Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

05 August 2011

Hama

Dari sebesar hama.

Rasa sayang berputik. Dari tidak kenal, dari jalan jalan Seksyen 7, dari lorong lorong uptown hingga ke nasi lemak Kg Baru.

Dari awal jalan, hingga ke hujung negeri, kau mengikuti. Sungguh pesan seorang ibu, carilah lelaki yang menyayangimu. Kata si ayah pula, waktu untuk kita menyedari dia adalah jodoh hidup kita apabila hati kita berkata " he's the one".

Ketika semua masih bersemarak dan aku masih punya kehidupan bebas dan masih di norma norma wanita, ketika masih punya kekuatan sendiri, ketika tidak pernah aku hulurkan janji, kau datang menghulurkan setia.

Yang tidak pernah aku tuntut.

Sakit demam batukku di ambil tahu.
Meskipun jarak selalu memisahkan kita, setiap hujung minggu dan masa bersisa tidak pernah sekali kau kehilangan masa bertemuku.
Menyusuri jalan jalan dan ke kedai mamak tempat kita bertemu dan bergelak ketawa.
Sungguh, suka ku nyatakan, dia lelaki paling charming.
Tidak pernah menyusahkan ku, walau sekadar mengopek udang di pinggan.
Tidak pernah juga meninggikan suara.
Tidak pernah juga lupa berus gigi dan roti ku.

Tentu aku dikasihi hingga hujung hayatnya.

Hingga meniti niti setiap hari ku bersama sapaanmu. Hingga kadangkala aku rimas dan selalu tenggelam dalam kasih sayangmu.

Hingga aku menyedari aku terlalu menyintai mu lebih dariku.
Hingga aku bersedia melepaskan apa sahaja.

Kerana kasih ku turutkan.
Lepaskan segala impian. Lepaskan kerjaya, harungi semua dugaan kerana ku fikirkan tulangmu kuat untuk menampung hidupku.
Demi janji dan percaya.
Sungguh!

Manis sungguh bila ku kenangkan cinta mu mekar di hatiku.
Hingga ijab dan kabul,

Hingga lah segala galanya bertukar mimpi ngeri.
Aku tersenyum juga,
senyum pahit.

Terima kasih atas segala kiriman memori pahit ini.
Dengan besar hati ku terima.
Dengan besar hati ku mudahkan langkahmu.

Jauh terbentang di hadapan.
Hidup anakku masih panjang untuk diperjuangkan.


1 comment:

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...