Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

27 September 2011

Naz

Tarik nafas sekali lagi,
hembuskan perlahan lahan.


fikirkan yang indah indah,
selalu mendoakan yang baik baik,
mencitakan yang cantik cantik,


bertahanlah sekali lagi,
tatkala dunia kelam,
tiada siapa menyokongmu,
hiruk pikuk caci maki dan nista,


kuatkan hatimu..
sendumu bersambung airmataku di Malaysia,
perit langkahmu, roboh hatiku Naz,
berjuang demi kehidupanmu,
habiskan pengajian mu,
balik ke Malaysia dengan maruah Naz,
rahsiamu ku genggam rapat,
biar  hancur lumat jasadmu pun,
tidak akan kugeledahi rahsia ini Naz,


rahsia yang paling besar ini ku junjung amanatmu.


Biarlah dia pergi,
aku ada disisimu walau jarak kita beribu batu..

Cotton Voile

Material: COTTON VOILE
Kena lining

Bidang 60 - 3.5m

harga sehelai rm55 inc poslaju *poromotion price*




















26 September 2011

Gila

Bangganya kerana menjadi pekerja dedikasi pada hari sabtu,
mewahnya perasaaan tidak dapat digambarkan.

berjiwanya diri menghayati panorama jalan di pagi hari terutama bila hujan redup dan mata terasa segan nak buka apatah lagi nak kena air setitik dua. dan alangkah rasa cemburu bukan kepalang melihat tidur si anak tidak berkutik. bangganya jadi ibu dedikasi. bangganya menyarung baju cantik cantik ke tempat kerja untuk menghiburkan hati yang "suka" sangat kerja. heh.

masa ni mesti terbayang lagu "penakut" yuna dengan perasaan hiba mengikuti perjalanan ke tempat kerja,sungguh aku kagum dengan sikap bos mewujudkan keadaan streotype (muka streotype hari sabtu) di kalangan pekerja, dan sungguh macam "wah PJ aku yang punya" bila boleh parking sesuka hati di kala sabtu begitu.

wah wah, mewah mewah.suka suka.

wah, wah...
aku sebenarnya tatkala ini tahap penulisan dan kewarasan minda sudah bercampur baur dan pemahaman tentang psikologi dan mental terasa begitu dekat di jiwa.

aku nak tukar kerja!!!!!!!!!!



23 September 2011

Hak tui

Tak baik meludah merata merata,
tak baik pempuan pakai lawa2 pastu turunkan tingkap keta pastu hak tui,
ish ish.
mmg buruk laku..
sama jugak yang pakai makeup cun cun pastu korek hidung.
eeewww..

Pastu ibu ibu bapak2 siap slowkan kenderaan buang pampers ikut tingkap.
*ades.
Terutamanya highway.

terutamanya bila balik kampung
atau terutamanya bila kita meninggalkan kesan pada orang lain.

sebenarnya sungguh haktui bila tahu dapat memo kena kerja sabtu setiap minggu.
tahniah,mulai hari ini saya akan jadi pekerja cemerlang yang lap kasut bos,yang tiap2 hari datang dengan semangat gigih dan gaji saya naik 1kali ganda dari gaji sekarang dan saya berjanji saya tidak akan berani berniat pun calar kereta bos yang berderet dan berazam pakai baju lawa lawa setiap hari dan selalu senyumkan muka walaupun kena haktui dari bos.
sekian.

21 September 2011

1,2,3.

Tarik nafas, tarik lagi.
Sudahlah semalam semput mendengar maki-makian dan carut-mencarut yang sungguh indah dan menyelesakan telinga dan tekak. Hari ini pula pagi pagi menolak kereta menghalang laluan.

Bangun pagi berkemas sana sini barang berselerak. Tak perlu kira lagi stok baju bajan kayu kayan yang tidak terlipat. Anak oh anak.

Bila penat begitu, aku perhatikan tingkahnya.

Setiap malam sibuk menguruskan pengangkutan awamnya. Lori, bas,treler, kereta polis. Tidak lupa senduk kuali dikeluarkan, memasak sebelum keluar kerja agaknya.

Dah siap masak memasak ketung ketang, dia keluarkan handbag dua bijik, kasut dan selipar 2 pasang. Lepas tu dia bersusah payah keluarkan lori, bas, kereta polis, treler 2 biji, dan last sekali basikal dan kereta sorong.

Dua treler biru dan hijau (container besar ni) bersama dengan bas balik kampung.

Corner sana corner sini. Siap excident. Siap bercalar balar kenderaanya..Treler jugak tercabut tayar. Ades.
Siap baby tercampak dari tempat duduk.
Bila dah kemalangan, bersusah payah ambil hp nya call on tow truck.

"Hello. Koi kakak excident. Rosak"*koi tu refer kepada treler. Dah puas ajar nama kenderaan tu treler, bukan koi. Koi tu apa? Hard to explain.

Lepas tu mengangguk angguk paham. 
"Ok ok"
*Agaknya on tow truck dah promised nak datang pick-up.
*driver treler rupanya dia.

Hp dimasukkan dalam handbag. Tak tahu nak letak dalam handbag kanan ke kiri, last2 hp dimasukkan dalam raga basikal.
Sambil membetulkan rambut beliau.


"Hish rimas". *Kecik kecik dah pandai complaint rimas!

Dah eksiden treler dua biji dgn bas (nahas jalan raya yang mengundang maut ni kalu real ni sbb kenderaan berat), tiba-tiba kereta polis muncul. Pantas polis ni bertindak. Polis seorang je. Yang peliknya, sebelah polis ada anjing. Siap bunyi siren. 
*Polis oversea kot ada anjing duk sebelah ni. Maybe keadaan oversea ni. Hehehe.

