Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

25 February 2011

Perempuan Suka Duit

Helo kawan-kawan. Selamat datang kembali ke rumah hamba yang kecil dan hina dina ni. Sebab kecil, hamba mahu besarkan. Namun, hamba tak punya wang. Jadi untuk besarkan, hamba berusaha untuk cari wang. Sebab hamba penat kerenah hutang dan penghutang, hamba mahu berniaga dengan gigih dan bukan gedik-gedik macam dulu. okey.


Jadi tak payah nak pelik kalau perempuan suka pada duit. Baunya wangi. Lagi tebal lagi suka. Nak-nak not rm 50 dan lagi sukaaaaaaaa kalau not rm 100. erk. tapi sebab aku tak suka MLM dan sistem downline, so aku tak suka pada yang tagged gambar duit. erk lagi.

ok, jom tengok stok kain aku yang baru. PANG. Korang tak paham lagi ke kenapa entry ni tadi? sila pahamkan. bye.



Kain Maher Zain -RM 70
2PCS ? More cheaper la heh!


Chiffon viscose RM 55
2PCS?? More cheaper la weh.


Nak order? Silakan!

ps: gila kau, kain Maher Zain tu aku berani ambik? Fuh fuh, minta ampun abg Maher.





Mr Husband & his new love.

Biasala manusia, bila dah ada yang baru, yang lama dilupakan. Setiap pagi aku ulang-ulang skrip ni. Namun, hati dia keras. Dia buat kering. Buat dek saje. Hew hew. Really testing my mind lah! Saja-saja perli. Sebab sejak-sejak bertemu cinta baru, yang lama dilupakan.


Aku juga akan disisihkan. Kalau perkasa merah tu dia boleh lupa, apatah lagi aku? erk. Tersadai begitu saja sejak lebih sebulan lalu. Langsung dia tak pandang. Aku je pandang bila aku saja-saja perli dengan nada halus bila aku mengendeng encik sawi ku di tepi perkasa merah nya.




Nampaknya selepas ni, bukan saja perkasa merah tu, dengan encik sawi aku juga akan dilupakan.


Pagi tadi masa masih menggunakan khidmat sawi, sewaktu membelok di hadapan perkasa merah nya yang sudah berhabis bayar tahun lepas, ada dialog untuk perkasa merahnya. Finally!

"hei berani betul burung ni duduk bertenggek atas FERRARI aku"

Aku gelak terburai. Heh!

Tapi setakat tu jela, sebab dia dah ada kereta baru. Hari ni tarikh beranaknya perkasa emas dia. Kesian kau perkasa merah. Kesian juga kau sawi! Dan lagi kesian kau bini! Lepas ni dia langsung tak kisah dah. Mesti dia duk tilik perkasa emas tu. heh!


Pesan si bini "abang jangan jadi kacang lupakan kulit ye"

dia mencebik.


budak ni? confirm dia tak lupa!





pic:fotostock

Im good at baking banana cake. so what?

Haruslah bila dah pandai buat kek pisang kesukaan, harusla cuba dan cuba. Sebab selalu habis bila buat je habis, so kenala buat lagi. Meskipun yang tukang makan tu tolak batu dan kayu atau jenis bangsa amik ati punya kes. okey ke mcm tuh?okeyla tuh.
Kek pisang lagi
Keji tak? Tak cukup keji lagi? Nah amik lagi gambar kek pisang yang aku buat malam semalam setelah penat-penat balik kerja terus hentam buat kek pisang ini.
lagi lagi kek pisang
Rahsia kek pisang ini sedap sebab orangnya terus buat tanpa perlu mandi.Kalau takde orang puji, ko puji je diri ko sediri ok.

Lagi-lagi sedap kek pisang ni
Okla, cukupla bagi kawan-kawan semua sakit hati dengan kek yang senang dibuat begitu saja sedap dimakan terus kenyang heh!


Resipi ke?? Amikla, aku tak kedekut ilmu.  Jeng jeng..er. klik sini jela.

24 February 2011

Hangatnya cinta pada duit.

Ok, jom kita jadi materialistik. jom make money. hoyeh. mari mari sini.


English Cotton rm 75 each
2 pcs rm 140

Chiffon Viscose rm 55
2pcs rm 100


Chiffon viscose-rm 55


chiffon viscose rm 55


chiffon viscose rm 55


English cotton rm 75


english cotton rm 75




CHIFFON VISCOSE RM 55, BUYING 2 PCS RM 100
ENGLISH COTTON RM 75, BUYING 2 PCS RM 140




HAPPY SHOPPING~

Aku tak pandai bungkus ketupat 3 bucu

Pernah makan ketupat 3 bucu atau ketupat palas? Dekat kg aku Kelantan, sure ramai yang tahu ketupatnya manis-manis sikit. Tak perlu cicah-cicah apa-apa pun sedap. Lagi-lagi bila mek buat.

