Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

07 June 2011

Kajang

Kajang Pak Malau Kajang Berlipat, Kajang Hamba Mengkuang Layu

Dagang Pak Malau Dagang Bertempat, Dagang Hamba Terbiar Lalu.

Sungguh, lama tak updates lama tak bergoblog, sungguh buat rasa hamba ni nak jadi tikar mengkuang layu.
Sungguh!

Kalau mengkuang layu jadi tikar mengkuang memang sejuk, sedap dibawa tidur,susah nak cari dah tikar mengkuang zaman sekarang ni. Kalau ada pun, rasanya susah dah nak dapat rega murah sebab nak cari mengkuang pun susah dah.

Harap semua dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa senang dan tenang dan jangan sihirkan orang walaupun anda sakit hati dengan kejayaan dia. Seksa hidup anda dunia akhirat. Silalah bawa bertaubat.

Pada yang dah dapat gaji, sila setelkan hutang piutang anda agar senang segala urusan hutang diselesaikan bila mana anda masih bernafas di muka bumi ini. Kalau dah kiok macammana nak minta halal walaupun sekadar RM10?

Dan untuk lelaki yang menjahanamkan hidup isteri, fikir-fikirkanlah balasan di dunia. Kalau cakap di akhirat korang cakap lambat lagi.

Pada perogol yang duk kejam rogol budak tuh, bawa mengucap. Bayangkan mereka adalah mak anda!

Pada nursery yang mandikan anak orang tu, sila pantau sewaktu mandi.

Juga tak lupa pada peniaga tegar, jangan bergaduh sesama sendiri. Jangan berperang!

Untuk penagih penagih, jangan duduk cucuk pastu bertukar jarum, HIV la kau.

Dan pada dunia politik yang semua harga pakat duk naik, bilakah gaji aku akan naik? sekian.

3 comments:

  1. erk.pada semua blogger.tingkatkan kualiti,jauhkan kontroversi.

    ReplyDelete
  2. tu la nk tnya benda yg sama.bila gaji nak naik?

    ReplyDelete
  3. kepada yg tukang tulis..

    moga bisneess majuu dn makmur jaya..hehe

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...