Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

10 September 2011

Anak rantau


Ketika tahun pertama beraya di perantauan (UK) tahun 2009 yang selalunya berakhir dengan makan makan atau open house di Malaysia Hall atau sekadar bermalas-malas menghadap heater selepas sembahyang Raya.
Ketika hanya ditemani 2 orang Melayu dari Sabah dan Melaka yang selalu menjadi nadi kehidupanku di sini, aku selalu menyibukkan diri terutama bila baru menjejakkan kaki ke bumi Eropah ini.

Walaupun rata-rata sahabat handai lebih berminat menghabiskan cuti meronda London dan benua lain, aku terperuk kesejukan menghadap kopi panas dan terbayangkan ubi kayu serta keropok di kampung. Teringatkan Shah Alam juga. T_T.

Bukan aku tidak punya keinginan bergembira dan menjadi syaitan, tetapi bila kufikirkan peluang belajar ini hanya sekali seumur hidup, malah ditaja pula, aku seakan merelakan diriku menjadi ulatbuku di perpustakaan sedangkan sewaktu di Malaysia aku lebih banyak bergelak ketawa dan banyak mengamalkan sikap last minute study sewaktu menghabiskan Ijazah dulu.

Namun nasibku baik. Mungkin kerana berkat doa dan sembahyang hajat yang selalu ibu titipkan untukku dari jauh.

Ketika sudah hampir di tahun akhir pengajian dan hanya beberapa kertas lagi perlu kuambil. Ku bertemu dengan seorang lelaki Melayu di lewat usia 20-an sewaktu berebutkan ayam roasted dijual bersebelahan Pasar Segar di hari Ahad begitu. Kujangkakan dia akan menengkingku. Rupa-rupanya dia menghulurkan plastik yang sudah berisi ayam roasted madu. Malu. Namun ku terima.

Hinggalah kali ke dua ketiga dan seterusnya.
Bilamana aku tidak sedar, dalam temph 3bulan itu, sudah banyak aku melupakan impian orang tua dan sedang kemaruk begitu, kami berbuat keputusan nikah di sebuah pejabat pendaftar nikah di UK.

Sepatah kata pun tidak kusuarakan kepada orang tuaku,memikirkan sebusuk busuk perangaiku,aku tetap anak mereka. Begitu juga lelaki yang sudah bergelar suami. Manis nya hidup suami isteri walaupun kami tidak punyai rumah sendiri. Dan, aku menangguhkan pengajian kerana mahu meluangkan masa lebih lama bersama suamiku.

Hinggalah pada suatu petang aku menunggu dia pulang dari kelas katanya, sewaktu aku mahu memberitahu berita yang tidak kupasti gembira atau bala, dia pulang bersama seorang kanak-kanak 3tahun lebih dan mengatakan itu adalah his long lost born kid with his unexpected girlfriend dan aku was just like hell what happening?

Selama dua minggu, dia "menyimpan" kanak-kanak itu di flat sewa aku bersama 4 orang rakan ku. Sakit hatiku. Apakah aku ini terlalu baik hati hingga seakan terpaksa rela menjaga anaknya bersama perempuan lain? Dalam tidak mahu menjaga budak itu, aku belikan juga dia roti dan nasi beriani di hujung jalan. Suamiku pula berjauhan kerana tugasan freelance yang diambil kerana mahu menyelesaikan master nya secepat mungkin.

Tanpa menduga apa-apa, di suatu petang, dia pulang bersama 2 buah beg sarat berisi pakaian. Katanya ini souvenir. Penuh dengan baju size M untukku. Malah ada hat, winter coat dan pelbagai suit for office work. Janggal, namun tidak ku suarakan kerana hati terlalu benci untuk berkata kata.

Jam 4 petang keesokannya aku terjaga, budak lelaki itu sudah tiada. Ada nota berisi 3 patah perkataan
"will be back".

Aku tersenyum bila ada signature love di situ.

Lantas 12 hari kemudian,dia singgah di flatku dan bermalam semalaman di bilikku dan menceritakan perjalanannya menghantar anaknya kembali ke pangkuan ibunya dan bla bla bla. Lantas ku memeluknya. Lega dan bercampur baur.

Ketika semuanya sudah hampir selesai dan ketika sudah hampir 7 bulan kami berkahwin, dia menerima tugasan menyiapkan kerja-kerja vendor oleh universiti nya. Dan dia meletakkan beberapa keping not wang di atas meja tulisku diikuti pelukan lama yang erat.

Aku tersenyum.

Seminggu, dua minggu. Masuk minggu ke tiga tiada khabar berita aku mula cuak. Mula risau lalu tanpa mempedulikan privacy nya, aku menceroboh semua rakan taulannya meskipun ku kenali sipi-sipi, menyelidikinya kemana dia pergi.

Sambil diikuti rantaian airmata yang seakan mewarnai rasa cemas dan berfikir yang tidak-tidak, aku tergesa-gesa ke alamat yang diberikan oleh seorang housemate nya yang berbangsa Ireland itu.

dan bila ku ketuk biliknya bertalu talu, seorang lelaki membuka, hampir ketinggian dengan suamiku, dan lantas dia berkata;

"Naz?"
aku terpaku. Mengangguk.

"Where is him?"
Lelaki yang ku agak samaada Mamak Malaysia atau Indonesia atau Jawa atau apa-apalah menghulurkan segelas air suam.

"Chill. He's not around, i havent seen him in 2 weeks time. He will not be back"
Sewaktu itu, airmata sudah berhenti mengalir. Dan i was thinking, what joke is that? ANOTHER JOKE from a stupid joker with wearing his pink scarf???

Menggelabah, ku geledahi seluruh bilik. Semua bajunya masih ada. Masih seperti 5 bulan lalu.
Aku pandang lelaki itu yang seakan panik melihat tingkahku.

"he's not in europe anymore. i believe he's leaving for Malaysia"
Sewaktu itu hatiku gugur dan aku rebah. 40 minit atau lebih, aku berteleku disitu. Lelaki yang ku kenali 3 bulan sebelum kahwin itu lari. Setelah aku membenihkan kasih cintanya.


wan,
please help me find my beloved husband.


naz with love,
ada ubi ada batas,ada hari boleh balas.
i meant it!




satu surat yang aku kelu. satu emel yang buat aku terasa hancur. seorang kawan yang ku kehilangannya bertahun2 dulu kembali dengan permintaan seberat ini.




itu kawanku. itu ceritanya. keluh kesah. bingung fikiranku nih.
aku yang diharapkan dalam jarak beribu batu, aku yang pernah berkongsi bilik sewaktu di Uitm Kedah dulu,dan aku yang selalu banyak mulut ini yang diharapkan.

Naz...

6 comments:

  1. kesiannya...!

    dia taknak balik malaysia ke?

    ReplyDelete
  2. sedihnya..tak sgkanya..tak ada famili lain ker kawan wan tu?

    ReplyDelete
  3. Seha~ kesian.. sy pun tak tahu nak ckp apa. speechless.

    ReplyDelete
  4. miss~mcmn dia nk blk Malaysia? dgn anak tanpa suami??????

    ReplyDelete
  5. Muni~dia ada family. tp skrg of course dgn keadaan dia, dia tak nak family atau kwn2 dkt nya tahu keadaannya skrg..

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...