Mengalahkan ayam jantan bangun nak berkokok.
Bangkit sekejap. Oh jam 4.
Baring lagi cuma beralih di ruang tamu.
Saat baru enak2 berbaring, terdengar rengekan si anak dara.
Si bapak ditendang2 nya. Aduh.
Baring dan bergolek2 manja di sebelahnya. Terlelap lagi.
Terjaga lagi. ADUH baru jam 4:30 pagi.
"Kamu ngapain Wan kok jadi begini? Biasa jam 6 pun liat kau mahu bangun Wan??!"
Marah si Wan kepada diri Wan sendiri.
Okey, jam 5..jam 6..si suami bangun. Si anak pun sama.
Masak sosej & pau. Segelas nescafe suam.
Itu sarapannya. Dah berapa lama aku jadi isteri derhaka suami bangun pagi kerja tak bersarapan. Huwaaaaaaa...*sila jangan tiru ini habit sungguh cium bau neraka**
Takde kerja cari kerja di awal pagi. Snap2. |
Penat lelah mengangkat si kecik ke rumah pengasuh akhirnya seperti sia2 apabila rupa2nya pampersnya abis. Sudah kena patah balik rumah. Kononnya nasa mula2 pergi tu sekali harung bawak anak, bawak beg 2 ketul, bawak tapau pau dia, bawak baby dia. Rupa2nya??
*0_)*((^&*()^%%&&*&**
Okey, akhirnya setelah ke sana sini.
Apakah sungguh bongok vs mental? Nampak Shell aje, terus turn masuk Shell. Tanpa berfikir, menuju parking isi minyak konon gaya isi minyak. Turun, keluarkan purse. Selepas itu berfikir?Eh? kenapa kau dkt sini Wan? Minyak kan dah isi penuh semalam? Okay adakah ini dejavu? Adakah? Adakah?..
Ku buka pintu kereta. Ku pulas kuncinya. Ok kau gila Wan. Minyak masih penuh!!!
Ku tekan pedal minyak meninggalkan bangladesh yang memandangku itu terpinga2 di situ.
Akhirnya sampai ofis jam 8:58am.
*sia2 kau bangun jam 4 Wan oiiiiiiii..
This is what we called you annoy yourself!