Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

16 December 2010

Rentetan Masa.

Mase form 4 (sila teka mana aku? mana Bulat?)

Form 5 (TEKA LAGI!!)

Gambar sewaktu Konvo degree yr 2007(may)


Bersama kawan2



Sdg tgk2 kain di jemuran~memulakan perniagaan sendiri dlm bidang batik pada awal 2007.



Rehat sebentar!


Macam kenal je kan? yg tgh2 tuh??



Tekunnya! tengs to my lovely cousin yg baik ati tlg i masa nih..



Dah jadi kemeja. Kemeja laki aku lak tuh!

Dari dpn


New improvement
Salam kawan2, hari ni rasa nak lyn blues gambar dulu2. Seronok juga imbau masa lalu. Terutama masa sekolah2 yg banyak memonteng & lompat pagar dari masuk kelas. Peristiwa kena kejar dgn Cikgu I.P (singkatan dari Ibrahim Pendek..sori cikgu!), kena denda oleh Cikgu Alias, dan bagai2 lagi. Terutama masa duk asrama ms sekolah menengah. Haih, rasa mcm nakal sgt la dulu! minta2 Delisha tak ikut pe'el mama bila besar! Waktu2 nakal dulu harusla punya kwn yg sekepala, Bulat, Nor, Mc Pah, G-hah, Marlia,Esid, Boya, dan ramai lagi(pastinya geng asrama)..tentula kami membikin kecoh dan kemarahan ramai pihak disebabkan perangai jahat kami. RED DEVIL gtuh. OK, sila tgk list rekod jahat kami di bwh:

*(KALAU TAKDE DLM LIST, bkn x bermaksud x buat, cuma x igt. Byk sgt kot! hauhauaha)

