Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

25 August 2011

Dan, aku kalah.

25 Ramadhan, 25 Ogos.

Azan subuh berkumandang.
Dikejutkan dengan laungan azan sebegitu sungguh mengusik kalbu, itu belum termasuk mendengar laungan azan di Madinah. Hati yang keras, muka yang bengis, perasaan benci, semua gugur, yang tinggal masing masing mengelap airmata, ada yang menangis tersedu-sedu.
Kenangkan from Allah we came, to Him we return.

Dua rakaat yang pendek itu, selalu juga terbabas tatkala jam 7. Kesal. Dan, terasa aib pada diri sendiri. Seolah tiang sudah mula retak di dasarnya. Bertambah kesal, bila jarang sekali diiringi doa panjang apatah lagi wirid dan tasbih. Aduhai, anak! Kau sudah melupakan pesanNya!

Lagi, terasa sungguh hina. Bila Ramadhan yang tinggal tidak cukup seminggu itu disulami dengan perkataan kasar dan hina. Malah berbau busuk juga. Puasa, tapi tidak berpuasa lapar dahaga sahaja. Puasa perut, tapi mulut tidak pernah lapar dari mencaci. Nauzubillah.

Kekuatan apakah lagi yang harus ku hadapi Ya Allah.
Keadaan bagaimanakah lagi harus ku bersabar Ya Allah.

Sungguh, aku kalah.

Kalah dengan segala nista di pagi 25 Ramadhan. Pulangkanlah aku ke jalan yang benar. Pulangkanlah dia ke sisiMu Ya Allah. Pulangkanlah seluruh alam ke jalan yang benar.

Mimpi

Semalam, aku bermimpi.
Mimpi yang bukan bukan.
Siap melancong ke Aussie.
Meniti pantai negara itu. Melihat pemandangan petang.

Mimpi apakah ini?
Kenapa mesti Australia?

Bangun tidur, jam sudah 545am. Tahniah, terlepas sahur lagi.

Sambil memanaskan gulai berbuka semalam, sempat juga aku tersenyum sendiri.
Tahun 2011 banyak suka duka. Banyak duka. Aidilfitri 2011 banyak ceritanya.

Sejenak teringatkan yang pahit pahit, walaupun terasa pedih ulu ati. Pejam mata, pujuk diri sendiri. Yang pahit pahit ini akan segera berlalu.
Waktu sering diusik perasaan bercampur baur, sering juga dimomokkan dengan pelbagai cerita dan kisah membuatkan hati juga resah. Waktu waktu begitu, aku tidak mahu berfikir 2,3 kali hingga menyenakkan kepala.

Lantas,

inilah kerjaku di saat kesunyian di rumah dan hati terasa sedih..hiburkan diri sendiri dengan memasuki alam lain. eh eh..


the baker king


Thumbs up untuk cerita yang diolah begitu menarik. Hingga buat kita sedar, berapa ramaikah yang masih punya hati seperti Kim Tak Goo ini.

24 August 2011

Tahun Keramat

Rentetan entry sebelum ini,
juga pengajaran untuk kita sebelum bertindak, fikirlah semasak2nya apakah kekesalan itu berbaloi dengan tindakan untuk seumur hidup kesannya.




Datuk Keramat, Taman Keramat, Keramat AU. 
Seringkali aku putarkan 3 nama tempat ini di fikiranku. Dan selalu juga perkataan Keramat ini melekat di jiwaku. Bukan kerana aku punya nostalgia di tempat ini. Bukan. Tapi kerana perkataan "Keramat" yang selalu bermakna buatku.


Bukan sekali aku cuba melupakan.
Namun, aku ini seorang yang penuh nostalgik. Masih menyimpan dan menyelusuri semua memoir lama. Kutip di sepanjang perjalanan. Pernah aku  menyesal. Di atas apa yang berlaku. Kerana sungguh perit untuk membina kembali hidup hari ini, jatuh bangun ku sendiri.


Sebenarnya ada beberapa perkataan atau lebih tepat tempat atau nama tempat yang hingga
 kini, jika aku melaluinya atau melihat nya walaupun sepintas lalu, hati terasa perit dan getir. Lebih baik menyimpan tempat2 itu di memori paling jauh di fikiranku.


Meskipun aku jamin 100 % tidak ada perasaan sayang atau cinta kepada tempat2 itu, namun kenangan pahit dan manis itu seringkali mendatangkan kesedihan yang paling dalam. Diikuti dengan kekesalannya juga.


