Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

23 August 2011

Perjalanan yang panjang

merasa dan menitip kembali kisah kisah dan perjalanan hidup seringkali mengingatkan pada perit dan jarang sekali terkenang yang suka dan manis.

sewaktu dulu, masa masih muda dan mentah, bila hati digula dan digulikan, malah diperbodohkan, disepak terajang oleh dunia orang dewasa dan berperwatakan menarik. masa itu, semua nampak tulus dan mulus. semua percaya akan kata-katanya. semua mengatakan aku "busuk", hina dan kotor.

pasrah juga bila kiri kanan,depan belakang menuding ke arahku.
 itu versi mereka.
lagi sedap bila bertambah garam gula, cukup manis masam garamnya.

awal usia 20-an, dikata begitu begini orang, usia masih muda dikatakan lupa usul. sedangkan di rumahnya hidup dan berteduh seperti lebih kepada sekadar menyewa bilik sekecil bilik stor itu. kerja sambilan yang dilakukan di sebuah restoran francais dan juga berhempas pulas bekerja dari seawal jam 9am hingga jam 1130malam. Juga masih dituduh berpeleseran.

Jarang jarang punya sarapan. Malah sudah biasa pulang dengan perut kosong, dan teramat segan menggunakan periuk belanga di rumah orang. cukup sekadar menumpang teduh, tidak mahu dituduh menghabiskan beras pula.

seawal usia begitu juga, didolak dalik dengan kawan yang sebenarnya backstabber juga makin memburukkan keadaan. khabar angin bertiup kencang. duduk di Kuala Lumpur sudah lupa segalanya. sedang aku tidak tahu khabar sedang enak diulang tayang kiri kanan hingga ke hujung kampung dan sanak saudara.

sedangkan aku di sini, betapa susah jika terkunci di depan rumah, tidak punya kunci, malah aku selalu berdiri hingga loceng pun sudah jemu ku tekan, hati juga terasa perit. namun kerana tidak mahu dan hati juga enggan merungut, ku tabahkan hati.

malah tidak pernah ku merungut biar semua baju ku sental sendiri, sedar diri ini menumpang, tidak pula aku meringankan tangan menggunakan segala kemudahan orang. itupun dikata aku ini pemalas. hanya tahu menumpang senang. aduh. ku telan pahit. ku telan mentah mentah bila mendengarnya.



sewaktu hari senggang juga, aku sendirian. kadang kadang bertamu dengan anak beranak nya membuatkan aku makin menyisih. seringkali disusuli dengan jelingan mata, aku seakan mengerti. hidup menumpang, begitulah.

busuk lah aku. wangikah engkau.
demi menolak semua busuk dirimu dan perihal keluargamu,cerita ku dicanang indah dan rapat rapat dari mulut ke mulut. perit. hati terasa lagi pedih. 

sukakah engkau, dan bertepuk tangankah engkau bila mengetahui keluargaku dipalit rasa malu begitu?

punyai kekasih hati di usia begini juga merosakkan segala.
hati yang satu itu ku lukai, malah ku tinggal bodoh bodoh sahaja, kerana sakitnya rasa sebuah kehidupanku dicemari noda fitnah.
tekad dan hancurnya kehidupan.

ku kirimkan kemaafan yang paling tulus demi semua hati yang hancur.

sungguh, saat ini aku masih menyimpan cerita botol arak berselerakan di bawah kamar tidur mu. sungguh, hatiku tidak sebusukmu. sungguh!

hati ini juga tidak pernah lupa bagaimana ibu itu menuding jari dan menyalahkanku.malah hati tidak pernah lupa bagaimana hati ini dikecewakan bilamana semua tidak berada disisiku. bilamana disalahkan begitu, bilamana diburukkan begitu, hanya tangisan yang mewakilkan hati pilu.

hingga saat ini, walaupun sudah 8 tahun berlalu, aku masih tidak pernah melupakan walaupun seinci cerita busuk mu itu.hanya kerana kau orang ternama tidak membuatkan kau mulia.

8 tahun lalu yang meninggalkan kesan yang mendalam dan menjadikan kehidupanku sekacau itu. yang meninggalkan luka, tidak pernah ku lupa. tidak pernah ku padamkan ingatan itu. masih segar, masih berbau busuknya kenangan itu. 8 tahun yang menjadikan paksi 360 darjah hidupku berubah.


cuma satu pesanku, 


"perjalanan hidup masih panjang"

Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis 


4 comments:

  1. kakak..

    pengalaman lepas buat kakak tabah kan..

    ReplyDelete
  2. sedihnya perjalanan hidup wan,takpe..org yg sabar sentiasa diberi ganjaran oleh Allah..pengalaman membuatkan kita tabah kan..

    ReplyDelete
  3. Miss~pengalaman itu la yg buat akak secekal ini. malah pengalaman itu yg merubah segala yg baik pada akak menjadi sebusuk2nya.

    ReplyDelete
  4. muni~sedih muni. hingga saat ini saya masih tidak mampu mengingatinya lama2. atau laju shj airmata ini jatuh berderai.

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...