 saje aku taknak wat numbering, nanti korang kira plak! wah byknya...
  • Aktiviti di hujung khamis~okla, dulu2 di hjg mggu, haruslah mandi kolah*! bukan mandi ala2 gadis Melayu pulang petang,tapi siap masuk berendam gaya2 swimming pool. Pastu siap basuh baju, lompat tikam dalam tuh, siap mandi dgn suka ria dlm kolah besar tuh.Jahat benar kami. Sll jugak mandi masa prep! Memonteng je kejanya.
  • Mengular @ dorm~Waktu prep kami tdo. Ala penat tau blk2 sekolah kena perah tenaga utk mkn kat kantin. Lps kenyang,apelagi..sedap tdo. Msk dorm, kami tdo wpun loceng prep dah bunyik. Ngeh2..Bila spotcek??erk..berbirat kena rotan ataupun kena denda dekat court. Sape igt peristiwa denda dkt court thn 98'??Hauhauaha..
  • Pegi pasar mlm bila hari Sabtu~Syok, lari ikut lubang tikus semata2 nak g pasar malam dan menyorok2 ke sana. Wpun sll gak kecut perut ternampak kancil mama & umi (warden)..Erk!
  • Bila waktu Solat Berjemaah?~ kami ponteng jugak, kdg2 pegi, kdg2 mls, tu x pegi. Alasan period tak boleh diguna pakai. AMARAN! sbb ketua asrama yg agak gila kuasa ada caranya yg tersendiri check org period? peristiwa spender kena gagau? Hahhhahah..mesti mencetus memori kwn2 ku!
  • Bila hujung thn?~kerja kami mengular dan memonteng je sekolah, sbb kami semua kan calon2 SPM masa tuh, (patutnya kami wat revision), kami sll curik2 kuar ikut lubang tikus,siap ke KB lagik! hauhauhaha..naik bas, siap nyorok2. Peristiwa kena rush dlm dorm, siapa igt? Hauauaua..tulah, sape suruh korg x g sekolah, korg bantai tdo dlm dorm. Last2 mama naik dorm 1 bawa rotan! suruh kitorg bersiap g sekolah wpun jam dah dkt pkul 9am! tapi, kalu dah degil tu mcm tula..kami x pegi jugak wpun setelah mama beredar. Haih!( mengeluh sbb aku x sangka kami senakal tuh)..er,mcmn nak pegi,baju sekolah siap dah rendam!!
  • Menangkap pencuri?~ Dalam nakal2 kami nih,kami adalah antara penangkap dan guard dkt asrama, sggup berjaga di tgh mlm disebabkan gejala pencuri di asrama yg merayap msk asrama. Bertahun2 jaga, siap tdo dgn penyapu. Last2 sekor pun xdapat pencurik jantan tuh! huh!
  • Panjat pokok pauh/ mangga?~Kerja ni biasanya diketuai oleh Mek Pah! Panjat memanjat? sila serahkan pada dia jugak. Pokok ni mmg ada dlm asrama. Betik pun tumbuh dgn mesra dan gagah sbb "baja asli"!
  • Masuk kantin amik tembikai??~Ini kerja aku, mek no n bulat. GENG 3 SERANGKAI. all master mind! Alasan Bulat" ala..takpe,kita amik nih mcm kita kira yuran kita lah utk setahun!" perhatian, siap guna ayat "amik",siap redeem tembikai utk setahun, x kira brp kali amik! of course la, tanpa pengetahuan penjaga kantin! amik waktu mlm ok..Mintak halal semua!
  • Guna telephone asrama sampai bil cecah ratus2?~SAPE punya kerja kalau bukan aku, mek no, n Bulat? Hanya kami je yg tahu cara msk kan duit, cakap lama2, duit tu keluar balik. Masuk 20sen je ok! Ampun, mintak halallllll!!!
  • Setinggan di dalam dorm?~Siapa pun takkan pernah lupa pd waktu tgh2 mlm mama dan umi buat rush banteras setinggan dlm dorm. Berbulan2 jd setinggan kdg2 nak setahun?, tentulah kena rush! aku ada katil sdiri, aku tak suka tumpng2, tp ada kwn2 aku suka tumpang2 katil org,aku xkisah ditumpang. MARLIA, Pah, Bulat (dorm lain ok siap dok msk setinggan dorm aku)antara penumpang setinggan tegar. Last2 tgh2 mlm yg dingin sume berbirat kena cota. HAHAHA..Marlia siap menonggeng bwh katil dgn alasan "cari duit syiling jatuh" dlm gelap tu kwn2!
  • Sabtu & Ahad~ Waktu basuh baju! Iyeh, biasanya kami lps membuta smpi pkul 9,10 am barula terkedek2 bwk baldi penuh kain,berus,dan sabun basuh. Siap berkemban, kami sume amik turn msg2 dan menyental. Lps menyental, kami suka hati jemur kain dkt pagar asrama. Lps tu mula aku panik bila nk angkat kain, kain bj sume xde??Bkn aku je, Bulat pun sama. Rupa2nya baju kami dah kena cekup oleh mama. Huh, siap kena duk kat tgh court kena denda sbb jemur baju di kwsn lrgn. Ngeh2. Wpun dah kena denda, muka kami mmg tebal kan, ptg2 tuh sll beli kopok lekor (pnjat pagar berduri lg!). yg peliknya, yg pakai kain pun berani panjat? Haih!
  • Kisah Burger Malaysia~Kalau kwn2 nk tau,kerja budak2 asrama ni asik lapar je wpun mkn byk kali (5x sehari), tetap lpr gak sbb ikut schedule. So,mknn ptg sll kami tguu sbb makcik yg naik beskal(penjual Burger Malaysia) tu amatla sedap! Kami sll menipu sggup ulang alik msk kantin sbb nk burger malaysia tuh. Kalu korg nk tau, intinya sambal ikan bilis je, rotinya roti goreng je. Tapi? RASANYA? FUH!!!terangkat! Minta halal jugak kawan2, sbb alasan Bulat ms tuh "ala takpe,kita amik utk giliran kita yg dah lps yg kita tak amik tuh, ala..tak pun, utk kwn2 kita yg tak amik mkn ptg tuh" ini dipanggil CARA MENGHALALKAN MATLAMAT!
  • Peristiwa Orkid & dalang nya??~ Alahai, penyelia asrama, sblm memulakan kisah ini, minta ampun dosa2 kami (mencetus kontroversi)di pagi hari pd waktu bersekolah merosakkan orkid2 mahal mu. Masa tu, Marlia yg mula buat pe'el meroyan, dia main getus* bunga2 orkid yg bagai2 warna tuh. Si orkid lak mcm suka sgt dipetik2, memanggil hampir kesemua jin2 bersaudara(kami lah tuh) memetik dgn suka hatinya. Dan apa yg jadi kwn2? Keesokkan pg nya, penyelia mengamuk dan buat spotcek ke setiap ceruk asrama. Yg plg kelakar tuh, kami sume takut kantoi, siap sumbat orkid dlm beg sekolah dan poket baju sekolah. Tapi??TAPI??KANTOI! sbb Marlia, ada ke patut kwn2? dia letak orkid dgn bangganya atas meja study dia dlm bilik prep? NATIJAHNYA....korg x yah pk la..tentula BURUK AKIBATNYA apabila merosakkan tanaman kesygn org! Dulu kami anti penyelia tuh sbb kerek, bila igt blk skrg, salah kami lah! :)
  • Dorm 6 dorm berhantu???~ dorm 6 berhantu kan kwn2? sbb takut dan mengada, ramai yg guna alasan utk setinggan di dorm lain. tapi, mmg betul dorm tu berhantu. Agak mistik, aku xnak cerita..