Kesal kerana tindakan bodoh juga menyebabkan kehilangan semua. Hilang maruah di mata keluarga dan sanak saudara. Dipalit dengan fitnah dan nestapa.
8 tahun perit itu, ada sekeping hati yang kulukai paling dalam.


Kemaafan pun tidak mampu diberikan untukku.




"Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula"



Dialah yang kumaksudkan dalam entri ini;


http://akusertajiwabisnesku.blogspot.com/2011/06/x-file.html


Meskipun berapa lama aku memohon maaf, dan betapa aku juga merubah dan mengirimkan duka buatnya, kemaafan pun tidak seharusnya dihulurkan kepadaku kerana bertindak kejam dan mengharukan seluruh hidupmu. Terutama ibu mu. Janji yang sekadar tinggal kata-kata. Dan seperti angin lalu, aku pergi tanpa khabar berita. 


Sungguh, pahit. 


8 tahun berlalu sudah.


Aku punya kehidupan sendiri, dan aku cuba berbahagia atas apa yang aku cari. Aku pun harapkan kebahagiaan serupa untuk semua insan yang terluka atas perbuatanku.








Aku tahu aku tidak berhak, tetapi kemaafan itu seakan mengingatkan tentang aidilfitri yang ku janjikan, namun ku tidak kembali. ku pergi bersama keampunan yang tidak ku perolehi.


Allahuakbar. Berikan kami semua keredhaan dan tunjukkanlah kami ke jalan yang diredhai.

23 August 2011

Perjalanan yang panjang

merasa dan menitip kembali kisah kisah dan perjalanan hidup seringkali mengingatkan pada perit dan jarang sekali terkenang yang suka dan manis.

sewaktu dulu, masa masih muda dan mentah, bila hati digula dan digulikan, malah diperbodohkan, disepak terajang oleh dunia orang dewasa dan berperwatakan menarik. masa itu, semua nampak tulus dan mulus. semua percaya akan kata-katanya. semua mengatakan aku "busuk", hina dan kotor.

pasrah juga bila kiri kanan,depan belakang menuding ke arahku.
 itu versi mereka.
lagi sedap bila bertambah garam gula, cukup manis masam garamnya.

awal usia 20-an, dikata begitu begini orang, usia masih muda dikatakan lupa usul. sedangkan di rumahnya hidup dan berteduh seperti lebih kepada sekadar menyewa bilik sekecil bilik stor itu. kerja sambilan yang dilakukan di sebuah restoran francais dan juga berhempas pulas bekerja dari seawal jam 9am hingga jam 1130malam. Juga masih dituduh berpeleseran.

Jarang jarang punya sarapan. Malah sudah biasa pulang dengan perut kosong, dan teramat segan menggunakan periuk belanga di rumah orang. cukup sekadar menumpang teduh, tidak mahu dituduh menghabiskan beras pula.

seawal usia begitu juga, didolak dalik dengan kawan yang sebenarnya backstabber juga makin memburukkan keadaan. khabar angin bertiup kencang. duduk di Kuala Lumpur sudah lupa segalanya. sedang aku tidak tahu khabar sedang enak diulang tayang kiri kanan hingga ke hujung kampung dan sanak saudara.

sedangkan aku di sini, betapa susah jika terkunci di depan rumah, tidak punya kunci, malah aku selalu berdiri hingga loceng pun sudah jemu ku tekan, hati juga terasa perit. namun kerana tidak mahu dan hati juga enggan merungut, ku tabahkan hati.

malah tidak pernah ku merungut biar semua baju ku sental sendiri, sedar diri ini menumpang, tidak pula aku meringankan tangan menggunakan segala kemudahan orang. itupun dikata aku ini pemalas. hanya tahu menumpang senang. aduh. ku telan pahit. ku telan mentah mentah bila mendengarnya.



sewaktu hari senggang juga, aku sendirian. kadang kadang bertamu dengan anak beranak nya membuatkan aku makin menyisih. seringkali disusuli dengan jelingan mata, aku seakan mengerti. hidup menumpang, begitulah.

busuk lah aku. wangikah engkau.
demi menolak semua busuk dirimu dan perihal keluargamu,cerita ku dicanang indah dan rapat rapat dari mulut ke mulut. perit. hati terasa lagi pedih. 

sukakah engkau, dan bertepuk tangankah engkau bila mengetahui keluargaku dipalit rasa malu begitu?

punyai kekasih hati di usia begini juga merosakkan segala.
hati yang satu itu ku lukai, malah ku tinggal bodoh bodoh sahaja, kerana sakitnya rasa sebuah kehidupanku dicemari noda fitnah.
tekad dan hancurnya kehidupan.

