Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

31 December 2010

Duaribusepuluh yang penuh duka

Family & me last month at ICT

Lembu dua ekor yg seakan mengejek aku "nak masuk tgk aku pun kena byr RM 10, hahha..dulu free masa aku takde!!"


2010, Selamat Tinggal. Kau byk bagi aku duga tahun ni ya, 22 minit lagi aku tinggalkan kau. Aku sedih pun aku rasa 2010 nih banyak jugak hikmahnya. Namun aku nak igt yg sedih tapi suka pada 2010:

  • Tayar keta mintak ditukar, RM500 lebur di bulan December gaji December. No more Y.E.S. so, Yes zaaa dkt uma jelah!
  • 2010- Tahun penuh dugaan, dengan kekecewaan dan kekalutan kerja dan adegan mencari kerja serta menganggur.
  • Raya Haji di perantauan antara dugaan 2010. Harap 2011 ni raya aku di kampung lah!
  • Tahun 2010 ni ada concert dkt ICT, malangnya aku tak dapat pegi, walaupun uma aku dgn ICT ni sejengkal je. Hanya mampu dgr bunyi pung pang pung pang jela kjap lg :(
  • Banyak sakit dan demam. dgn skala selalu serta kerap. sll sakit terutamanya menjelang asar hinggalah subuh esoknya. moga tahun dpn, semua penyakit, segala anasir2 jahat keluar dr bdn aku. dan bila sakit, acha tak terjaga.
  • Gatal2 seluruh badan. dikenali kudis malam. gatalnya menjadi2 bila malam. patutla nama nya pun kudis mlm. berbiji, berisi air. makin garu makin sedap, lps tu mulala merebak!
  • Rambut Acha berkutu! Haip, punyalah satu mslh bila dijangkiti kutu taktau dr mana anakku dpt. Menggaru2, dan mulalah operasi Nyah Kutu bermalam2 berhari2.
  • so, aku harap tahun dpn takde cerita2 merapu meraban mcm tahun ni. Hehehe..
  • Happy New Year!!


Meet you next year blog!!!

I will open the book. Its pages are blank. I am going to put words on them myself. The book is called Opportunity and its first chapter is New Year's Day....Happy New Year friends...wish all best of luck..

Berlaku Sumbang

Siapa duga, tahun 2010  banyak adegan2 sumbang aku dgn org sekelilingku.

* Ngeri baca tajuk entry ni.

 
Ni antara aksi2 sumbang aku tahun ini. O yeah!!

Resign- Tender 24 hrs notice

Berselisih faham dgn M.D, buat aku resign 24 hrs hrs. Decide pukul 7ptg di ofis slps kena dgr carutan2 berbisa tahap ular senduk tanduk 3, aku pun kata " i've made a decision" aku kata kat diri sdiri la. Aku ni antara yg paling cool dan plg bertahan dgn gelagat "aku bos kau kuli batak je". Setelah lama bertahan dgn carutan2nya,akhirnya aku mengalah wei! telinga aku tak tebal rupanya! Ngeh2.. Esoknya, pkul 11 pg, aku msk opis dgn berbisanya siap pki jeans(@ jin?), & go. Jobs too. So do i.



p/s: sakit hati dgn ex bos ni bkn psl sbb dia sll sumpah seranah bodoh, bangang (ayat tu aku dah lali kua dr mulut dia), tp psl ayat nye " aku dah beratus kali g UK, aku tak pernah naik economy class, ko nak suh aku naik economy classsssssss????!" Hak tui,kaya punya psl kan. Dah ko bgtau aku booking under Eco class, aku pun naik pelik pesal org tua ni naik eco class? Rupanya MAS perkenalkan pakej ECO under Bisnes Class! Huh! Mls aku nk terang lebih lanjut psl menatang pakej yg buat aku sakit hati terus resign. Ayat tu bring another meaning to me..which is???....nti klu aku ada mood, aku bgtau lah! Hahahahha..


