Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

10 August 2011

Kasut & Handbag

Mungkin tak ramai yang menyedari kenapa sebenarnya perempuan gilakan sangat mengumpul kasut dan handbag hingga tak terdaya pakai dan malah hampir lupa berapa puluh pasang kasut kepunyaan sendiri berlonggokan di rak. Malah ada yang terlebih teliti melabelkan setiap barangan dibeli dan disusun kemas dalam almari kaca.
Okay, itu macam perhiasan.
*that sounds like Emelda Marcos okay.  Google sdirik.

Aku bukan nak mengata orang. Tapi aku mengata diri sendiri. Tak cukup 1 rak kasut, 2 rak kasut aku punya. Kasut anak dara pun begitu. Hingga tak sempat nak pakai lama. Sebabkan kaki nya cepat membesar. Disebabkan cerewet dan terlebih suka dengan kasut hatta handbag, bila berkenan terus sambar.

Handbag juga penuh almari. Pelbagai gaya dan rupa. Semuanya (Er kadang2 je)dibeli tanpa disedari. Tahu tahu je duit dah ghaib dari purse dan terus hulur ke penjual. Sekian bab tu.

Namun ada cerita di waktu kecil-kecil dulu yang seakan mengimbau kembali kenapa kami suka beli dan berhabis sebab benda benda begini.
*boleh diaplikasikan juga kepada barang barang makanan. bak kata suami aku tamak, semua benda aku nak beli. Ala, kalau setakat sentiasa ada makanan tu itu kan wajib? Takkan rumah kosong takda makanan. Dulu tak mampu, sekarang lah merasa makanan itu ini. 
Haih. Sungguh, we always always not sharing one opinion. 

Masa kecil kecil dulu, aku tak pernah lupa ke sekolah dengan beg rabak, panas terik matahari, di dalam kocek syiling tak berbaki, kasut sudah menunjukkan ibu jari, tapak kasut yang sudah haus dimakan tar dan jalan batu batu itu.


Peluh menitik. Nak sampai ke rumah perjalanan 1km itu, sungguh terasa panjang. Jika pagi, selalu berkabus dingin. Jika jam 1 atau 2 petang, sementelah pulang dari Fardhu Ain pula jam 4, jam 6 baru sampai ke rumah. Beberapa perhentian wajib disinggahi. Biasanya, seorang sahabat itulah yang sentiasa berkongsi duit poketnya. Sanggup juga berjalan seiringan meskipun dia punya sebuah basikal cantik dan berwarna putih. Agak mahal jugak basikal nya. Jarang jarang sekali berhantaran oleh ibu nya yang dikala itu menaiki Mercedez Benz putih/silver atau kadang2 juga berpergian dengan Pajero birunya. Sungguh, dapat menumpang sekali sekala itu hati bercampur baur.
Segan dan bangga juga.
Segan kerana berpeluh sana sini. Hujung kain biru tua itu juga sudah terkoyak di hujungnya,
Bangga juga. Muka dibelai aircond. Badan berhapak terus ditelan penghawa dingin. Terasa meresap segala hangatnya mentari.

Bilamana ibu selalu melarang aku ke rumahnya, mukaku muncung. 
Petang petang selalu juga aku meloloskan diri, berlari dengan selipar capal ku yang biasanya kepunyaan ibu atau kakak ku. Malah selalu juga dimarahi kerana "memutuskan"selipar kepunyaan mereka.

Sekarang baru aku paham, dia anak orang senang, ibu juga tidak mahu yang tidak tidak di fikiran orang.
Sebagaimana aku melarang anak daraku itu bertempek di rumah orang. Dan mengada itu ini.

Terasa kerdil. Selalu berasa rendah diri. Namun, bila mengenangkan sahabat ku itu yang berambut panjang dan tulus hatinya, yang selalu memujukku mesra dan lembut dan selalu juga bermain curi curi di dalam jaguar merun bapanya. Sikap rendah diri dan terasa hina miskin itu tidak pernah menghalang dan membatasi imaginasi aku.

Kalau lah kawan ku itu nak berimaginasi, tentulah tak hairan. Hari hari diusung kereta mahal di sekitar kampung yang rata2 nya menggunakan motor kapcai sahaja.