ku kirimkan kemaafan yang paling tulus demi semua hati yang hancur.

sungguh, saat ini aku masih menyimpan cerita botol arak berselerakan di bawah kamar tidur mu. sungguh, hatiku tidak sebusukmu. sungguh!

hati ini juga tidak pernah lupa bagaimana ibu itu menuding jari dan menyalahkanku.malah hati tidak pernah lupa bagaimana hati ini dikecewakan bilamana semua tidak berada disisiku. bilamana disalahkan begitu, bilamana diburukkan begitu, hanya tangisan yang mewakilkan hati pilu.

hingga saat ini, walaupun sudah 8 tahun berlalu, aku masih tidak pernah melupakan walaupun seinci cerita busuk mu itu.hanya kerana kau orang ternama tidak membuatkan kau mulia.

8 tahun lalu yang meninggalkan kesan yang mendalam dan menjadikan kehidupanku sekacau itu. yang meninggalkan luka, tidak pernah ku lupa. tidak pernah ku padamkan ingatan itu. masih segar, masih berbau busuknya kenangan itu. 8 tahun yang menjadikan paksi 360 darjah hidupku berubah.


cuma satu pesanku, 


"perjalanan hidup masih panjang"

Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis 


22 August 2011

Blk Kg

Sigh,
tak sabar nk balik kg.
Kepala hotak asik pk akok akok, wakaf che yeh, akok akok.

Pastu tak abis lagi pk ketupat buatan my mom.
Pastu berangan lagi nak makan watermelon my mom.

Semua berangan berasaskan nafsu.
Sigh.

Acha pun pandai demand nak akok akok.

Sigh lagi,

wei apsal arini baru 22hb? Tak aci sungguh la...

Cepatlah masa berlalu tolak terus ke 26hb, aci tak?


Jom blk kg.

16 August 2011

Jersey TRW Original

Oh ye, sempena sukan bola yang kian mendapat sambutan. Yang selalu panas. Yang macam2 hal. Yang hensem yang tak berapa nak hensem. Asalkan jadik player gf, eh player bola.  Suka suka...

Dari bab tak pernah amik tahu, terus tahu pasal2 bola dan seangkatan dengannya.

Terutama kes KFCM putus tunang.

Eh, anak buah aku cakap, "wah, ada chance nih". Apakah?

* mengigau kot. KFCM tu sape? Dan ank buah aku nih artis ke? Sengal dowh.


Jadi, aku sebagai seorang peniaga tegar jugak nak jual Jersey Original TRW. Kami dapat ni dari Supplier KAFA. Cepat2 grab ye, dari size S-XL. Barulah bersemangat tengok bola masa TRW lawan. Hehehehhe.

RM 60 aje.







Sape2 berminat, boleh komen or jenguk2 FB ye, cepat2 stok panas :)

Kain Samping

Di hari hujung minggu yang lalu. Sungguh indah. Sungguh nyaman, tetiba sakit perut. Blegh.

Itulah akibatnya kalau sekali sekala nak merasa air tangan peluh ketiak masam abang2 makcik2 dekat bazar ramadhan. Terus diarhea. Itulah sebab nya aku tersangatlah tidak gemar menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan.

Bulan begini memang elok untuk save kan segala expenses ye.
Tak perlu jugak berebut2 parking di bazar Ramadhan yang sesak.
Tak payah risau hilang anak di bazar Ramadhan gara2 sikap obsesi "tunjuk tunjuk".

Dan bila dah MC tu, kaki pun laju jugak ke Tesco S.13 Shah Alam, mencari2 sumber makanan laut yang segar bugar dan tak perlu berebut2 dgn orang sebab semua orang g kerja.

Eh, tetiba terpandang gerai kat bwh2 tesco tu jual samping. Mak aih mahalnyaa!!

Betul2 nak kaya cepat si Pakistan nih.
Patut ke kain samping tu dijual dengan RM 90 sehelai???

Aku jual baru RM45!

Sila view;



samping dewasa bunga penuh RM 45

samping dewasa bunga penuh RM 45

samping dewasa bunga penuh RM 45

samping dewasa bunga penuh RM 45

Samping budak budak untuk HERO anda pun ada jugak..

Ni contoh ye, if berminat nak beli, jenguk2 la FB kami :https://www.facebook.com/wan.collections

samping budak RM 25 je



15 August 2011

TOMYAM VS TIONG NAM

Tomyam?