Fighting2 Dgn Jiran Tetanga a.k.a Rakan Gosip Mulut Longkang

Bergaduh dgn jiran tetangga kaki gosip.  masa aku menanggurkan diri selama 3 bulan sharp,cukup2 3 bulan, aku dapat keje tpt baru! Yeay! sape kata hidup ni ssh cari rezki? Usaha, usaha. Positive thinking!! OPS..Pasal gaduh tu pasal namanya pun suka bergosip dpn uma aku nih, suka lak mengumpat pasal aku. Igt aku takde dlm uma kot, biasanya aku biarkan saja mereka berkata2, asalkan bukan pasal aku dan bukan didengarku sdiri,yelah..takkanla aku ni pekak badak atau bangang bongok sgt biar dan sambil tersenyum masin dgr org gosip psl aku?? Ni,melampau kwn2..ngumpat psl kita, duk atas kusi mls beranda uma aku yg mmg pemalas mcm dorg tuh, kuat plak tuh! ape lagi?? Aku pun buka pintu terus...baik korang tak pyh tau carutan aku tuh..

Pecahkan kerusi Upin Ipin Acha

Yang ni dengar macam tak berapa sumbang, tapi cuba korang bygkan, satu pagi bekerja, aku naik atas kerusi Acha sambil disaksikan Acha sendiri( owner kerusi comel hijau tu), kerusi tu terus prak disaksikan empunya bilamana kaki mungil ku baru je melabuhkan sebelah kaki ke atas kerusi comelnya. Haih, baru sebelah kaki tu kawan2. Anakku seperti histeria tgk kerusi kesyg penuh dgn gambar upin ipin rebah ke bumi. Hancur berapa tah. Beratnya mama muCha! Terus aku tenteramkan emosinya. Cepat2 kutip bahan bukti, ligat kepala fikir idea bernas kerusi Upin patah. Alasannya:

"eh mana kerusi Acha? Acha nk mkn ni?"
"Patah bang.."
"Knp?"
"Tah Acha, mengamuk.."
Malaikat sblh kiri tgh tulis dosa aku masa nih. Wpun encik suami mcm nak tak nak percaya, tapi bulan lepas dia belikan kerusi baru utk Acha. Tp tak  secomel yg dulu (kesian acha..sori Cha! terpaksa guna nama Acha). Namun, tetap takde sape boleh duduk ok.


perhatikan kepala Upin & Ipin dipotong oleh Acha bila mengamuk serta tak puas hati, tapi mmg agak mustahil utk pecahkan kerusinya dulu. Hahhahah.. :P








Itu jelah perlakuan sumbangku. Setakat ni jelah. Malas nak igt berapa byk sumbang dah!!!!






Pukau ?? Dipukau??

KURUS SELEPAS DIPUKAU??
GAMBAR menunjukkan Marion menjadi kurus selepas menjalani teknik rawatan hipnosis.
(kalau kurus macam Marion ni kena pukau,pukaulah aku berkali2..)
 
Entry akhir tahun ini demi mengimbas kembali tahun-tahun yang sudah berlalu namun masih seperti baru.

Tahun 2007, antara tahun tahun yang agak menggila. Untuk aku. :)

Satu rembang petang di Jalan Pekeliling, bas ke Temerloh. Panas, bunyi enjin bas yg berderum kuat. Berbekalkan sebotol mineral RM1.50, dibeli di gerai2 kecil di tgh2 Stesen Bas Pekeliling tu. Bas berjalur merah hati ditunggu2 telah bersedia memulakan perjalanan. Tempat duduk tepi tingkap, feveret aku. Cpt naik, cpt dpt tpt duduk. Sblh kiri. Sedang baru mahu berehat, lepaskan lelah, ku toleh ke kiri bas dan itulah lambaian terakhir seorang lelaki utk minggu itu.

Mahu pejamkan mata, menunggu sejam utk sampai ke Stesen Bas Bentong. Namun, terganggu. Wanita di lewat 30-an melabuhkan tempat duduk di sblh ku. "Air??" Pelawanya di saat aku menoleh ke kananku. Aku geleng sambil tersenyum. Aku pun punya mineral. Hem. Lps tu, aku terasa pahaku ditepuk mesra kakak bertudung  itu.

Betul-betul dah sampai Hentian Bas Bentong, aku terjaga di saat bas sudah memasuki bumbung Bentong. Terpisat2, dan agak kebingungan. Namun, masih menuju ke kereta abah (bapa angkat ku di Karak). Mak pun agak pelik lihat aku terus menuju masuk ke kereta tanpa bersalaman spt kebiasaan. Mulalah aku sedar 100%, kelam kabut buka dompet di dalam beg. Sah!!! RM250 terbang!!!!!!!!!!!

