Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

27 October 2011

Cotton Silver Matching

Material : Cotton Silver MATCHING


BERUKURAN 2m+2m

harga sehelai rm50
Add pos sem rm7, sbh srwk rm 9














25 October 2011

Cotton Renda Nur Kasih












Cotton RENDA NURKASIH 2nd Batch

SPECIAL PRICE : RM50
Material : Soft Cotton - body. Denim - awning

Saiz M
Labuh : +/- 15-16 inci (termasuk renda)

24 October 2011

Semalam yang pendek.

Semalam yang sepatutnya jadi panjang.
Boleh ke sana sinun.
Pergi menghabiskan duit yang mana ada.
Sungguh tak baik.
Amalan yang tidak elok diamalkan terutamanya tengah bulan.
Beli siap ABC Seksyen 2 yang yummeh, lepas tu beli KFC.
Dengan alasan nak pegi picnic dekat tasik berakhir dengan hujan lebat & basah sejuk.

Lantas, dengan penuh berkobar kobar balik ke rumah dengan harapan ada harapan.
Lalu dengan keyakinan yang bersisa, sebaik nampak kelibat suami;
"Abang, tau tak Sri Kemuning?"
Lama, sedetik dua detik. Baru dia membalas perlahan;
"Tahu. Kenapa?"
"ada rumah dua tingkat dekat Sri Kemuning"
"Jadi?" Itu dia jawapan dia yang memang menduga ke arah negatif mode.
"Makcik tu nak sewakan bla blaaa sewa dia bla blaaaa"
Dengan jawapan yang sudah bersisa kecewa.
Terus dia balas " Tak payah. Itu kawasan bla bla..."

Sedih.
Tersentap. Terus terdiam.
Tak pernah fikir kali pertama kedua ketiga hati seorang isteri yang sukar meminta.
Bye.

Lain kali tak payah nak tanya nak cakap apa-apa bab kehendak nih. Takde sape nak tunaikan!!!

JACQUARD CREPE WANGI


JACQUARD CREPE WANGI RM 70



UKURAN 4M

POSLAJU SEHELAI SMNNJUNG RM7/ 2 HELAI RM8



POSLAJU SABAH SARAWAK RM9/ 2 HELAI RM12
 




untuk details;
sila inbox atau emel achahani@gmail.com








Italian Digital

Marilah membeli belah disini. 
Ada kain menarik di sini.
























ITALIAN DIGITAL SEHELAI RM 80


UKURAN 4M

POSLAJU SEHELAI SMENANJUNG RM7/ 2 HELAI RM8


POSLAJU SABAH SARAWAK RM9/ 2 HELAI RM12
 

21 October 2011

seseorang seperti kamu

tak mengapa.
tidur malam ku bersulam tangis.
tak kisah makanku bertambah namun berkurang zat.
tak susah hidup tanpamu.
tak bertemu ikat bersamamu.
tak apa tak segembira kamu.
getir derita ini ku lalui sendiri.
doakan yang terbaik buatmu.


iphone4gs.

19 October 2011

Kelu.

Kata demi kata.
Baris demi baris.
Hentak hancur sentap.
Jiwa bergaul rapi.

Tiada jawapan.
Selalu muncul dengan sikap mengecewakan.
Getir perasaan & jiwa berantakan.

Sungguhkah kau lupa kenapa kau mencintaiku.

Kelu.
Sungguh!

DKNY BE DELICIOUS

DKNY BE DELICIOUS PERFUME

Hot Selling Perfume!
100% Original Rejected Parfume - Discounted more than 50% from counter price! -Satisfaction Guaranteed-
DKNY Be Delicious Women.
100ml

The new succulent scent from New York.

A city ripe with possibilities.

DKNY Be Delicious invites invites you to take a bite out of life.

The first seduction - its worn by her, lusted after by him.

Innocent, sexy, wholesome, provocative.

Raw in its sensuality, friendly in its spirit.

A scrumptuous, tempting sensation to touch, smell, share and call your own.

A modern feast for the senses.

Served in a sleek metal and glass apple bottle, this juicy fragrance combines the scent of apple with a sophisticated blend of exotic flowers and sensual woods.

Like the city that inspried it, Be Delicious celbrates individuality with refreshing spirit.

Top Notes: violet leaf, apple, grapefruit and magnolia.

Heart Notes: tuberose, lily of the valley, rose and violet.

Base Notes: sandalwood, amber and musk.