Slurppp.. klu pedas dan penuh dgn binatang2 gemuk dan fresh, sure lagi original manis dan yummeh.
Dimakan pulak dengan nasik panas, hot hot. Ada plak sambal belacan dan timun potong serong. Kalu n busuk tapi khasiat, silalah cecah dgn petai. Auw. Busuk tp buang toksin ye!

*sila jangan tuang dkt simen okey, tuang dkt BOWL!

Tapi, alangkah malangnya kalau seorang boss, yang memegang IC merah menyebut begini;

"Ini jam juga, saya mahu ke TomYam"
"Apa? Nak mkn tomyam?" Tukar selerakah bos aku nih?!

Biasanya kari kari kari. 

"ini Tiong yam lah bukan Tomyam!"
ok..sebutannya memang sama.

Kami blur lagi.

"Haaaa??"

Last-last dia fedup dia cakap;
"Ini perempuan..perempuan..perempuan semua takde guna!" merujuk kepada kami berdua yang tak paham kejadah dicakapnya.

Lepas tu baru dia cakap dia nak gi satu company dkt S.26, Shah Alam. Tepi trafiic light jammed tuh.

Ohhh, ITU TIONG NAM bukan TOMYAM!




dan sampai skrg sungguh mmg tak mampu nak pandang ke sebelah TIONG NAM time drive pegi balik umah abg. Kalu pdg jugak, siyes aku gelak sorang2. Hahahahaha.

Sekian. Itulah masalah bahasa.
*apply jugak pada suami isteri yang tak sependapat.
Terang mcmn pun sama jugak ego masing2 setinggi langit.


p/s:kesian bos! T_T




SickHouse


Im sick inside and out.
physically and mentally.

Muka pucat ditempek bedak,
bibir kering sebab puasa, dioles lipstik.
Mata kecik ditenyeh eyeshadow bagi shining dan segar,
pipi kusam ditonyoh blusher.

im still sick inside.

Diberi kata kata semangat.
Diberi sesuap nasi, mengeleng lesu.
"saya mahu berpuasa penuh"

im still sick.

T_T

11 August 2011

Why home is always a "sick place"?

Why home is always a sick place for us even how badly you were threaten by ayah bamboo (rotan) and how we used to  be scared of mak pinch when we so lazy to read Quran and Muqaddam.

Thats what always used to be happen to me few years back then when mum struggling forced me to go to boarding school. *sigh. 

But, despite of father fierceness and mum nagged, i always return to my path.Which is home. Where i have other half of 10 family members including mum and father. 

That is why after few years back, time passed by. And when through so many hardness and saddened of many things that keep forcing me myself to remind of something that ease my feeling and i was thinking, oh..home.

Home is never be the bored place after all. After seeing so many things happened at our home, still we keep back to our home. Look at the house itself, we saw many memories. And how we used to play congkak using the "buah getah" cast ashore and dumped off by the wave.

Whatever it is, home is the best and heaven place after being stressed out of many things. Below is why me myself badly wanted to be at home at our village;
gmbr pinjam :)

  1. the beautiful beaches and sunrise :) oh this is so badly cried for this
  2. mum traditional dishes. im craving for mum home made akok, cencaru sumbat, acar masak timun,
  3. night market when everything selling so fast!
  4. keropok lekor.
  5. tarawikh at madrasah and having moreh and habiskan boreh.
  6. rojak buah slurp.
  7. missed father's return home at the evening and bringing tembikai and kuih which is a lot!
  8. and looking at bright star at night, i missed this.

oh god, home is never be the bored place for me.

Take me home. T_T



cotton swiss

Salam Ranadhan Al Mubarak

Dah lama tak update dekat blog kain kayan baju bajan yang dijual. Sori ye, bz teramat bangat.

Sila jemput jemput la ye tengok contoh2 kain cotton swiss yang tengah hotz sekarang ni.














semua rm 45 aje ye. Kalau berminat silalah jenguk2 FB. assistant saya sedia membantu if im not around. tq.

10 August 2011

Kasut & Handbag

Mungkin tak ramai yang menyedari kenapa sebenarnya perempuan gilakan sangat mengumpul kasut dan handbag hingga tak terdaya pakai dan malah hampir lupa berapa puluh pasang kasut kepunyaan sendiri berlonggokan di rak. Malah ada yang terlebih teliti melabelkan setiap barangan dibeli dan disusun kemas dalam almari kaca.
Okay, itu macam perhiasan.
*that sounds like Emelda Marcos okay.  Google sdirik.