Namun aku masih bersyukur di sebalik semua ni, aku sekadar dipukau sekejap, dan sampai ke destinasi. Kalau aku kena pukau bertahun2? Jadi mangsa pemerdagangan org?Waaaaa!!!?? Aku tak nak fikir!!!!! Dan moga2 sesiapa yg amalkan pukau2 ni get his pay. Lepaskan org yg dipukau tu, kembalikan kepada keluarganya. Banyak kes dah berlaku. Hilang, dan tak pulang2.


Andakah mangsa seterusnya??? Beware. Jgn pandang mata strangers. Biarlah malu2 kucing. Hahah.. Entry ini utk cik nia juga..http://niakhairudin.blogspot.com/ . hehehe..



Till we meet again.






Sumber gambar- KOSMO ONLINE 26 Mei 2009.

Tips Kenali Si Dia Bujang atau Sudah Berpunya?

ini tanda aku dah kawin ok.
 Ada ke patut aku ni dikata masih bujang. Cth:

 Peristiwa satu ni:

Sept 2010
"why you did not come yesterday? "
" Im on leave"
"Why?"
"My daugter fall sick"
"Your daughter? errr??"
"Yes, definately"
"you mean, ur biological daughter?"
"Yes la, why so difficult to u'stand?"
"U married mam??"
"Yes la, got one kid ready"
Sejurus tu, foreigner tu menepuk dahi. Bongok betul!
ini tanda aku ni subur, ini anak aku yg montel tgh tgk tv dgn Pakcik nya.
 Peristiwa Dua

August 2009- Subang SS 14 @ another workplace

"Dipersilakan hot mama utk pitch!!"
Itu kata2 leader aku. Masa tu aku wat marketing, pg2 sblm briefing kena berlatih pitching dulu. Lps tu, ada muka sorg mamat ni berubah. Lps tu, kwn di seblahnya menyiku mamat tu. Lps tu tak pnh bertegur dah wpun satu grup. Aku lak???? Blur!!
Penggodam Terkemuka- Acha. Digodamnya bedak sejuk aku sampai bertepek.
Pengada Tergedebe

Penangis Tersohor

Pemakan terkemuka.


Jd, jangan disangka yg rugged dan rock serta sengal2 ubi tu adalah bujang. Yang gemuk jgn disangka dah kwin, yg boroi jgn disangka sudah senang hati punya anak bini mkn kenyang, yg dahi licin jgn sangka anak dara, yg berjerawat batu jgn sangka sudah beranak pinak tensen jaga anak, yg slim jgn disangka bujang dan belum kawin, yg sentiasa keluar minum 2-3 pg jgn disangka laki itu bujang!!! Perhatian... Sila cek betul2 sblm kamu kenal &fall ok??



Till we meet again. Muah2.... 

30 December 2010

Lelaki Bermata Coklat Lelaki Miang

Ha..gatal kan??

Yang ni plak?? control macho nih.

Boleh ke tuduh lelaki mata coklat jantan miang??? Kalau pempuan mata coklat, nmpak comel kan kawan2. Jap2, cek mata aku kaler apa. Ups, coklat ye kawan2. Haruslah nampak cumil. :)

Apa2 pun, entry ni bkn psl pempuan. Pasal lelaki. Aku mewakili kaum Hawa utk Zon Blogger nak cerita sikit ujikaji tak resmi (macam ayat dulu kala) aku tentang laki bermata coklat ni:

Nih hazel betul mata dia. Ni mata ala2 menggoda k. Jgn tertipu ye ladies!!

Peristiwa 2007

Seorang lelaki yang ku kenali di ibukota, bermata galak/ bermata coklat. Dari mata dah tau mmg kuat mengayat & menggatal. Pandangan dan sorotan matanya memang menggoda. Dan, buktinya dua orang kawanku mengandungkan anak nya. Anak kawan aku yg bernama A lelaki, kawan aku yang bernama B juga anaknya lelaki. Muka sejibik sejabak mcm bapaknya yang macam sial tuh. Tett..sensored!! Macammana plak kawan aku dua2 nih fall dgn dia??
Bknnya reunion beranak yek, tp satu hari yg dingin ms aku berada di SDSI Melaka 2007~ seorg perempuan bernama B (perempuan ke 2yg mengandung & memberanakkan anak jantan galak tu) call aku. Nombor aku dicari dalam hp mamat ni. Haih, kami satu tpt keje je wei. No more than that. So, dia igt aku nih antara one of bedding ladies with him.