Okla, kawan2..nanti aku sambung lain kali. Takut byk sgt nk reveal kejahatan2 ms sekolah dulu. Ekekekkeke..

Yang positif byk jugak kwn2..tp, sbb taknak riak. Taknak la tulis kat sini. hhehehhe..Hingga jumpa lagi..






DAN MEREKA2 YANG TERLIBAT DI ATAS MERUPAKAN ANTARA CALON SPM YANG BERJAYA DGN CEMERLANGNYA WPUN MMG LA JAHAT DAN NAKALNYA DI SEKOLAH MENENGAH DULU.

*mandi kolah @ dlm kolah~tidak dibenarkan di asrama ok!
*setinggan di asrama-istilah digunakan pada penghuni yg menumpang katil org lain spjg   tahun
*getus-petik

8 comments:

  1. makkkk aiiii!....cian org yg jd mangse kak fisah ni....huhuhu

    ReplyDelete
  2. makkkk aiiiii.....seramnye...dasyat tol kenakala nye...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Biasala, dah nature nakal ni ssh sikit nk ubah. Itu dulu la..hehhehe

    ReplyDelete
  4. salam'alayk.
    saya singgah..

    ermm..boleh tak saya tanye ye?
    wan nie umo brape ye?
    saya mntk maaf, tp wan slalu panggil saye, "kakak.."

    bila tgk pic wan, dan wan dah bersuami, dah bekerjaya dan berjaya, saya rasa berbangga. rs segan bila wan panggil saya akak. :)

    umur saya 21. sedang belajar lg.

    maaf ye, saya cuma nak tahu.
    terima kasih..

    apapun, saya impress dgn wan yang dah bekerjaya.
    alhamdulillah..
    tahniah!!!

    :D

    www.umairahshafei.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. waaa kenangan tuh..nak colour batik...semangat oh i wat keje...

    ReplyDelete
  6. salam umairah, sy panggil kakak sbb sy hormat tulisan awak. gaya penulisan tu haruslah seorg yg senior dlm penulisan, kakak bkn utk umur, tp kakak utk gaya bhsa yg indah dan matang. :)
    Btw, im 27! ngeh2..

    ReplyDelete
  7. ain, dulu2 seronok kan. happy je? wish that i could turn back time. :)

    ReplyDelete
  8. Sah..jangan diungkap lagi kenangan lama..sedih bila teringat...uwaaa....lg 1,tkt malu kat anak2...hahahahahahah

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...