Aku bukan nak mengata orang. Tapi aku mengata diri sendiri. Tak cukup 1 rak kasut, 2 rak kasut aku punya. Kasut anak dara pun begitu. Hingga tak sempat nak pakai lama. Sebabkan kaki nya cepat membesar. Disebabkan cerewet dan terlebih suka dengan kasut hatta handbag, bila berkenan terus sambar.

Handbag juga penuh almari. Pelbagai gaya dan rupa. Semuanya (Er kadang2 je)dibeli tanpa disedari. Tahu tahu je duit dah ghaib dari purse dan terus hulur ke penjual. Sekian bab tu.

Namun ada cerita di waktu kecil-kecil dulu yang seakan mengimbau kembali kenapa kami suka beli dan berhabis sebab benda benda begini.
*boleh diaplikasikan juga kepada barang barang makanan. bak kata suami aku tamak, semua benda aku nak beli. Ala, kalau setakat sentiasa ada makanan tu itu kan wajib? Takkan rumah kosong takda makanan. Dulu tak mampu, sekarang lah merasa makanan itu ini. 
Haih. Sungguh, we always always not sharing one opinion. 

Masa kecil kecil dulu, aku tak pernah lupa ke sekolah dengan beg rabak, panas terik matahari, di dalam kocek syiling tak berbaki, kasut sudah menunjukkan ibu jari, tapak kasut yang sudah haus dimakan tar dan jalan batu batu itu.


Peluh menitik. Nak sampai ke rumah perjalanan 1km itu, sungguh terasa panjang. Jika pagi, selalu berkabus dingin. Jika jam 1 atau 2 petang, sementelah pulang dari Fardhu Ain pula jam 4, jam 6 baru sampai ke rumah. Beberapa perhentian wajib disinggahi. Biasanya, seorang sahabat itulah yang sentiasa berkongsi duit poketnya. Sanggup juga berjalan seiringan meskipun dia punya sebuah basikal cantik dan berwarna putih. Agak mahal jugak basikal nya. Jarang jarang sekali berhantaran oleh ibu nya yang dikala itu menaiki Mercedez Benz putih/silver atau kadang2 juga berpergian dengan Pajero birunya. Sungguh, dapat menumpang sekali sekala itu hati bercampur baur.
Segan dan bangga juga.
Segan kerana berpeluh sana sini. Hujung kain biru tua itu juga sudah terkoyak di hujungnya,
Bangga juga. Muka dibelai aircond. Badan berhapak terus ditelan penghawa dingin. Terasa meresap segala hangatnya mentari.

Bilamana ibu selalu melarang aku ke rumahnya, mukaku muncung. 
Petang petang selalu juga aku meloloskan diri, berlari dengan selipar capal ku yang biasanya kepunyaan ibu atau kakak ku. Malah selalu juga dimarahi kerana "memutuskan"selipar kepunyaan mereka.

Sekarang baru aku paham, dia anak orang senang, ibu juga tidak mahu yang tidak tidak di fikiran orang.
Sebagaimana aku melarang anak daraku itu bertempek di rumah orang. Dan mengada itu ini.

Terasa kerdil. Selalu berasa rendah diri. Namun, bila mengenangkan sahabat ku itu yang berambut panjang dan tulus hatinya, yang selalu memujukku mesra dan lembut dan selalu juga bermain curi curi di dalam jaguar merun bapanya. Sikap rendah diri dan terasa hina miskin itu tidak pernah menghalang dan membatasi imaginasi aku.

Kalau lah kawan ku itu nak berimaginasi, tentulah tak hairan. Hari hari diusung kereta mahal di sekitar kampung yang rata2 nya menggunakan motor kapcai sahaja.

Sungguh, seakan terasa kami lah orang kaya baru tatkala berangan begitu.
Berangan hingga azan maghrib dan bila ibu masing masing sudah kepanasan marah (terutama ibu aku lah), barulah menggelabah menyelusuri lintah dan pacat untuk sampai ke rumah.
Meskipun tahu ibu nya kurang gemar dengan persahabatan kami, malah lebih jelas lagi tidak menggemari aku, kami tidak pernah memutuskan persahabatan meskipun pernah renggang dan terbebas jauh dari liang-liang persahabatan.

Bila ke sekolah tatkala di sebelah pagi, dengan beg berat begitu, hingga selalu terkoyak beg dan selalu juga beg murah dan tak berjenama itu jadi bahan ejekan kembar (terrosist di sekolah), dan bila selalu terlebih muatan, aku selalu meninggalkan buku teks di sekolah. Dan kerap kali juga buku itu hilang. Sedih.Bercampur sebak. Sudahlah bekas airku selalu dikerjakan orang. Kasut putih itu selalu dipijak pijak. Selalu dibuli dan selalu menangis.