So, bermulala edisi pembongkaran rahsia jantan tuh. Maka, aku pun kenalla Minah A tu. So, setel. Anak dah DUA kawan2,dari ibu berlainan, masing2 beza setahun, skrg jantan sial tu kwin dgn minah A. Hah? Minah B? Takkan madu kot? Minah B meneruskan pengajian di ibukota.

p/s: maksudnya, minah A & B pun ada salah juga ye kawan2. Cuma jantan tu lah, dlm masa yg sama dipakainya byk2 betina! Haih!!!


Peritiwa 2008


Dia ni bujang, tapi bulu mata nya pendek, melentik, matanya? Coklat! Aku mmg dah aim dah mamat mcm ni. Memang menggatal gak. Dia banyak menipu, tapi last2 kawin dgn sorg kakak yg aku kenal rapat tu. Kesian kakak tu, laki dia malas keje, sll clubbing, balik bertepek lovebite. Ngeeeeeeeeeee.. GrRrRrr..


Peristiwa 2009? 2010??


Takde peristiwa. Cuma aku nak bgtau br aku teringat laki aku bermata coklat!!!Ngee.. Marah dia kalau baca entry aku nih. Hahahhahahhaha.


Conclusion??


Itu anggapan & ujikaji penulis secara rambang. Takde kena mengena dgn lelaki2 bermata coklat yg lain. Tp??BEWARE LADIES! sila perhatikan laki kamu bermata coklat kah??


Tapi aku mmg always aim laki mcm nih....Hahhaha...aku pun rasa nak berguling2 ni teringat laki aku pun mata coklat!!Tapi..yg pakai lens tu, jgnla kamu cungkil lak biji matanya. Hehehheh..




Till we meet again.


*gambar hiasan only. Gambar benar2, nti aku cari k. heheheh..


ATAS NASIHAT SEORG RAKAN Liza Sulaiman, dia yg suh aku masukkan gambar laki aku. Ni hasil godekanku. Ngeh2. AMPUN CIK SUAMI!!

yang ni jek pic yg ada setakat ni. esok aku upload gambar mata dia je. huahaha. kejam2..





Sumber picture~Fotosearch.

Tengok Bola Sambil Gaduh dgn Jin

Juadah kami berdua.
*Tak boleh nk snap picture btl2, sbb Acha rebut kamera dgn aku.:P




Aku ni bukan minat sgt tengok bola nih. Mengaku. :P
Tapi, bila game besar. Cthnya match pasukan Kelantan hari tuh. Then, smlm Malaysia lwn Indonesia. Menang ke kalah ke, aku layan je. Kalau tak menang, sedih jugak. Tapi, sbb dah tentu ssh Indonesia nk mskkan 4 gol, jadi aku agak relaks la wpun kdg2 aku terjerit jugak. Sampaikan Acha terbangun peluk aku.

Baru je bola nak mula, tgh syok2 tgk bola..Bulu roma berdiri. Tgn, kaki, tengkuku berdiri. Bulu roma lah yg berdiri, aku duduk je smbil lyn bola smbil lipat kain. Meremang weh menatang jin tu dtg. Terasa weh, maklumla aku kan dalam temppoh berubat lagi, marah la kot dia nk buang dia. Yela, yg ko tumpang bdn aku knp, patutlah aku berat! :P~

Kali pertama

dialog aku" ko dtg lagi ye, pegi balik dkt tuan ko, bgtau dia jgn kacau rmhtangga org"
Acha pulak menggelupur dtg dkt aku " mama..akut" Takut!
Pastu hilang, dah tak meremang.

Selang beberapa minit, dtg lagi.

dailog aku" haih, dah kena sembelih tak serik2..oklah." aku pun baca Qursi 3x. dengan kuat. dkt luar rumah pun boleh dgr wei. Semuanya sangkut2 & terlupa ayat Qursi. Haih, dugaan! Padahal Qursi tu igt je, bacaan pun lancar. Pastu, aku tgk surah Qursi ada dkt dinding, aku baca kuat2. Wpun tergagap diganggu jin (agaknya masa nih dia tgh gelakkan aku!) tp aku teruskan juga. Lps tu hilang. Masa tu Acha mmg peluk aku. Takut katanya.

Kali ke 3 dia dtg lagi..

" oh, dtg lagi? Kalu aku baca Qursi kan ko nangis sakit!" (bila aku baca Qursi tu mmg separuh jiwa rasa nak nangis, tapi aku kuatkan hati. Ikut hati, mati!).Aku pun baca lagi Qursi tu sampaila dia pegi. Dugaan. Lps tu bola pun gol,lps tu Indonesia gol 2x. Pastu siap lipat kain. Then tido smpi terjaga pukul 7 lah kata. (terbabas Subuh!) Ini semua jin punya pasal! Ngeh2.(kataku di dlm hati la).