Kena tarik nafas dalam-dalam dan panjang-panjang sebab ini kisah sedih. Setiap kali bila teringat je, buat aku sebak dan pantas mengalirkan airmata. Ye, ini kisah sedih aku.

Tak pernah lupa. Dan agak fobia pasal ketupat 3 bucu ni. Masa tu usia aku 14 tahun, year 1997.

Malam raya tahun 1997. Semua adik beradik berkumpul untuk tolong mek bungkus ketupat. Tak kira laki atau perempuan.

Disebabkan aku ni agak lembab bab-bab bungkus ketupat yang cantik dan ikut piawaian mek, aku ambil masa 2 jam untuk bungkus kan satu ketupat. Bayangkan lah pulut yang putih tu bertukar hitam di tanganku.

Sambil mengajar sambil kena marah sebab benak sangat. Aku sabar je. Sebab tengok adik-adik lelaki pun tak sebengap aku. Kiranya sikap lembab aku tak dapat tangkap macammana nak pusing-pusing daun palas tu, akhirnya mek tonyoh dahi aku. Aku termenangis di situ. Lama juga aku bersabar dan cuba belajar sampai kebas-kebas bontot aku. Adik-adik diam aje. Tak berani berkata-kata. Yang paling aku tak lupa, kakak aku gelakkan aku.

Disebabkan mek dah tahap geram sangat aku tak pandai-pandai, mek membebel. Masa tu wea berdiri di dapur sambil lihat situasi tegang tu. Aku sambil menangis ye sambil pegang daun palas yang dah lunyai dan pulut dah hitam. Wea yang selalunya hanya jadi pemerhati berkata-kata akhirnya;

"setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, dah itu bukan kepandaiannya."

Sejurus lepas kata-kata wea barulah aku bangun dari tempat duduk yang buat aku kebas dan fobia itu.

Sejak dari itu aku tak pernah buat ketupat daun palas. Aku dah fobia. Aku dah takut nak mencuba.


Dan kata-kata wea itu tak pernah aku lupa dan sebab itulah aku sangat menghargai kata-kata itu. Kerana begitu memahami.

Ketupat palas yang mengundang kisah sedih february 2011


Sebab itu kisah ni amat sensitif. Dan aku harap orang di sekelilingku tahu jaga sensitiviti. Bukan jaga membuta tuli. Heh!










pic credit to yusriketupatpalas.

23 February 2011

Mama Cantik

Erk, ini bukan entry perasan. ini disahkan sendiri oleh anak manjaku. kan ada pepatah kata budak-budak tak pandai menipu. pepatah ke tuh? erk.

bila nak bersiap keluar, berikut kata-kata penyataan dan bukan pertanyaan.
"mama..cantik.."
aku pun dengan bangganya terus cakap
"terimakasih"
dia pun pantas cakap
"ama ama"
ok. lepas tu tak sempat senyum aku berpanjangan, anak aku potong senyumanku dengan kata-kata;
"mama..nak kut"
ceh. nak ikut rupanya.

berikut contoh penggunaan ayat "mama cantik".kata-katanya berbunyi begini di dalam mall yang riuh dengan manusia di Kelana Jaya minggu lepas.

"mama..cantik" sambil berlari laju setelah dirembatnya spek merah di gerai di dalam Giant. erk.
terkocoh2 juga aku bayarkan sambil mengejar beliau.


Bergaya bersama spek yang dirembatnya di Giant

See how happy she is?



oh ye, jika bawa dia keluar sediakan;
pampers dan baju. bila-bila masa berak. jadi sila bawa bersama beg galas Milo pemberian Kimi.



see the milo bag?


dan jangan lupa pakai biasa-biasa aje, cukup sekadar t-shirt dan jeans sebab anda akan berpeluh sakan!
jangan lupa pakai selipar betapak rata saja.. flat shoes. no heel ok. atau kau terkehel bila kejar dia berlari.
sila bermuka tebal.

Jangan pelik jika anda akan jadi perhatian umum sebab kerenah Acha yang suka menjerit keseronokan dan berlari. Jangan leka. eh bertukar kepada tips pula.

Setakat ini tiada siapa yang sanggup membawa dia keluar jika tanpa babah dan security guard yang lain. Tanyalah Long, tanyalah Ain. Tanyalah sesiapa saja. Jadi ayat mama cantik tu hanya digunakan bila perlu saja. Bila tak perlu?