2 kali setahun. Jumlah paling banyak beg ku itu diganti. Dibeli cukup di kedai cina di Bachok atau di Pasar Jelawat. Itu pun jika untung nasib, selalunya pakai apa yang ada atau cukup bertuah jika mewarisi beg abang atau kakak.
Mengenangkan semua ini, aku terasa seakan memberontak, kenapalah aku dilahirkan dari keluarga miskin dan tak punya apa? Milo itu makanan mahal. Susu pun begitu, yang ada sekadar tea o tea o, itu pun serbuk. Kalau dapat tea wangi (biasanya nenek yang belikan), pun sudah suka sangat.

Kalau nak bermewah sedikit, hujung minggu atau kebanyakan masa aku selalu menempek di rumah arwah atuk dan nenek. Yang sentiasa menyediakan bekal makanan untuk cucu nya yang sangat suka makan ini. Dan bila dilayan layan mulut becok ku, sampai petang, sampai sore, aku tertidur di pangkin. Lalu tidak pulang ke rumah. Indah masa lalu. Indah, cukup sekadar gulai ikan yu dan nasi goreng ikan rebus arwah nenek. Yang tak boleh diulang tayang, dan tak boleh berganti.

Selalu juga nenek menegur beg ku yang berat, hujung kain dan baju yang koyak, atau kasut yang sudah menampakkan ibu jari tersembul begitu. Senyum pahit, namun airmata sudah sedia mengalir di tubir mata. Cengeng. 

Cukuplah sampai sini.
Sungguh, Ramadhan ini, aku sungguh teringatkan arwah nenek yang berpergian menghadap Ilahi pada Ramadhan 2002.

Dan, bila hari ini aku melihat kasut yang berselerakan, baju yang penuh almari hinggakan tak muat nak letak barang sana sini, serta handbag yang penuh almari dan pelbagai saiz, terasa kasut dan beg satu ketika dulu sungguh membuatkan aku seperti hari ini.


May Allah bless us in such noble Ramadhan~



Jiwa Karat

Kalau jiwa dah berkarat, memang hati mudah sentap.
Cakap sikit merajuk, cakap sikit muncung.
Tak paham nya dalam merajuk2 tu, habis gak kek coklat 2 potong.
Tu pun bila mata aku dah pejam, dah puas muka monyok, lapar mengagau di dalam peti ais.
Selongkar apa yang patut.
Tak senonoh okay buat perangai macam tu pada birthday sendiri.

Itu malam tadi.

Nak dikira yang semalam punya kes lagi haru.
Free kena marah. Percuma! Tak kena bayar sesen pun!

Genap setahun plak tu kena marah free. Ingatkan setahun kerja kot dapat increment RM500 pastu 3 bulan lagi naik RM300 lagi. Okay itu membohong sunat*

Nasib baik aku ni kuli batak je. Kalau aku bos?! er..

Itu semalam.

Minggu lepas punya kes,

Muka lawa2, naik satria neo, sekali masa nak bayar tol, duk korek hidung. Kalau aku jadi jurutol tu confirm aku samak tangan dan confirm aku buang gloves yang dipakai dan confirm jugak aku tak pegang duit RM1.10 tu. Bluweekkk.

Tak senonoh okay remaja gadis2 korek hidung macam tu.

Okay itu minggu lepas.

Hari ni punya kes?


Aku asyik terkenangkan sorang kawan yang jiwang karat dan boleh tahan bangang vs bahlol. Nanti aku sambung di entry akan datang. Jeng jeng.

09 August 2011

sakit otak

bulan ramadhan ni mmg syahdu.
baru teringat roadtax expired lps raya.
dan baru teringat banyak benda yang nak dilangsaikan.
syahdu jugak bila tengok muka bos macam nak telan staf2 semua di bulan ramadhan.
yelah, tak boleh makan nasik, so dia nak telan orang la plak.
Mana tau daging manusia lagi sedap lagi dari daging kambing?

muka aku pun macam cencurut arini.
sungguh.
malas nak fikir pasal mangkuk hayun dan supplier mangkuk tingkat nih.
malas jugak nak ingat tengah tengok episod ke berapa"Mary stayed out all night"

banyakla malasnya.

Malas jugak nak memasak ketung ketang di dapur.
Tahun ni puasa dan ber ramadhan di bazar ramadhan sahajalah.

dari membuang beras dan nasik ke tong sampah, baik hulurkan duit merah ke peniaga yang berpeluh ketiak jam 4 petang di bazar ramadhan,
sambil menjana ekonomi negara.

sekian ulasan di tengahari lunch hour takde mood dan sakit otak kena marah free arini.