*Erk, sbnrnya aku tak boleh nampak pun jin tuh, cuma aku dpt rasa kehadirannya sejak2 lps aku g berubat Darul Syifa'. Kalu nampak, aku leh masuk Seekers la wei. Hahahha..
Pada yg tak tahu sila la baca entry sblm ini. :)


Kalu aku nampak, sure aku yg lari wei!!!




Esok, Darul Syifa lagi. Bersedia utk WWF!!


Keliru.


Two angry faces



It is much more comfortable to be mad and know it, than to be sane and have one's doubts...It explains thru faces, expression, physical expression, words expression & sometimes it hurts you.  Happens in vary way & situation.

1) Mad when arguing in business matters??
Two business person were mad to each other

2) Mad when you dont get what you want kids??? 
 
Mad kid
3) Youngster & their fight? Probably about girls?? Or bullying kids??


4) Mad kids towards their parents or friends???



Or??


5) Mad to your spouse???

Angry spouses



Who knows what it turns out to be?????

To be like this???


And this is the picture of women with a broken heart..


Think.





Pic Source- Fotosearch

Hati Menangis Siapa Yang Tahu.




Siapa boleh agak, muka manis & selalu tersenyum itu menyimpan duka paling dalam. Hidupnya derita, malangnya tidak terluah. Tertanya-tanya, sampai bila dia mampu bertahan.

Masing-masing mengikut kata hati. Tidak terfikir mana baiknya. Yang ada segala buruknya. Dikira & dihitung. Masih wujud ralat di hatinya. Hati sungguh sebak, menghalusi segala kekhilafan. Agar masih ada peluang perbaiki diri.

Namun, dugaan serta takdir itu milik Allah. Berusaha agar sentiasa kukuh jiwa & hatinya.
Kadang2 hati mahu menidakkan. Kadang2 hati mahu berkata "biar, biar..".

Sungguh, kadang2 seakan tidak berdaya. Allah itu Maha Kuasa, moga Allah tunjukkan yang terbaik dalam segala kekalutan ini. Amin.


Untuk semua sahabat2 ku juga..

29 December 2010

Tips dapat Anak Lelaki & Perempuan!!

Mama with Acha at her 7 days old

Kawan2, ni setelah aku google..hehhe..excited weh nk dpt anak!! lagi excited dr 2011 punya azam. Ngeh2.. sila2 lihat!!

Utk dpt boboy camni...

1. Wahai suami-digalakkan mengambil makan berprotein tinggi seperti daging merah, si isteri kena amik byk sayur hokeh.

2. Hari kedua subur, sila ON ok! ( aku tak reti kira tarikh2 subur ni. korg google sdiri cmner nk kira ek..hehe)

3. 20 minit sblm ON, si isteri haruslah membasuh kemaluan dengan menggunakan serbuk soda bikarbonat yang bercampur dengan air. ( 1 sudu kecil / segelas air )..Gaya2 mcm nak masak le plak. Nge..


Utk dpt gegerl???


1. Bertentangan dengan cara untuk mendapat anak lelaki, si suami pula harus banyak memakan sayuran manakala isteri pula mengambil diet protein yang tinggi. Terbalik. Jangan tertukar lak!

2. Pasangan akan bersama bermula hari ke 2 masa subur. Yg ni sama mcm nk dpt ank laki ek?

3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, isteri perlu membasuh kemaluan menggunakan cuka masak bercampur air ( 1 sudu kecil / segelas air ). Ni pun mcm sama ek?? Beza point no 1 je la kwn2..


Semuanya ketentuan Ilahi, kita manusia..cuba aje!! Mana tau dpt? ngeh2.. sila2..amalkan..


Hingga Jumpa Lagi!!!

Azam? Muhammad Azam??



New kids? Boy??? erk.. I like!!


Tik tok bell..

Cakap psl azam ni, (bkn Muhammad Azam-teringat plak kwn sekolah rendah dulu ada nama Azam) aku sebenarnya tak pernah punya azam. Wah teruknya! Hahahha..Sbb, bila aku nak, aku terus buat. Tak sempat dah nak berazam2 mcm beriya2 pastu tak jadik & tak buat2. Hampeh!

