Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

29 December 2010

Sebak. Sunyi.


Tertekan

Afraid women

Trauma daughter


Entry lewat mlm.

Bila ditengking2, hati mana rasa tidak tersayat. Hati wanita mana rasa gagah?
kasihan padamu wanita, diherdik sebegitu rupa. Dimaki sial, babi dan segala mcm. Namun kau masih bertahan.

Kau dikatakan ambil kesempatan, dikatakan rumahmu itu mcm tong sampah? Tentu tertanya2 sendiri, dimanakah sampahnya? di manakah ulatnya? Masih gagah kau berdiri biar hatimu dirobek, kau masih sabar. Dituduh celaka, kau mencelakakn hidupnya. Disitu tentu kau tertanya dimanakah pengorbanan kau selama ini. Tiadakah yg manis ttg kau? Kau ketap bibirmu rapat2, menahan rasa. Bersabarla, Allah itu ada. Aku juga ada disisimu.

Bila aku kata kau tidak tahu berdikari, kau kata suamimu tidak benarkan kamu hatta utk buang sampah sekalipun. Bila kau minta suamimu tolong, suami mu kata kamu jadikan dia hamba. Bagaimanakah sabar kamu itu begitu tebal hingga aku tidak bisa memahamimu. Meskipun hidupmu derita, kamu bersabar, di saat mengetahui lelakimu menjadi petualang hidup.

Demi anakmu masih kecil, kau masih redha, walau aku yg melihat terasa amat payah. Kau dihentak kepala, diseret seperti hamba, kau masih sabar. dan hati aku lah yg mengajar mu buat report polis. Apakah kasih mu padanya begitu utuh hingga sebegini kau sanggup diperlakukan? Kamu juga bilang" esok2 aku percaya, dia akan dtg semula padaku, aku tahu" dalam nada sendunya. Dan, memang lelaki itu pulang kepadanya, seolah tiada duka dia titipkan buat sahabatku. Aku menahan tangis melihat dirinya begitu percaya amarah dan mulut jahat suaminya bersifat sementara. Iya, bila mood menggilanya dtg, begitulah drama dalam hidupnya. Bila mood dia ok, sgtla memanjakan sahabatku. Oh..aku juga rasa mahu gila melihat semua ini. Yang manakah yg palsu. Yg manakah yg benar?

Bila aku dengan nada terpaksa menyebut "kau minta fasakhlah", dia sebut " aku masih sayangkan dia, aku minta dia berubah, aku mahu berikan peluang walaupun berkali2". Hati aku yang terkedu. Sabarnya kamu. Apalah daya aku lagi? Walaupun hati aku pahit dan memang aku tidak meredhakan perlakuannya membinatangkan kamu, aku seakan tidak mahu percaya itu kamu yg aku kenal dulu, yg ceria dan sgtlah gembira ditimpa dugaan sebesar ini. Moga Allah beri kamu hikmat yg tidak terhingga selepas ini.










Sumber gambar~FOTOSEARCH, TQ~

4 comments:

  1. kesiannya kawan wan tu..camne lah dia boleh sabarkan..

    ReplyDelete
  2. Ye Kak su, hati luluh lihat penderitaannya. Moga2 suami nya berubah, berbaloi dgn derita di tanggung.

    ReplyDelete
  3. Hans-thanks for comment. hem, tula..den pom raso den x bulih nak sabar mcm dia..

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...