"sayang mama?
"TAAAAAAAAAAAAKKKK"

Boleh macam tuh? GRGRGGRGRGR.

erk, tidur pun dengan spek ok.

Resipi Rahsia

Mari mari ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak tekak mari kita belajar buat kek. Resipi kek ini menyebabkan kau kekenyangan sudah.

Yang penting? Kerjasama! PANG sedas. Bukan! Yang penting, kau ada semua bahan-bahan ni. Kalau takde? Kau menderhakai aku macam aku menderhakai myresipi yang terer masak tu. Aku telah derhaka resipi dia dengan mengubah sesedap rasa hatiku. Namun lagi sedap weh. Boleh puji? Boleh!

Bahan-Bahan Keras:
Blender (untuk orang miskin macam aku kena pakai blender sebab sbnrnya kena guna mixer)
Pengukus (kalau kau lagi miskin dari aku, elok kau guna otak ting! okay, pendekkan. guna rice cooker, letak air dlm tuh, lps tu letak le bekas dlm tu. Lagi ting! Kau guna lah kuali, masukkan air dalam kuali, kau jangan lupa letak periuk berisikan acuan kek tu. fuh. miskin benar kau nih!)


Bahan-Bahan Lembik;
2 1/2 cawan gandum
3 biji telur
1 1/2 gula
1 sb ovalett
1 sb serbuk penaik
1 sb soda
secubit garam
pisang berangan dilenyek-lenyek dan bayangkan tgh lenyek orang yang korang tensenkan. *sbb memang kuat berangan tu guna pisang berangan.see?

Cara-cara:
Blend kan gula dan telur sampai kembang
Blend gamdum,garam,ovalett,serbuk penaik,soda. Sebatikan.
Ambil pisang gaulkan, tak perlu blend.

Lastly, letak minyak sikit keliling acuan supaya tak melekat, lepas tu kukus selama 45 minit.

Ok siap resipi orang miskin yang stress.

Tak rahsia lagi resipi ini.



Ini kek nya. Mabeles tak? Baik korang cakap ye.

Dan ini hasilnya budak montel akibat makan makan makan.


Ok. cukup. syuh jauh-jauh. pegi masak.

Habit bila stress melanda

Biasalah manusia. Tak pernah tak stress. Kadang2 pura-pura stress. Boleh ke pura-pura? Boleh. Sape kata tak boleh?

Penulis punyai satu habit yang agak obses dan boleh obes jika selalu stress. Err..suka masak dan jamu kalian2 yang datang ke rumah. The more the merrier.
Bila dah stress tahap gaban tu mulala gedik2 nak menambah lemak dan shopping2. Oleh kerana belum kaya (belum gaji lagi) jadi mari kita menggigilkan tangan ke dapur ye.
 Okay, ini OPS STRESS weekend yang lalu.

Please note,
* jangan tergoda dengan makanan bila stress. Okay?

Ini hasil stress, kek pisang kukus.

Gebu kan? Macam i la gebu nya. erk.


Nampak plak kaki montel ku itu.




Saje je bagi kalian lapar.

Okay, hingga jumpa lagi yew. Jeles ke? Nak resipi ke nak tempah je dengan i??

Malu-malu lak. Cakap je.

Kecewa

Kecewa. Sungguh kecewa.

Hak sebagai manusia diketepikan. Hak sebagai ibu dilempar jauh-jauh. Hak aku. Hak aku. Aku yang berhak ke atas nya. Kalau masuk mahkamah pun aku yang menang. Tak payah fikir dua kali. Heh.

Dia tu orang yang aku amanahkan jaga anak aku. Tak payah nak memandai. Tak perlu lebih-lebih. Tak perlu emo-emo. Jadi, aku cool saje ye. Walaupun tahap sabar tu sbnrnya dah tipis. Setipis kulit bawang.

Malam tadi pun dia dah minta selendang hitam yang aku pinjam sewaktu kenduri arwah. Takpe. Aku tak kisah. Tahu dia bengang. Tapi bak kata suami, jangan bermasam muka duduk di bawah satu bumbung flet.

Muka dia masam mencuka. Marah agaknya. Sepatutnya aku yang marah? Sebungkus nasi goreng ku hulurkan padanya. Sebenarnya, tujuan nasi goreng itu untuk ku duga sejauh mana hati nya.

Tidak mahu fikir bukan-bukan. Tak mahu jadi negative. Tidak mahu paranoid. Aku berlalu pergi.


Dan gelagat2 Acha selalu buat aku terfikir soalan-soalan berikut;
Adakah budak comel ni selalu dibiarkan tak mandi?

Adakah sikap selalu OPS SEPAH buatkan si polan itu mencubit peha sampai lebam-lebam?