Namun, tahun ini ada sedikit perubahan. Ada azam. Utk tahun2 dpn jugak.

2011- Targetting new working environment & hoping January will start it smoothly.
2012- Working on new kids! Ngeh2. InsyaAllah, mengidam anak laki la weh! Any tips for getting a son?? sila2..


Itu je azam aku. Boleh mcm tuh?? Org lain beriya2 berjela2 azam, tapi azam aku mmg la sependek perkataan a.z.a.m.

Muhammad Azam korg???? erk, azam korg plak apedia???




Till we meet again!




picture- Fotosearch

Sebak. Sunyi.


Tertekan

Afraid women

Trauma daughter


Entry lewat mlm.

Bila ditengking2, hati mana rasa tidak tersayat. Hati wanita mana rasa gagah?
kasihan padamu wanita, diherdik sebegitu rupa. Dimaki sial, babi dan segala mcm. Namun kau masih bertahan.

Kau dikatakan ambil kesempatan, dikatakan rumahmu itu mcm tong sampah? Tentu tertanya2 sendiri, dimanakah sampahnya? di manakah ulatnya? Masih gagah kau berdiri biar hatimu dirobek, kau masih sabar. Dituduh celaka, kau mencelakakn hidupnya. Disitu tentu kau tertanya dimanakah pengorbanan kau selama ini. Tiadakah yg manis ttg kau? Kau ketap bibirmu rapat2, menahan rasa. Bersabarla, Allah itu ada. Aku juga ada disisimu.

Bila aku kata kau tidak tahu berdikari, kau kata suamimu tidak benarkan kamu hatta utk buang sampah sekalipun. Bila kau minta suamimu tolong, suami mu kata kamu jadikan dia hamba. Bagaimanakah sabar kamu itu begitu tebal hingga aku tidak bisa memahamimu. Meskipun hidupmu derita, kamu bersabar, di saat mengetahui lelakimu menjadi petualang hidup.

Demi anakmu masih kecil, kau masih redha, walau aku yg melihat terasa amat payah. Kau dihentak kepala, diseret seperti hamba, kau masih sabar. dan hati aku lah yg mengajar mu buat report polis. Apakah kasih mu padanya begitu utuh hingga sebegini kau sanggup diperlakukan? Kamu juga bilang" esok2 aku percaya, dia akan dtg semula padaku, aku tahu" dalam nada sendunya. Dan, memang lelaki itu pulang kepadanya, seolah tiada duka dia titipkan buat sahabatku. Aku menahan tangis melihat dirinya begitu percaya amarah dan mulut jahat suaminya bersifat sementara. Iya, bila mood menggilanya dtg, begitulah drama dalam hidupnya. Bila mood dia ok, sgtla memanjakan sahabatku. Oh..aku juga rasa mahu gila melihat semua ini. Yang manakah yg palsu. Yg manakah yg benar?

Bila aku dengan nada terpaksa menyebut "kau minta fasakhlah", dia sebut " aku masih sayangkan dia, aku minta dia berubah, aku mahu berikan peluang walaupun berkali2". Hati aku yang terkedu. Sabarnya kamu. Apalah daya aku lagi? Walaupun hati aku pahit dan memang aku tidak meredhakan perlakuannya membinatangkan kamu, aku seakan tidak mahu percaya itu kamu yg aku kenal dulu, yg ceria dan sgtlah gembira ditimpa dugaan sebesar ini. Moga Allah beri kamu hikmat yg tidak terhingga selepas ini.










Sumber gambar~FOTOSEARCH, TQ~

28 December 2010

Kenapa Lelaki Curang?

Perhatian,

entry ini tidak berkenaan dgn suami aku ok. Ini berkenaan seorg kwn bernama S (pasti bkn nama sebenar)..Dan setelah diselidik2 kisahnya, aku jadi spy bagai demi selamatkan rumahtangganya, maka inilah hasilnya:

CURANG WPUN BERISTERI & BERANAK PINAK?
  • beristeri, tp jarak jauh. baru kwin dah mcm nih?? duk jauh2..si isteri di negeri A, anak di negeri B, suami di negeri C. pantang bini jauh, menggatal je. eeeeee...geram2..
  • si isteri nih seorang yg tidak tau berdikari, mksudnya..apa2 harapkan org. cth yg lain, keta pun x reti bwk. ko gantung jela lesen tuh. so, lg sedapla laki dia permainkan dia sbb tau bini takleh cekau mana dia berada. haih..*sigh.
  • tak reti masak, jmpa sekali sekala dgn laki, harapkan mak mertua masak, atau mak sdiri msk. Nih nak marah ni. layan la elok2. Salah gak kwn aku ni.
  • Keperluan setiap insan jarang dipenuhi menyebabkan laki dia pjg kaki & tgn cari betina lain, siap diangkutnya bw blk uma tpt dia tggl. bilik dorg tdo, terkantoi. Jmpa spender betina tuh wpun disorok2 dlm almari. GRRrRRRrRRrrRrR..
  • Isteri seorg pemalas, mls kemas, mls masak. amik mudah.. dgn alasan "esokla kemas, esokla masak". Bila laki ko lari cari betina lain, ko dtg mengadu dkt aku. Mmg aku luku & bebel berjuta bakul dkt ko!
  • Laki pun berat tulang atau berat apa nih??teettt..sensor.huh, bini mmg la ala2 sempoi, laki lak ala2 pemalas gak nk tlg ringankan bini tuh. Jmpa jarang2 sekali,apa salahnya basuhkan berak ank wpun ko muntah loya2.
  • Laki blk keje tak dilayan pun mkn minum. Korg pernah dgr tak isteri yg baik akan menjaga perut suami nya dan teett.. Sila phm sdiri. Jgn abaikan wpun sekali. Sila take note! (wpun korg bekerja gak, husbd first!)
  • dan mcm2 lagi. yg pastinya semua kekurangan  ini boleh kita sama2 baiki. Tak perlu pegi bomoh2 kan laki. yang pasti, sama2 baiki diri, beri peluang masing2 utk berubah. kalau tak de perubahan juga, fikir2kanla, jgn merana hati dan badan demi rumahtangga yg menyakitkan kamu...

Aku tahu kamu derita, aku juga turut merasakannya kawan. aku doakan kamu, aku dan mereka2 mendapat yg terbaik di dalam hidup. Tiada siapa duga rumahtangga itu penuh misteri, indahnya di luar. di dalamnya, penuh duka.

Sebenarnya, aku pun rasa sebak masa nk wat entry nih. Tapi, aku pk kalu aku tak igt2kan kaum Hawa, apalah guna pengalaman aku jd penasihat tak bertauliah ni( padahal aku pun bkn bagus sgt!). Wahai kaum Hawa, silala beringat sblm kena! bkn ke ada pepatah Melayu " cegah sebelum parah!".


Till we meet again..



Moga kami sentiasa sebahagia ini. Amin. Juga untuk kamu2 semua..





* Punca2 lelaki curang ini dipetik dari pemerhatian penulis, tiada kena mengena dgn sesiapa secara khususnya. (diharap tidak menimbulkan kemarahan..uhuk2)..

Kudaku Lari Gagah Berani...

Acha lari...


Teh & Acha


Lari, air air!!!


Yeah..itu dia budak yg takutkan air...berlari2 di sini sana takutkan air. Apalah, masa kecil2 dulu tak takutkan air. Kena takutkan air skrg ni musim tengkujuh. Musim mcm ni bahaya utk mandi. Paloh pun byk, paloh ni berupaya utk tarik manusia, tulah yg ramai lemas masa musim2 tengkujuh ni. HATI2 YE KWN2, jgn mandi laut ms tengkujuh ( padahal aku pun mandi..tp sipi2 je)...


Till we meet again!...

Indahnya Cuti & Menghabiskan duit!!


Budak lasak yg makan AYAM shj!!!


Mydin Kubang Kerian, lps mengamuk, dia nak aiskrim plak!

Radix Fried Chicken~ tgh tggu order lambat smpi, snap picture dl!!

Ayah Su syg Acha..muah2..


Adeh..gaji tiba2 masuk awal, 24hb dah msk. Haih, ms tu hubby g cucuk duit dkt CIMB Raub, dia nk amik duit dia dlm akaun aku, skli ada laks gaji aku! Haih, terus kantoi. Terus duit aku pun lebur sama, hahahha.

" eh, gaji dah msk ke?"
"eh ye ke? taktau!"
 "td, ada tu duit tu.."ceh!!
 " sape2 nak ape, ckp je, arini ada org dpt gaji!"

cet! kata2 suami menuju kpd Kak Cik & Teh. Sblm smpi tu singgah EconJaya Gua Musang, rebeh suamiku bila kena pau. Motif nk beli pampers je, siap benda lain skli didermakan duitnya disitu. Hahhaha..Lps tu, dah smpi kg halaman ku tercinta pkul 8 mlm. Gerak kul 1030pg.Pagi2 lg esoknya yariba2 mkn nasi berlauk Restoran Faridah( pdhal kedai koboi je, adik pndi2 buh nama Restoran!). Huh! tp xpe, sbb boleh tahan sedap!