*BERMINAT? SILA MAIL achahani @gmail.com @ CLICK PD FACEBOOK saya di bawah page ni. tqtq

17 October 2011

DKNY PERFUME ORIGINAL for sale

DKNY ORIGINAL PERFUME
1OO ML
murah sebab dapat direct dari kilang DKNY
email me for the price.
achahani@gmail.com


13 October 2011

Taubat.

Gores gores cerita baru.
Hati tersentak.
Jiwa terguris.
Sedang yang lain masih berdoa.
Masih berharap.
Banyak airmata gugur.
Yang menepuk suka pun ada.
Tatkala terlepas beban.
Padahal hari hadapan masih panjang.
Masih akan dibelenggu noda.
Heh!


Sendu ditahan.
Sebak terasa di hujung suara.
Tidak sanggup menatap lebih lama.
Gerun di hati melihat perjalanan hidup di hadapan.
Bukakan pintu taubat untuk kita.
untuk kamu kamu.
untuk sekalian alam.

Cukuplah,janganlah dibuang jasad itu setelah dikandung 9 bulan diseksa begitu.


Tebal.



Membelek belek umur muda.
Dibasuh dengan pengalaman pahit.
Memerah tenaga di usia sembilan tahun.
Berbakti kepada yang tua.
Dinihari ke bangku sekolah
membawa dua bakul nasi dagang

Pulang dengan bakul kosong dan senyuman lelah.
Bertahun tahun begitu hingga memutuskan duniawi dari hidupnya.
Memulaukan perempuan.
Hingga keciciran sekolah juga.

Tebal sungguh pengalamannya.
Tebal sungguh hatinya.

Merusuh hatiku


Tiada daya ku tandingi kesabaranmu.

12 October 2011

Kalendar.

2011.
Cepat betul masa berlalu.
4 tahun perkahwinan.
Ups and down.
Anak seorang.
Tak bertambah-tambah.
Hiruk pikuk di rumah. Sunyi di pejabat.
Sesak bumi Kuala Lumpur.
Bingit dan debu permainan harian.
Berwangi-wangi di waktu pagi.
Berbusuk-berminyak di waktu petang.
Rutin harian tetap sama.
Selalu mendoakan,
hati si lelaki tidak akan pernah berubah,
tatkala badan sudah gemuk.
lemak melata lata,
sudahlah pendek,
selalu pulang dengan alasan penat memandu,
beli jelah bungkus sekadar bertiga.

Heh!
Must do something before 2012 badan jadi macam Adibah Noor. waaaaa....
*dia takpelah comel, aku??

Herbalife, help me!!!

11 October 2011

Kawin Lari

Masa kawin atau nikah tu bukanlah lari macam Watson Nyambek.
*lama tak dengar kabar jaguh sukan negara ni. 
Paling kurang, naik kereta. Paling save, naik bas.
Lepas tu naik perahu.
Lepas tu naik bas lagi ke sempadan.
Lebih 3 jam, baru sampai tempat nak nikah.
Bawak saksi dua tiga orang.
Bawak duit sikit.
Ada yang kata kawin ni bukan keje mudah.
Memang!
Sape yang berani naik perahu, lepas naik perahu, naik bas atau sebenarnya van c-20 di Malaysia ni.
Berhimpit himpit walaupun boleh duduk.
Ada checkpoint keselamatan setiap 5km.
Semuanya berpakaian seragam tentera dengan senapang macam dekat perbatasan.
Macam nak berperang.
Keluar pasport keluar surat.
Cakap thai-malay.
Silap haribulan duduk satu van dengan terrorist. Silap jangka, dibom tiba-tiba.
Ketar lutut, berpeluh ketiak masam.
Dengan segala debaran dan 3kali terlelap dalam bas, baru sampai tempat dituju.

Tanpa kompang,tanpa hantaran, tiada upacara membatalkan air sembahyang, tanpa pelamin,
hanya imam,bersaksikan 2 saksi dan pejabat suruhanjaya,
ijab dan kabul, tanpa ibu tanpa bapa, tanpa sanak saudara,
hanya sekeping "kontrak Allah" dia atasnya tercatat ijab dan kabul dan amanah suami-isteri.

tanpa bulan madu.
tanpa segalanya yang biasa kau harapkan.

dan,
perjalanan di depan penuh liku.


bersiap sedialah untuk berduka dan kecewa sendiri.
senyum tertawa pun sendiri.

Fikirlah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...