Suka meneroka menyebabkan dimarah dijerit?

Menggodek laptop serta Hp merupakan favourite montel

Bila penat montel Acha dibiarkan tidur sendiri?

Selalu dibiarkan comot begini?



Hp si polan selalu digodek menyebabkan kemarahan si polan?


Kerana aku tahu bagaimana buasnya anak aku nih. Aku sendiri pun hilang sabar, apatah lagi dia? Bagaimanakah beliau menjaga si montel selama 2 tahun ini...Aku takut untuk mengetahui.



22 February 2011

Jacquard Silk Men Shirt on sale


Dari entry resah hingga ke entry emo hingga resah semula, ceh. Macam-macam hal.
Baik aku fokus pada bisnes ku ini.


Stay focus kawan2. Sila2 jemput beli.


PRICE: RM 150
***(discount price, normally for silk material price goes up to RM 180-250)
SIZE : XL
MATERIAL: ORIGINAL JACQUARD SILK (Baru siap jahit tu.)
BATIK CANTING NOT PRINTED
SUITABLE FOR ANY OCCASION
BRAND NEW
EXCLUSIVE ONLY 1 DESIGN


INTERESTED??

beli la.takkan ko nak suruh aku belanja,gurau biawak je,jangan sentap.

Akukah yang bersalah??

Bila segala kekalutan ini akan berakhir?


Salah aku ke kalau aku nak yang terbaik untuk anak aku yang montel tuh?

Aku berhak menentukan kehidupan selamat untuk anak aku.

Biasalah bila kaki drama ni, asik-asik call. Depan aku lembut kemain. Cakap semua elok. Belakang?? Huh!!

Pagi-pagi dah bikin hati aku serabut. Call & call. Aku rasa cukup baik aku ni tak buat report polis dan tak bermasam muka.

Kami ibu-ibu dah tekad anak-anak kami tak dihantar kepadanya.

Cukupla anak aku trauma. Cukupla dia takut dengan bunyi kuat. Cukupla dia trauma dengan iron. Semua nak ditraumanya. Tah apa yg si polan tu buat sampai semua anak aku takut!

Aku rasa aku ni manusia yang memang selamba & sempoi. Namun aku tak cukup selamba untuk cakap ayat ni dekat dia;

" akak, saya tak nak hantar anak dekat akak sebab anak saya dan budak2 lain tak terjaga"

Tapi? Heh. Aku tak sanggup. Aku masih fikir sebab aku ni duduk selevel dengan dia. Dan aku memang tak tahan dengan mulut orang yang pandai bermuka-muka. Agaknya nanti bila aku dah start tak hantar dekat dia, dicanangnya aku yang tak bayar gaji dia. Tak pernah lewat, malah selalu awal! Tak hujung bulan aku dah bayar.

Tapi, manusia kan??

******Apesal la aku ni baik ati sgt! Heh! Geramnya dekat diri sendiri******

Agaknya dia panik kot semua budak dijaganya tiba-tiba je takde? Of course la. Sbb dia tu bukan nak jaga budak, tapi nak duit je. Kalau betul nak jaga, jagala elok2. Jaga tak payah buat macam anak sendiri takpe, tapi jaga macam anak orang, supaya dia selalu ingat dia tak boleh pukul atau dera budak2 tu sesuka hati.


Dasar budak suka air bergas. Acha said" air satu" dekat 7E semalam.


Akhir kata "Sayang anak orang bersebab, sayang anak sendiri tiada syarat"
Sekian.

*klik sini jika tak tahu.

21 February 2011

Pucuk Dicita Ulam Mendatang.

Salam to all friend. Thanks for the support.

Aku nak bagitau hari ni aku cuti amik EL. Aku g survey2 nursery, alhamdullilah. Berkat doa dan sokongan kawan2, aku dah dapat cari nursery berdekatan. Thanks kawan2.

Di sini juga nak ucapkan thanks to my friend yg sudi datang dari jauh, semata2 nak jaga my daughter dalam seminggu dua ni. Walaupun dia datang nak melilau nak menghabiskan masa tidur bangunnya disini, im really appreciated it!




Kesian budak comel ini di buli


Susah heh nak cari kawan macam ni kan. Moga-moga beliau diberikan kesenangan yang berterusan oleh Allah kerana budi baiknya. Walaupun tidaklah aku sampai hati nak suruh kawan2 datang jaga Acha untuk sementara, namun ada beberapa sahabat yang sudi menghulurkan tangan, ringankan beban.

Itulah namanya kawan. Bila susah kita bersama, bila senang ko makan sorang2,eh takdela, you all the best! Tiada kata dapat diucapkan selain THANKS A LOT!