25 Dec 2010

Hari pertama balik lg dah perabiskan duit dkt Mydin, beli ape2 tah. Yg pasti adik berjaya pau Abe Li nya utk dptkan bola futsal. Syabas adikku! Otw blk, Acha " mama nak ayam, bye ayam" bila melepasi KFC @ MC D. Sayu dgr suara excited bertukar slow syahdu. Bentila dkt Radix Fried Chicken K.K. Lambat, slow & bentap*huh!..tapi, sedap! hehhe..cuma coleslow, roti nye? adeh2..perlu improvement lg. Tak sempat amik gmbr ayam nya sbb acha duk mengamuk minta dilayan suap ayam RFC nya. Lebur duit disitu lagi kwn2. Tiba2 baru aku perasan, adik bw beg plastik kasut. Kena pau lg Abe Li rakan jorannya, haahahha..

26 Dec 2010

Jelawat lg,
..ke Jelawat pulak. Haih, beli kopok keping (kiriman adik bby sitter ku), sos pencicah & ikan. Mahal no! Ikannya aje baru 5 ekor, rm 10! Tapi, segarle. Mslh gak ni, dkt kg, kuih pulut berbungkus kecik tu pun singgit! seriya??

Petang nya ke pantai. Yariba2. sbb gatal2 satu bdn, kami mandi laut. Bergonyoh bdn ni. Syok!
 pastu KB lak. Nak g KB MALL, terlajak sbb under construction dpn KB Mall, terusla ke Pusat Bandar. Mencanak2 keta WSN tuh naik parking lot Parkson. Hatiku pun berdebar2, sbb tingginya flyover parking mcm nak naik gunung Everest! siap aku lak yg tarik handbrake! muakakakka...Dah ke KB, beli pampers lg (saiz lain lak), beli baju,seluar & belt utk wea, of course warna nya ala2 kelabu krim dan jenama feveret wea, Camel. Sale gila2 dkt The Store. Patut ke tgh2 nk beli baju wea, aku online atas kain baju tu sbb nak CIMBCLICKS tu abg aku? Dkt uma aku takde line.. sob2...Teh beli beg sekolah dia dkt situ ( tak lwa lgsung warnanya), tp bila dia keluarkan ayat " ni guna duit sdri" erk! Masuk semula Parkson, Acik beli beg sekolah. Nih aku belikanla sbb td dah kena laser dkt Teh. hehehe. comel beg Kak cik berkenan tuh. Otw blk, singgah nasi kerabu dkt Kg Sungai, sedap yg amat! recommended! kedai sebelah kiri slps jambatan tuh (dr KB). Wow!

27 Dec 2010

Makan nasi berlauk lg. Restoran Faridah lg. Bersiap siaga utk pulang. Ati mulala berat. Hem,esok keje??? waaaaaaa.......




Till we meet again..


*bentap- slow teramat sgt (bhs Kelantan)

23 December 2010

STOCK HUJAN PANAS DECEMBER--BUSHA LEGGING FOR SALE!!

SIZE 80, 90 & 95. ALL NEW & AVAILABLE!! RM 10
BUYING TWO (DUA) WILL BE ENTITLED FOR FREEGIFT

Black -size 80, 95 SOLD. SIZE 90 AVAILABLE
Yellow- size 95 SOLD. OTHERS AVAILABLE






STOCK HUJAN PANAS DECEMBER:

TERMS & CONDITION APPLY. ANAK ANDA NAMPAK LAGI COMEL BILA PAKAI LEGGING NIH, RUGGED ALA2 COVER AURAT SBB TUTUP SMPI KAKI GEBU BABY. SAIZ 80, 90, & 95. BUY NOW!!!

SILA BELI SBLM ORG LAIN BELI! ADA FREEGIFT KEPADA HAMBA2 ALLAH YG BELI 2 PCS. BAIKNYA HATI AKU HARI NIH..:)




till we meet again.


TENKIU PADA CIK ECHAH MAHSURI http://dalamnafascinta.blogspot.com/ KERANA SUDI PROMO! ngeh2...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...