kepada mamat yang cukup suka mengenakan aku semasa minggu orientasi dan pada budak budak lain yang sampai menangis dikerjakan depa yang loklak sungguh!
kepada mamat yang aku tak tahu nama apa, aku memang tak boleh lupa masa kau suruh aku kira berapa helai daun dekat pokok renek di depan Uitm itu. Ye, bukan satu pokok yang ada disitu. Malah berpeluh ketiak sewaktu mengira daun hijau kecik kecik itu yang seakan seronok sungguh ku lihat kalian tersenyum simpul melihat aku seperti kambing kegersangan di tengah panas.
kepada pencurik spender perempuan di kolej Malinja tu, sila bertaubat. Masa orang tengah orientasi sempat lagi korang curik spender kami ye. PERHATIAN~Spender aku tak pernah hilang. tetttt..
kepada yang paksa kami semua nyanyi lagu Sephia Shila On 7 yang sewaktu itu lagu itu sangatlah glamer hinggakan tengah hujan pun sanggup kami dipaksa nyanyi lagu tu ramai ramai.
kepada kawan kawan yang ku kenali di dalam minggu orientasi seperti sajaratul dur (gaduh besar dengan dia dalam minggu orientasi, tapi selepas tu jadi sahabat baik.erk), roseamilda mansor & aidora( sehingga kini ), Yanti Yusof yang ketika itu freehair bersama kawan dia asniza ke apa nama dia lupa. Dan kepada semua DPA 2001-2004, love u all so much.
kepada makanan yang tak sedap di kantin asrama, namun kami terpaksa makan kerana WAJIB makan di kolej setiap masa atau ANDA TIDAK AKAN DAPAT MAKAN free langsung. KEJAM TAPI BERGUNA.
kepada pili bomba di kolej yang menjadi sasaran kami mandi berkemban di luar kolej semata mata kerana tidak ada air terpaksa diredahi dalam sejuk pagi mencengkam berkemban lagi. Wahahaha.
dan kepada abang sweet yang selalu tersenyum dan tidak pernah lupa senyum tidak pernah marah itu juga, yang akhirnya bila ku ketahui aweknya merupakan senior satu batch nya juga aku seakan huwaaa..tak cantik pun awek dia. Kalau cantik, aku boleh terima. Kalau tak cantik?Aku frust sebab mesti perempuan itu seorang yang sangat istimewa ye. Kecantikan?Luput! Hati? tidak sama sekali.
Dan 3 tahun lepas , aku terserempak dorg laki bini dekat Bazar Ramadhan Keramat AU, si bini dah mengandung. Si lelaki itu baru parked motor! Waaaa..dorang kahwin juga akhirnya!
Gila kuasa aku kan. Hahahhaha.
Memori sewaktu orientasi UiTM itu sarat dengan kenangan. Kepada kawan kawan yang asalnya dari UiTM Kedah, i bet u all know how much i missed UiTM Kedah as you all feels the same thing.
i always miss this road. |
wah sgt nostalgia.rindu jugak pada merbok.paling best time nyanyi lagu uitm.suka sgt lagu tu n menyanyi dgn penuh semangat ms orientasi.dulu suka jugak nasik kandar pelita ygkt cs tu..skang walaupun dekat dah macam tak selera nk mkn nasik kandar.hoho..
ReplyDeletehahahahahha...
ReplyDeletebest kot kene ragging cmtu..
serius xpenah kene..!!