So, bermula next month officially Acha will be seny to nursery.

Let start new life Acha!
& for you all;

Lets make friend & be a good friend. Trust me, u always can count on your friends no matter what!

18 February 2011

Report Police

Nak report police kah? Apa pendapat korang???

Ada baik ada buruk nya, help me.

Adik-adik urged me to lodge a police report.

*Tak tahu? Refer sini heh.

Serba salah juga, because we stay at the same roof(same level yew).

And i just dont want to make it worse. Or how?? How?????????????????????????????

Blur sudah!

Im in the middle, but at the same time i just dont want to be regret if anything happened afterwards.


Really need ur help guys!!

Sampai hatimu

Aku percayakan mu, sesungguh hati. sesungguh jiwa dan raga. aku anggap kamu seperti adik beradikku. ketika beras tak sampai satu pot pun kuhulurkan padamu. bila kau susah, aku juga turut rasa peritnya. bila kau menangis aku juga turut rasa pedih. bila rumah kita takde air, aku juga turut mengangkut air dari pili bomba. semua susah aku sanggup harung demi mu. malah aku tak pernah berkira dengan mu. malah kami sanggup tolak duduk rumah sebiji sanggup kami duduk satu flet satu level denganmu sebab fikirkan anak kami dijaga baik oleh kamu.

rupa-rupanya semuanya lakonan mu. entah bagaimana 2 tahun ini anak aku dijaga kamu. entah bagaimana makan tidur nya. entah bagaimana. maafkan aku jika aku menyangkal sikap baikmu. maafkan aku jika aku mencurigaimu. namun semuanya benar! benarlah kata hati seorang ibu. benarlah kata hatiku. kau melayan anak kami yang dihantar pada kamu seperti bangsat.

kau tuduh aku tidak bayar kamu dua bulan dan selalu bayar lewat, kau canangkan pada mak Alif Haikal(Shariza). Kau lupa Allah itu ada. Segala nista dan dustamu telah terbongkar. kau terus-terusan membohongi kami. walau perit kami terpaksa berpura-pura kami semua ok. Tentu kau tak tahu, tentu kau tak sangka, aku juga tak sangka dunia ni benar-benar kecil bila ayah Alif Haikal tu kawan Abe aku. Maka, Allah dah tunjukkan jalan. Lalu semuanya terbongkar malam tadi.

Aku rasa amat terkilan. Amat-amat sedih. Hatiku menangis. Bila mengetahui anak aku yang baru berusia 2 tahun tu menjaga Alif Haikal & Irfan Darwisy yang baru berusia 7-11 bulan itu sewaktu dia keluar ambil anak dari sekolah. Kau tak fikir dalam masa sekejap itu anak kami mungkin ditimpa petaka. Lalu bgmnkah mereka bertiga sebelum ini?? Sewaktu Acha masih kecil? Bagaimana mereka? Memang hati selalu tertanya2 kenapa tidur Acha berpanjangan hingga 3-4 jam. Mengapa pampers dan susu mereka lambat habis bila di rumah kami sudah berganti baru?

Mengapa Acha masuk hospital food poisoning? Mengapa Acha demam setiap dua minggu? Mengapa Acha ada kudis buta? Mengapa Acha hitam legam? Mengapa Acha trauma bunyi kuat atau bunyi bising?

Dan ini soalan serupa dari ibu Alif Haikal bila anaknya juga masuk hospital sebab jangkitan kuman. Mengapa lebam di badan anak nya? Mengapa anak kami menangis bila sampai di rumah nya? Mengapa air kotor dikatakan sebab kudis di badan anak kami? Sedangkan aku sendiri mendapat pengesahan dari Klinik Kesihatan Petaling air bersih, malah mereka mengatakan kuman itu datang dari rumah pengasuh.

Kami mendiamkan diri. Masing2 menyimpan curiga. Namun masing-masing fikir kalau kami bagitau tentu orang akan cakap kami burukkan dia. Aku juga fikir benda sama. Tanpa sedar semuanya mengundang padah. Hati kamu berdua terutama aku dan Shariza( mak Alif Haikal) merasa amat pedih dan sedih.

Dan mengapa hanya setelah 2 tahun baru aku tahu semua ini???????????????????????Lalai kah aku??????


Maafkan aku jika aku tak dapat memaafkan perbuatan kamu. Kami ibu-ibu disitu juga turut merasa ralat kerana kami fikirkan kamu jaga anak kami dengan baik sekali. Rupa-rupanya kau pandai berlakon.




klik sini , sini , sini dan sini untuk details. tq. 


Muka baik, cakap lembut belum tentu hati baik.

