Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

18 February 2011

Sampai hatimu

Aku percayakan mu, sesungguh hati. sesungguh jiwa dan raga. aku anggap kamu seperti adik beradikku. ketika beras tak sampai satu pot pun kuhulurkan padamu. bila kau susah, aku juga turut rasa peritnya. bila kau menangis aku juga turut rasa pedih. bila rumah kita takde air, aku juga turut mengangkut air dari pili bomba. semua susah aku sanggup harung demi mu. malah aku tak pernah berkira dengan mu. malah kami sanggup tolak duduk rumah sebiji sanggup kami duduk satu flet satu level denganmu sebab fikirkan anak kami dijaga baik oleh kamu.

rupa-rupanya semuanya lakonan mu. entah bagaimana 2 tahun ini anak aku dijaga kamu. entah bagaimana makan tidur nya. entah bagaimana. maafkan aku jika aku menyangkal sikap baikmu. maafkan aku jika aku mencurigaimu. namun semuanya benar! benarlah kata hati seorang ibu. benarlah kata hatiku. kau melayan anak kami yang dihantar pada kamu seperti bangsat.

kau tuduh aku tidak bayar kamu dua bulan dan selalu bayar lewat, kau canangkan pada mak Alif Haikal(Shariza). Kau lupa Allah itu ada. Segala nista dan dustamu telah terbongkar. kau terus-terusan membohongi kami. walau perit kami terpaksa berpura-pura kami semua ok. Tentu kau tak tahu, tentu kau tak sangka, aku juga tak sangka dunia ni benar-benar kecil bila ayah Alif Haikal tu kawan Abe aku. Maka, Allah dah tunjukkan jalan. Lalu semuanya terbongkar malam tadi.

Aku rasa amat terkilan. Amat-amat sedih. Hatiku menangis. Bila mengetahui anak aku yang baru berusia 2 tahun tu menjaga Alif Haikal & Irfan Darwisy yang baru berusia 7-11 bulan itu sewaktu dia keluar ambil anak dari sekolah. Kau tak fikir dalam masa sekejap itu anak kami mungkin ditimpa petaka. Lalu bgmnkah mereka bertiga sebelum ini?? Sewaktu Acha masih kecil? Bagaimana mereka? Memang hati selalu tertanya2 kenapa tidur Acha berpanjangan hingga 3-4 jam. Mengapa pampers dan susu mereka lambat habis bila di rumah kami sudah berganti baru?

Mengapa Acha masuk hospital food poisoning? Mengapa Acha demam setiap dua minggu? Mengapa Acha ada kudis buta? Mengapa Acha hitam legam? Mengapa Acha trauma bunyi kuat atau bunyi bising?

Dan ini soalan serupa dari ibu Alif Haikal bila anaknya juga masuk hospital sebab jangkitan kuman. Mengapa lebam di badan anak nya? Mengapa anak kami menangis bila sampai di rumah nya? Mengapa air kotor dikatakan sebab kudis di badan anak kami? Sedangkan aku sendiri mendapat pengesahan dari Klinik Kesihatan Petaling air bersih, malah mereka mengatakan kuman itu datang dari rumah pengasuh.

Kami mendiamkan diri. Masing2 menyimpan curiga. Namun masing-masing fikir kalau kami bagitau tentu orang akan cakap kami burukkan dia. Aku juga fikir benda sama. Tanpa sedar semuanya mengundang padah. Hati kamu berdua terutama aku dan Shariza( mak Alif Haikal) merasa amat pedih dan sedih.

Dan mengapa hanya setelah 2 tahun baru aku tahu semua ini???????????????????????Lalai kah aku??????


Maafkan aku jika aku tak dapat memaafkan perbuatan kamu. Kami ibu-ibu disitu juga turut merasa ralat kerana kami fikirkan kamu jaga anak kami dengan baik sekali. Rupa-rupanya kau pandai berlakon.




klik sini , sini , sini dan sini untuk details. tq. 


Muka baik, cakap lembut belum tentu hati baik.

 

11 comments:

  1. Moga Wan temui alternatif lain agar Shasha lebih selamat & dijaga dengan baik yea.

    ReplyDelete
  2. kenapa hantar lagi anak kat pengasuh macam tu?yg lain boleh dicari, tapi anak tiada gantinya..saya geram + sakit ati baca citer2 wan pasal pengasuh tu..tak guna betul..report polis la..nasib baik tersedar jua, sebelum yg lebih buruk berlaku..tapi masa 2 tahun tu..tak boleh ditarik balik..hhhhuhhhh..gerammmmnya saya!!!

    ReplyDelete
  3. Kak su~saya takde pilihan, tp skrg ni sy duk kelam kabut cari pengasuh or nursery. hati sy tak pyh ckpla bgmn rasa, rasa nk menangis, marah semua ada. rumah kami satu level, dekat pulak tu. so, kami buat baik lg dgn dia takut dia buli anak kami. padahal kami nk blah dah. tak sanggup! hari2 dtg keje dgn sejuta kerisauan kak.

    ReplyDelete
  4. Kak Islinda!risau, sedih semua ada. nak meraung ni kak!

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, kalo smpai msk spital teruk tu kak..dahla reka cite byr gaji lmbt..x patut rr wat camtu..sbr taw kak..kat sini dia trlepas, kat akhirat jgn hrplah nk trlepas..kene cpt2 cr pngasuh lain kak..

    ReplyDelete
  6. orang macam ni memang takde perasaan. Apa budak sekecil itu paham. Jangan hantar anak da kat sana, sebelom segala-galanya menjadi terlambat..nauzubillah...

    ReplyDelete
  7. kito wat repot la sah...xlh jadi gni nih...

    ReplyDelete
  8. repot je polis kak..baru terang bijik mata pengasuh tu..

    ReplyDelete
  9. emm..geram pulak bila selak2 entri u pasal pengasuh ni, tapi..sedikit sebanyak citer u ni sama mcm kes i..hantar jer tmpt lain, tapi sblm tu better spot check tmp lain gak

    sabo jelah..

    ReplyDelete
  10. Han~tak report. Setelah ditolak baik buruk. Biar Allah yg membalasnya.

    ReplyDelete
  11. Adyshariz~memang geram..sabar sajalah yg ada. tgk muka beliau pun saya rasa hampa, sakit hati, namun saya sabar jela. buat saya fobia sgt2. skrg ni saya dh decide nk anta dkt nursery. saya check semua, bilik, tpt mkn, tpt tidur. fobia katakan.

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...