*kalu bagi bonus free 3 bulan sodap gak.

Bonus & Duit Raya?

Kesian bila baca status begitu.

Palsu sungguh senyuman tatkala membayangkan duit bonus setengah bulan, minimun rm 500 dan sewaktu dengannya untuk mereka yang bekerja government.
Aku sendiri dengan mood tak pasti nak hepi utk sape memandangkan hanya adikku yang meroyan nak kawin sorang tu je yang keje gomen. Eh lupa plak, adik ku yang mereng sorang lagi tu pun keje gomen gak. Lupa lak**

Abg, kakak dan aku semua nya bukan kerja gomen.
Mood sedih ke mood gembira?

Sebenarnya orang keje swasta ni semuanya dipandang serong dan dipandang rendah oleh makcik makcik dkt kampung, Orang yg keje2 gomen ni dipandang tinggi. Tapi sebenarnya makcik2 kampung ni tak tahu memang la dipandang tinggi mereka semua tu sebab mereka keje semua bgnn tinggi.

Walauapapun, bonus kami 2x setahun. Sekali bonus dpt 3 bulan gaji. OK itu palsu.
Paling koman dapat full sebulan gaji.


Ok sekian.

*Bonus ku bonus ku jua. Sekarang tengah berfikiran tamak nak buat apa bonus tu?

08 August 2011

Diam

Malas dan tiada mood untuk berbicara.
Sudah 7 hari.

Seakan membiarkan masa berlalu pantas.
Biarlah apa yang akan terjadi.
Cold hearted kah aku?
Tidak lagi bersungguh dan bersemangat bersahur. Tidak ada mood jugak nak gigih-gigih siapkan juadah berbuka. Tidak ada kueh mueh seperti tahun sudah. Tidak ada lagi tepung gandum bertepek di muka di kala petang dan paling kurang hujung minggu.

Mujurlah baju bajan raya anak dan ibu sudah disiap sediakan sebulan sebelum puasa. Tidak perlu terhegeh hegeh fikir last minute. Cepat sungguh Ramadhan tiba, aku percaya 3 minggu lagi pun masa akan berlalu secepat ini. Sekarang pun sudah terasa malas sungguh mahu berfikir tahun ini giliran siapa beraya?

Sungguh, malas.

Pergilah ke mana kau mahu pergi.
Aku tidak mahu ambil pusing.

Yang satu di hatiku adalah;
senangkan hati sendiri, setiap 2 minggu pergi spa, facial, mandi lulur, facial, mandi aura seri,  massage, niat nak kuruskan badan macam sebelum beranak dulu.

pedulikan tentang semua, yang penting hati senang!

06 August 2011

Ibu

Ibu,

kasihan sungguh pada seorang ibu. Bukan ibu lain, tapi ibuku sendiri. Tatkala dia mengharapkan dan selalu mengaminkan doa yang baik baik untuk kesejahteraan anak menantu cucu nya sekalian, dia tidak tahu badai sudah melanda.

rasa seakan bersalah seluruh hidup. setelah 28 tahun hidup, bertahun tahun juga tak pernah sedar bahawasanya anak ini lebih banyak memberi duka kepadanya. tidak pernah kami mengkhabarkan yang buruk buruk demi kesejahteraan hati dan fikirannya. namun, sampai juga perkhabaran melalui angin timur laut itu.

haih.
sungguh. rasa kesal, hubungan hari ini sungguh banyak cabaran, sungguh banyak noda dan pahit getir dari senyum manis sedikit masam. dugaan teknologi, perkembangan pesat. itu kira lebih bersyukur dari sesetenga horang yang terus terpalit di lampu lampu neon di disko di disko.

wahai ibu, sungguh..
sebelum lebaran menjelang,

kami ingin menyusun sepuluh jari ampun maaf dipinta. sepanjang perjalanan ini kami telah memalitkan luka padamu.

semoga diberikan kesejahteraan yang panjang dan berpeluang menunaikan umrah dan haji. Amin.

05 August 2011

Hama

Dari sebesar hama.

Rasa sayang berputik. Dari tidak kenal, dari jalan jalan Seksyen 7, dari lorong lorong uptown hingga ke nasi lemak Kg Baru.

Dari awal jalan, hingga ke hujung negeri, kau mengikuti. Sungguh pesan seorang ibu, carilah lelaki yang menyayangimu. Kata si ayah pula, waktu untuk kita menyedari dia adalah jodoh hidup kita apabila hati kita berkata " he's the one".