 

17 February 2011

Celaka

Boleh tak buat entry begini? Korang tak rasa celaka ke? Celaka kot kalau orang tu yang kita amanahkan jaga anak kita mendajalkan anak kita. Sakit sangat kot hati ni. Kalau tak bukan senang nak keluar celaka dari mulut aku ni.

Tak geram ke bila tangan anak dah menggelembung kena iron dicakapnya sebab kelalaian aku? Ni aku rasa nak bertukar kingkong ni. Sikit2 tembelang dia pecah. Tengahari tadi, pecah lagi tembelangnya bila ibu Alif Haikal yang juga hantar anak dekat situ call aku. Dari perbualan2 kami, banyak yang buat kami angin!!!

Sampai hati ko telentangkan budak Alif Haikal tu atas simen sejuk dalam bilik air lepas ko pukul dia? Dia tu tak reti apa lagi. Dahla dia tu tak sampai setahun. Lagi teruk budak tu bukannya sihat sangat. Dah pernah masuk spital sebab jangkitan kuman.

Patutla pampers anak-anak kami lambat habis. Susu pun lambat habis. Tak mandi, tak bg susu. Mana nak tukar pamper? Berganti susu? Aku sekarang tgh trauma ni, kje pun tak buleh nak fokus.

Skrg ni masih anta dkt dia, tp pura-pura macam takde apa-apa sbb aku sedang mencari dengan gigih taska nih.Tolong-tolong..

Tolong bagitau kat mana nak cari taska dkt s.alam ni.




lastly,

celaka weh aku rasa sakit hati sangat ni. klik sini. kalau taktahu.
dkt dpn kita ni pandai bermuka-muka. 




siaaaaaaaaaaaaaaaaaaaalllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll....


Contest yew..

Salam, minggu ni minggu gedik.


Minggu ibu promosi anak. So, kawan-kawan minta datang like dkt page  Si Manja Bergaya, lepas tu like gambar Acha dekat si manja bergaya contest. Thankyou. Gambar di bawah le yg den masukkan.

Manja & Funny tak?



Jangan lupa tau. Sayang korang, Muah muah..Ala tenet free kan. silalah like ye..


Sapa-sapa yang LIKE akan dapat  ........................................................................................................








                              PAHALA.

kerana tolong sesama islam.ngeh ngeh.
Thankyou.

















Rompak or Rampok?

Rompak rompak rompak. Cuba sebut banyak kali. Heh, janggalnya perkataan ni. Namun, tidak janggal lagi bagi kami penduduk di Kampung Sungai Dua, Mukim Melawi, Daerah Bachok. Sejak dari dulu, perompak seakan tegar merampok kawasan rumah kami.

Namun, adat lah manusia bila masuk kandang kambing mengembek, bila masuk kandang harimau mengaum. Eh, korang taktau ke? Perampok2 ni pandai. Dekat kg nak curi aponya kalau bukan ternakan dan tanaman. Sebab dekat kampung, target ni kena betul. Pehatikan rumah yg ada kandang kambing or lembu, dirembatmya kambing lembu tu. Lagi-lagi bila nak qurban atau akikah. Siot betul.

Kandang harimau takde pulak. Kalau ada, biar ngap dorg tu. So, dorang apply peribahasa tu betul-betul. Kan kan?

Kejadian Satu

Kak Ani(jiran depan rumah kami dkt kg), sedang berdiri di hadapan rumahnya sewaktu kejadian kambing nya dirampok dengan menggunakan kereta. Kesian kambing tu disumbat di dalam bonet. Tergamam. Kak Ani tidak dapat berkata apa-apa selain menjerit. Hanya slps berlalu pergi. Oh ye, kejadian waktu SIANG ok. Dilakukan sebelah siang sbb org kg sll takde waktu siang sbb berkebun. Atau sng ckp, mmg bahlol perampok ni.

Kejadian Dua

Awal pagi. Sewaktu Husairi masih anak muda belia lagi, mat pet menaiki kapcai buruk telah bersedia merampok kapcai mek yang mek selalu guna ke kebun. Belum sempat berbuat apa-apa, parang panjang sudah berada di atas tengkuk perampok itu apabila Husairi diam-diam membuka tingkap. Bravo adikku!

Er..yang bangangnya, bila hari dah siang, dia datang lagi. Knp? Dtg amik helmet. Bangang nye mat pet nih.

Kejadian Tiga

Baru-baru ini, ternakan Kak Anii dirampok lagi. Kali ini berlaku hujung tahun 2010. Hish bangang-bangang. Eh, kenapa asik Kak Ani je kena rampok? Sebab umah dia banglo der.

