap penulisan dan kewarasan minda sudah bercampur baur dan pemahaman tentang psikologi dan mental terasa begitu dekat di jiwa.

aku nak tukar kerja!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...