Ketika semua masih bersemarak dan aku masih punya kehidupan bebas dan masih di norma norma wanita, ketika masih punya kekuatan sendiri, ketika tidak pernah aku hulurkan janji, kau datang menghulurkan setia.

Yang tidak pernah aku tuntut.

Sakit demam batukku di ambil tahu.
Meskipun jarak selalu memisahkan kita, setiap hujung minggu dan masa bersisa tidak pernah sekali kau kehilangan masa bertemuku.
Menyusuri jalan jalan dan ke kedai mamak tempat kita bertemu dan bergelak ketawa.
Sungguh, suka ku nyatakan, dia lelaki paling charming.
Tidak pernah menyusahkan ku, walau sekadar mengopek udang di pinggan.
Tidak pernah juga meninggikan suara.
Tidak pernah juga lupa berus gigi dan roti ku.

Tentu aku dikasihi hingga hujung hayatnya.

Hingga meniti niti setiap hari ku bersama sapaanmu. Hingga kadangkala aku rimas dan selalu tenggelam dalam kasih sayangmu.

Hingga aku menyedari aku terlalu menyintai mu lebih dariku.
Hingga aku bersedia melepaskan apa sahaja.

Kerana kasih ku turutkan.
Lepaskan segala impian. Lepaskan kerjaya, harungi semua dugaan kerana ku fikirkan tulangmu kuat untuk menampung hidupku.
Demi janji dan percaya.
Sungguh!

Manis sungguh bila ku kenangkan cinta mu mekar di hatiku.
Hingga ijab dan kabul,

Hingga lah segala galanya bertukar mimpi ngeri.
Aku tersenyum juga,
senyum pahit.

Terima kasih atas segala kiriman memori pahit ini.
Dengan besar hati ku terima.
Dengan besar hati ku mudahkan langkahmu.

Jauh terbentang di hadapan.
Hidup anakku masih panjang untuk diperjuangkan.


Lari

Sungguh.
Jika boleh lari, jika ikutkan hati, sudah lama lari. Bungkus baju, angkut anak.
Namun, fikir kan rumah. Sayang pada rumah, brg2 rumah dan segala isi rumah kecuali lelaki ego itu.
Fikir banyak banyak kali.
Kenangkan segala benda.
Ku fikir rupa ibu yang telah banyak ku pasakkan luka di hati nya,
fikir rupa ayah yang telah ku hancurkan harapannya.
Terbayang pula soksek soksek di kampung,
malah menular hingga ke kampung kampung.
Malah hingga seluruh Malaysia seakan tahu tindakan tekadku.

Aku berhenti dari tindakanku.

Aku rasional. Aku waras.

Lalu teruskan kembali meniti kaca di sepanjang perjalanan.
Pahit. Namun masih aku berbekalkan sisa sabar yang sudah di penghujung.

Bukan aku seorang sempurna.
Namun aku adalah seorang manusia yang aku tidak meragui kekhilafan dosanya pada dia.
Tidak juga pernah dipesongkan syaitan berbuat maksiat
bilamana hanya ALLAH mengetahui ketulusan hati.

Hingga ke saat ini,
aku masih berpaksikan kebenaran
dan cuma aku yang sedar dan tahu betapa pahit hati ini tidak mahu meneruskan getir ini
lepaskanlah tali ini.

sungguh, biar bergegar tiang arasy
aku tidak mahu diperolok-olokkan takdir hidup lagi

aku mahu membina takdir sendiri.

lari,
anak itu lah nadiku selama ini.
bilamana kau mengheretnya bersama,
sungguh hancur hati.

tiada anak ku, tiadalah jiwaku.
1 Ramadhan penuh berkat ini kau bawa lari anakku.
ambillah apa sahaja namun bukan anak jadi taruhan.
meskipun diri dipergadaikan,
anak bukan gantinya.

Demi Ramadhan ini juga aku berdoa;

Ya ALLAH,
pimpinkanlah jiwa ini.
bawalah kami lari dari semua ini!


Allahuakbar, panjang sungguh 3 tahun penuh pahit dan duka ini.

anak yang berjaya dibawa pulang.

01 August 2011

1 Ramadhan & Ulangtahun

disusuli dengan rasa panjang dan tak berkesudahan.
hampa. kecewa. dan segalanyalah.
3tahun menyemai kasih.
badai melanda.
walaupun betapa pedih dan luka kau kirimkan.
masih teguh berdiri.
sungguh,

3 ramadhan
dan
3 ulangtahun
bersamamu
sungguh memilukan ku!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...