Kejadian Empat

Rumahku selalu dinaiki perampok. Namun, perampok yang naik tu selalu pulang dengan tangan kosong kerana handbag digeledahnya kosong, IC pun takde! Geledah semua tempat tak jumpa. Sbb mek mempunyai akal yg lagi bijak dr perampok. Duit tidak diletakkan tpt yg sepatutnya. Bkn dlm handbag.(Er..aku pun amalkan petua ni) Jeng jeng.. Fikirlah sendiri.

Dirampok juga waktu siang. Balik-balik rumah dah bersepah. Tiada kemalangan jiwa.

Kejadian Lima

Rumah sepupuku dinaiki perampok. Mereka adik beradik diacu dengan pisau rembo. Seram heh!Dipercayai motif dendam, dipercayai warga asing yang melakukannya.

Berlaku di tengah malam di Sabak Bernam. Untuk keterangan lanjut, suh dia lah buat entry tuh. Heheheh.


Pernah dirampok?????????


Pisau rambo. erk..minta simpang.



Minta-minta semua benda tak baik dijauhkan.

Pura-pura

Salam.

Pernah pura-pura? Aku selalu pura-pura weh.

Sape kata pura-pura takde kebaikan? sila lihat list di bawah.

  1. Aku pura-pura aku terjaga lambat bila weekend terutamanya hari Ahad sebab aku menghalang si suami kerja pada hari Ahad. Hoho. Halang cara halus itu pasti.
  2. Minggu lepas aku pura-pura aku nak keluar sebab aku diajak keras-keras oleh Long. Jadi aku pura-pura lah. Kalau tak pura-pura diajak dan didesak Long, nescaya aku tak boleh keluar. Hidup harus bijak yew!
  3. Pura-pura aku bussy bila aku tak nak buat kerja yang aku tak suka, cthnya UBS tuh. Naik juling mata den.
  4. Selalu pura-pura "eh..lupa nak withdraw duit tadi, tolong bayar bang?!" Itu ayat digunakan ketika shopping bersama cik suami walaupun ke kedai runcit di bawah flet saja. Pang sekali untuk mereka yang guna taktik ni bila beli jajan 20sen.
  5. Pura-pura tidur bila aku merajuk dengan suami. Hoyeh.
  6. Selalu buat-buat pengsan bila Acha cakap "mama..nak susu". So, nak tak nak babah nya akan bangun buatkan.Terer tak? Ke tak guna? Hehe.
  7. Alamak! Lupa isi minyak la. (dengan muka serius ok). So, encik suami akan drop by refill fuel dan dialah yang akan hulur duit kepada mamat bangla Shell tuh. ~taktik ini berjaya digunakan semalam ok.
  8. Selalu pura-pura "tak dengarla bunyi Hp tadi, hp dalam beg" itu ayat digunakan jika aku tak nak layan pemanggil tuh. Atau "hello hello..i cant hear u..call me back in few minutes.." ni untuk foreigner yang selalu duk call ofis dan selalu bahasa omputih mereka aku tak paham sepatah harem.
  9. Selalu berlakon bila Acha nak tgk Upin Ipin online. Aku akan guna suara Upin Ipin "hai kawan-kawan, saya Upin, ini adik saya Ipin, sekian.Kita jumpa esok!" Lepas tu aku bagitau Acha Upin cakap esok ye. Wpun Acha mengamuk nangis (jap je, aku pujuk "ayam satu" dia ok la), aku off laptop. Kejam tak?


Look at her fingers. Act like a pro heh!



10.  Selalu juga berlakon menyamar babah bila dia nak guna telefon aku. Aku pura-pura  cakap babah work padahal babah takde pegi ke tpt lain. Kesian Acha. Anak babah katakan.

 

Long, Acha n her Acik n Kakak Ain.
 11. oh ye aku rasa aku patut tambah,
 skrg aku sangatla berpura-pura aku okay padahal aku sangatlah worried tentang pengasuh  aku nih.worried tentang anak kami. Apalagi, aku sibuk godek-godek cari taska la weh.



Ok..aku rasa cukupla setakat tu. Aku hanya guna taktik ni bila aku terdesak aje ok. Bye.
*kurang asam tak aku? ngeh ngeh.

 



Dua orang ibu yang lapar

Manusia kalau dah lapar, tak kira manusia tu berstatus ibu ke, ibu tunggal ke, ibu tunggul ke ibu tinggal ke. Asal lapar belasah je makanan apa yang ada. Hoyeh.

Entry ini mengisahkan tentang dua officemate yg kebulur tahap gaban beranak lapan. Mula-mula officemate aku menerkam dodol dengan ayu nya. Aku yang tekun menghadap keyboard pc tak rasa apa-apa lagi.

