Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

18 September 2011

Apa Khabar

3hari ini,redup. Langit hitam pekat.
Berfikir-fikir,akan hujankah atau gelap semata mengaburkan ekspedisi menjelajah open house.
Senyum sendiri bila dua hari ini suami banyak meluangkan masa bersama.


Saat ini dia kepergian dan bunyi hiruk pikuk di luar kesan karaoke dan kenduri kahwin mengingatkan aku tentang apa sebenarnya yang aku kehilangan, atau tanggunjawab yang tak tertunai.


Lantas, aku teringatkan Naz.
Naz, apa khabar mu di UK?
Musim apakah disana?
Dah makankah kamu?
Ata masih tidur?
Atau masih menangis?
Masih merintih dan selalu ada sebak di hujung bicaramu Naz?


Masih mencari dia Naz?
Percayalah Naz,


aku ingin berada disisimu, merangkulmu erat,dan berkongsi tangis bersamamu Naz.
apatah lagi bila kau jauh dari sesiapa. jauh dari segala cerita, dan jauh dari segala dunia.
apatah lagi bila kau mengasingkan dirimu Naz.


Naz,
percayalah, aku pernah melalui saat getirmu.


satu sahaja yang mampu aku katakann,
kuatkan semangat demi anakmu di dalam perutmu Naz.


Aku akan sentiasa mencari dirimu yang hilang Naz!

4 comments:

  1. apa kabar laaa kan kawan kakak kt sana..

    sobs~

    terseksa gila..

    ReplyDelete
  2. akak pun terfikir apa khabarnya dia. 3 hari ini dia diam membisu. moga dia sihat2 aje!

    ReplyDelete
  3. kwn wan tu sesungguhnya perlukan semangat dan ketabahan yg sgt tggi..

    ReplyDelete
  4. Muni,
    btl tu. sy hrpkan dia baik2 aje wpun dia sbnrnya mengharapkan sy disana.

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...