Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

07 February 2011

Sepupu Sepapat Kahwin & Pregnant

Rasa macam sekejap saja masa berlalu. Kalau boleh (sebab tak boleh tu cakap "kalau"), aku ingin kembali di zaman2 dulu. Zaman2 masih bersama mereka2 ni. Ada banyak suka dan dukanya. Sekarang, semua dah kahwin. Dan sebab dilahirkan dalam keluarga subur2 belaka, cepat jugala mengandung. Bila melihatkan perut masing2 dari kempis kepada memboyot kepada kempis dan membuncit sebab tak jaga makan dah naik badan, buat aku rasa indahnya zaman dulu-dulu, zaman sebelum kahwin mahwin ni. Zaman sebelum sakit otak fikir macam2. Bak kata Isya semalam...

"bestnya jadi ko dik..takyah pikir mcm2 hal"

itulah kata2 buat anak aku. Memangla, dah dia tu baru umur 2 tahun, apa dia nak fikir sgt? Paling2 banyak dia fikir pun "ayam satu!"

Mungkin tak ramai yang ingat saat2 main congkak dengan biji getah, mungkin juga kalian masih ingat bila petang kita bersama2 terjun laut, bila musim tengkujuh kita sama2 main air parit, musim tembakau sama2 kutip daun tembakau, bila bulan puasa, kita bertarawih bersama, dan bila tiba raya kita bermaaf-maafan dan esoknya kita gaduh lagi. Mungkin semua ini sudah berlalu, namun tak pernah aku lupa saat2 dulu. Saat2 ketika semua masih segar diingatan. Semoga kalian berbahgia dan jaga rumahtangga kalian baik-baik.

Tahun ini juga mungkin ada yang akan menamatkan zaman getiknya, mungkin akan mengikat tali pertunangan. Buat adik ku Wan Mohd Hakimi dan sepupuku Raihan Jamilah, selamat menempuh dugaan!

During K.Linda wedding on last raya 2010

we "lost" her to her husband. may their love never end.

Kimi become a pengapit to his friends who turns out to be our cousin. Since marrying our cousin.

My Pok G family with bride.


My schoolmate who turns out my cousin since marrying my cousin. Fuh.. Dorg ni sorok2 dari aku masa turns out to be a couple before, dah engaged br tau sepupu aku tunang dgn kawan aku. Heh!


Apa-pun hidup penuh dugaan dan cabaran, perkahwinan itu sentiasa diuji. Namun tahun demi tahun berlalu. Moga hubungan kita sentiasa utuh. AMIN!!

Ciksu whom married her uni mate. Tahniah Ciksu.



fyi, semua pengantin perempuan di atas sedang mengandung dan mabuk2 dah. Semoga selamat menghadapi musim loya!

p/s: subur kan baka2 kami? keturunan kami?????? meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w katanya. hehehhe





till we meet again!



 


1 comment:

  1. uikkk... tiba2 nmpok org tu cam knl jah...heeee

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...