Lepas tu aku tengok dia keluarkan sudu dan cawan kecik comel cinonet je. Aku toleh ke kiri bila dia asik ulang pegi ke meja sebelah.

Dasar perakus. Tapi sedap juga ye nenas smlm? Heh!

La..rupanya, tin nenas tu dirobeknya rakus dgn pisau. Dan tin nenas itu sudah ternoda yew. Maka, bila dia duk ulang-ulang tambah tu, buat aku terliur meh. Lantas aku pun turut rakus ambil sudu dan sebab pemalas sejak azali lagi, aku makan je nenas tu dari tin. Senonoh tak??


Hew hew..ok la, sila jangan tiru aksi berikut. 



ps: untung juga kerja kami ni eksport makanan, bolehla kami eksport makanan ke dalam perut kami, atau boleh juga eksport ke handbag kami. Hoyeh.






pic:credit to pakcik yahoo.sejak camera aku bangang,keje aku google je la kat yahoo.erk.

16 February 2011

Abang, sayang demam!

 Geli tak? Tak geli?! Lempang kang.

Ala sesekali nak bermanja. Bukannya taktahu dia tu tak romantik langsung. Kalau lebih-lebih, kata-katanya mesti berbunyi begini:

"mengadalah tu."

Rasa-rasa badan tak berapa nak sihat bila bangun pagi tadi. Namun, disebabkan aku seorang pekerja bermutu, dan dedikasi, efektif serta kuat fb, aku datang juga..

Bila makin tengahri, makin terasa lemau-lemau suam-suam kuku kaki badan ni. Selsema dah singgah. Batuk dah menjengah. Yoyoyo amma appa yennadey..

Sila sediakan payung sebelum hujan! Sila sila sila makan ubat. Sila jangan malas.


Nak mengadu ni, balik ni kena mengadu ni. Cup..malam ni cuti lah dari aktiviti masak. Alasan ni ok ke? Tak kisahla labu. I really need a days off. Sila perhatikan "S" di belakang day tu okes.


Hospital? Klang pulak tuh?? NO NO NO!


MC? heh! kepala sudah bertanduk. yeayeay. eh, memang aku tak sihat okes. okey bye.

Jangan Ada Dusta Antara Kita


 
Ditujukan untuk suami-suami di luar sana, diharap jangan berdusta pada isteri anda. Kesian mereka. Ini entry membelasah lelaki. Ingatlah kata-kata itu lebih tajam dari sebilah pedang. Heh!

Ingatlah mereka yang sental baju mu yang kotoran degil nya seinci, bini mu juga yang susah payah dengan titik dan peluh berhempas pulas melaksanakan kerja rumah walaupun bekerja, jangan sesekali juga menjuih kan bibir bila isteri mengadu penat, jangan juga selalu lepaskan marah di rumah, jangan juga berdusta overtime, jangan juga cakap minum tea dengan kawan padahal dengan "kawan" gitu-gitu. Besar kan pengorbanan bini nih?!


Malam je kau bersukaria ye??
 

Jangan pula berdusta kata duitmu habis bila bini minta duit susu anak, padahal kamu si isteri sibuk meneliti payslip nya beberapa angka. Mana nak jaga anak, mana nak jaga suami, fikir-fikirkanlah. 



Jangan juga lelaki berkata yang tidak-tidak bila si isteri soal siasat kemana kamu di malam minggu. Jangan pula kamu cakap kami para-para isteri merimaskan, kerana sebab kamu lah kami lagi rimas fikir kepala otak ni tau!


Semua terserah padamu
Aku begini adanya
Ku hormati keputusanmu
Apapun yang akan kau katakan

Ketika pertama ku jumpa denganmu
Bukankah pernah ku tanyakan padamu kasih...
Takkan kecewakah kau pada diriku
Takkan menyesalkah kau hidup denganku nanti...


Dan kini semua kau katakan padaku
Jangan ada dusta di antara kita kasih...


Sebelum terlanjur kita jauh melangkah
Kau katakan saja




Jangan jangan kecewakan hati perempuan. Bila hati kecewa, meranalah jiwa! (Alamak, jiwang pulak) Kalau korang kecewa dengan lelaki macam ni, sebelum korang blah, pastikan nama anda tersenarai dalam harta nya yang tak berapa banyak tuh penting jugak untuk anda check penama KWSP nya.




Sila-sila berbuat demikian.




Ibu ibu bapak-bapak, please dong! Perihatin sikit!



p/s: entry ini mewakili golongan-golongan segolongan isteri yang tak puas hati pada suami-suami. heh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...