Sungguh, seakan terasa kami lah orang kaya baru tatkala berangan begitu.
Berangan hingga azan maghrib dan bila ibu masing masing sudah kepanasan marah (terutama ibu aku lah), barulah menggelabah menyelusuri lintah dan pacat untuk sampai ke rumah.
Meskipun tahu ibu nya kurang gemar dengan persahabatan kami, malah lebih jelas lagi tidak menggemari aku, kami tidak pernah memutuskan persahabatan meskipun pernah renggang dan terbebas jauh dari liang-liang persahabatan.

Bila ke sekolah tatkala di sebelah pagi, dengan beg berat begitu, hingga selalu terkoyak beg dan selalu juga beg murah dan tak berjenama itu jadi bahan ejekan kembar (terrosist di sekolah), dan bila selalu terlebih muatan, aku selalu meninggalkan buku teks di sekolah. Dan kerap kali juga buku itu hilang. Sedih.Bercampur sebak. Sudahlah bekas airku selalu dikerjakan orang. Kasut putih itu selalu dipijak pijak. Selalu dibuli dan selalu menangis.

2 kali setahun. Jumlah paling banyak beg ku itu diganti. Dibeli cukup di kedai cina di Bachok atau di Pasar Jelawat. Itu pun jika untung nasib, selalunya pakai apa yang ada atau cukup bertuah jika mewarisi beg abang atau kakak.
Mengenangkan semua ini, aku terasa seakan memberontak, kenapalah aku dilahirkan dari keluarga miskin dan tak punya apa? Milo itu makanan mahal. Susu pun begitu, yang ada sekadar tea o tea o, itu pun serbuk. Kalau dapat tea wangi (biasanya nenek yang belikan), pun sudah suka sangat.

Kalau nak bermewah sedikit, hujung minggu atau kebanyakan masa aku selalu menempek di rumah arwah atuk dan nenek. Yang sentiasa menyediakan bekal makanan untuk cucu nya yang sangat suka makan ini. Dan bila dilayan layan mulut becok ku, sampai petang, sampai sore, aku tertidur di pangkin. Lalu tidak pulang ke rumah. Indah masa lalu. Indah, cukup sekadar gulai ikan yu dan nasi goreng ikan rebus arwah nenek. Yang tak boleh diulang tayang, dan tak boleh berganti.

Selalu juga nenek menegur beg ku yang berat, hujung kain dan baju yang koyak, atau kasut yang sudah menampakkan ibu jari tersembul begitu. Senyum pahit, namun airmata sudah sedia mengalir di tubir mata. Cengeng. 

Cukuplah sampai sini.
Sungguh, Ramadhan ini, aku sungguh teringatkan arwah nenek yang berpergian menghadap Ilahi pada Ramadhan 2002.

Dan, bila hari ini aku melihat kasut yang berselerakan, baju yang penuh almari hinggakan tak muat nak letak barang sana sini, serta handbag yang penuh almari dan pelbagai saiz, terasa kasut dan beg satu ketika dulu sungguh membuatkan aku seperti hari ini.


May Allah bless us in such noble Ramadhan~



6 comments:

  1. suka entri nie,sy suka gak beli kasut byk2,tp yg satu peberet tu ja sy pkai kemana2..sedar2 dh lusuh kasut yg br sekali dua pakai.lg2 klu dua tiga pasang didalam kereta,selalu dimarahi en suami!

    ReplyDelete
  2. Hahahha, biasala pempuan kan. Laki pun mcm tu gak. Tp dorg tak nak mengaku. Hehehehhe

    ReplyDelete
  3. tq sb sudi nk bantu adik aku.. kalau ader 10 kawan cam ko, hari2 aku senyum..hehe

    btw, aku punya hbag n kasut boleh kira ngan jari..itupon rembat adik beradik punya, seyes x reti beli hbag, apatah lagik kasut, biasanya aku pakai safety shoes je time keje..

    ReplyDelete
  4. Sha~no big deal. Thats what friend use for!

    Kasut aku byk sbb aku ni jenis lasak.
    hehehhehehe..


    agaknya aku sesuai pki safety shoes la ye.hehhhee

    ReplyDelete
  5. tigt lak kt ns goreng ikn rebus arwah mok... mmg ph nk cr ganti...

    ReplyDelete
  6. Yan~tau takpe. takde sape dpt ganti arwah mak. :(

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...