Lepas tu dia kayuh basikal ke tempat kejadian (mungkin sebagai saksi kemalangan), masa tu dia menyelamatkan baby yang tercampak.
*sebenarnya tak pasti baby tu siapa yang bawa, penumpang bas ke driver lori yang bawa anak masa keluar bekerja? Fikirlah mana logik ok. kihkih.

"KESIAN baby, sape buat sape buat??"

Mula mula muka dia memang tragis dan dramatik, lepas tu pangggg bunyi. Terkejut aku tengok dengan tak semena-mena dia menyepak treler hingga bergelimpangan. 
"Satu dua tiga "dia mengira-ngira, ingatkan nak kira kenderaan kemalangan. Rupanya, bersiap sedia menyepak bas pulak. Aduh. Emosional betul saksi kejadian ni. Tak semena mena disepaknya kereta polis.

Tak sampai dua minit, dia susukan baby. Haih, confuse2. Bukan ke kena bawak pegi hospital dulu??


Moral dari perhatian ibu terhadap anak berusia 2tahun 8 bulan ini;

  1. bersikap waspada di jalan raya
  2. saksi kejadian jangan emosional dan jangan hanya tahu melihat saje tapi kena tolong jugak.
  3. si ibu iaitu aku kena ajar anak beliau itu supaya mengenali fungsi ambulans dan hospital*sebenarnya dah ajar, maybe tak berapa jelas.

p/s: sebenarnya, dia ni ada cita-cita nak jadi driver ke, sbb semua pengangkutan awam dia minat? Confuse.



20 September 2011

crepe wangi for sale

crepe wangi,
tekstur sejuk dan lembut,
gred premium.

PRICE: RM 70 SEHELAI.





untuk updates rujuk FB okay kwn2.

19 September 2011

Ingatan

Sekadar ingatan untuk diri sendiri terutamanya bila sering lalai dalam ibadat dan selalu terasa mahu cepat dan serasa mahu cepat juga ke tandas. Nauzubillah!


Sekadar berkongsi apa yang perlu, apa yang terbaca dan seringkali berasa banyak berdosa dari berbuat pahala.




DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD;

Pernah hayati? atau baca terlalu laju sampai tak sempat nak fahami maksudnya?
✔ Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
✔ Warhamnii (Rahmati aku)
✔ Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
✔ Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
✔ Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
✔ Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
✔ Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
✔ Wa’fuannii (Maafkan aku)
Doa yang bermakna bagi seorang yang bertauhid.



Moga sentiasa sihat selalu untuk sentiasa beramal dan mengingati apa yang hilang...

18 September 2011

Apa Khabar

3hari ini,redup. Langit hitam pekat.
Berfikir-fikir,akan hujankah atau gelap semata mengaburkan ekspedisi menjelajah open house.
Senyum sendiri bila dua hari ini suami banyak meluangkan masa bersama.


Saat ini dia kepergian dan bunyi hiruk pikuk di luar kesan karaoke dan kenduri kahwin mengingatkan aku tentang apa sebenarnya yang aku kehilangan, atau tanggunjawab yang tak tertunai.


Lantas, aku teringatkan Naz.
Naz, apa khabar mu di UK?
Musim apakah disana?
Dah makankah kamu?
Ata masih tidur?
Atau masih menangis?
Masih merintih dan selalu ada sebak di hujung bicaramu Naz?


Masih mencari dia Naz?
Percayalah Naz,


aku ingin berada disisimu, merangkulmu erat,dan berkongsi tangis bersamamu Naz.
apatah lagi bila kau jauh dari sesiapa. jauh dari segala cerita, dan jauh dari segala dunia.
apatah lagi bila kau mengasingkan dirimu Naz.


Naz,
percayalah, aku pernah melalui saat getirmu.


satu sahaja yang mampu aku katakann,
kuatkan semangat demi anakmu di dalam perutmu Naz.


Aku akan sentiasa mencari dirimu yang hilang Naz!

15 September 2011

Renung renungkan

Sekadar merenung di petang begini,


☑ Yang Singkat Itu WAKTU.
☑ Yang Menipu Itu DUNIA.
☑ Yang Susah Itu SABAR.
☑ Yang Sering Lupa Itu BERSYUKUR.
☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu LIDAH.
☑ Yang Berharga Itu IMAN.
☑ Yang Dekat Itu KEMATIAN.
☑ Yang Besar Itu HAWA NAFSU.
☑ Yang Berat Itu AMANAH.
☑ Yang Mudah Itu BUAT DOSA.
☑ Yang Ditunggu Allah Itu TAUBAT




Moga antara kita tidak pernah lupa kebarangkalian kita telah terjerumus dalam maksiat.


Moga dipelihara segala ibadat dan dilindungi anak beranak serta suami isteri dari semua ini. 


Tidak lupa ibu bapa, sanak saudara.








Renung2 kan, selamat beramal.

Japanese Cotton-HOT ITEM








Material : Japanese Cotton
Price : RM 60 each
Specification: Tebal dan tahan lasak. Corak lebih eksklusif dan menjadi buruan pelanggan. Grab it now.

More details;https://www.facebook.com/wan.collections

Kaftan-Fengsan

Kaftan ni siyes fengsan tgk sebab lawa-lawa. Sila jangan lepaskan peluang grab ni below market price tau. RM 40 je. Kain plak cotton okay. Sgt memukau dan sangat fast selling.

Grab grab,
boleh jenguk jenguk link FB saya jugak ye...https://www.facebook.com/wan.collections



















Material : Kain cotton
Price : RM 40

Kaftan-Gedik





Material : Kain Cotton
Price: RM40

cpt2 sebelum kehabisan sangat laku ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...