KURUS SELEPAS DIPUKAU??
(kalau kurus macam Marion ni kena pukau,pukaulah aku berkali2..)
Entry akhir tahun ini demi mengimbas kembali tahun-tahun yang sudah berlalu namun masih seperti baru.
Tahun 2007, antara tahun tahun yang agak menggila. Untuk aku. :)
Satu rembang petang di Jalan Pekeliling, bas ke Temerloh. Panas, bunyi enjin bas yg berderum kuat. Berbekalkan sebotol mineral RM1.50, dibeli di gerai2 kecil di tgh2 Stesen Bas Pekeliling tu. Bas berjalur merah hati ditunggu2 telah bersedia memulakan perjalanan. Tempat duduk tepi tingkap, feveret aku. Cpt naik, cpt dpt tpt duduk. Sblh kiri. Sedang baru mahu berehat, lepaskan lelah, ku toleh ke kiri bas dan itulah lambaian terakhir seorang lelaki utk minggu itu.
Mahu pejamkan mata, menunggu sejam utk sampai ke Stesen Bas Bentong. Namun, terganggu. Wanita di lewat 30-an melabuhkan tempat duduk di sblh ku. "Air??" Pelawanya di saat aku menoleh ke kananku. Aku geleng sambil tersenyum. Aku pun punya mineral. Hem. Lps tu, aku terasa pahaku ditepuk mesra kakak bertudung itu.
Betul-betul dah sampai Hentian Bas Bentong, aku terjaga di saat bas sudah memasuki bumbung Bentong. Terpisat2, dan agak kebingungan. Namun, masih menuju ke kereta abah (bapa angkat ku di Karak). Mak pun agak pelik lihat aku terus menuju masuk ke kereta tanpa bersalaman spt kebiasaan. Mulalah aku sedar 100%, kelam kabut buka dompet di dalam beg. Sah!!! RM250 terbang!!!!!!!!!!!
Namun aku masih bersyukur di sebalik semua ni, aku sekadar dipukau sekejap, dan sampai ke destinasi. Kalau aku kena pukau bertahun2? Jadi mangsa pemerdagangan org?Waaaaa!!!?? Aku tak nak fikir!!!!! Dan moga2 sesiapa yg amalkan pukau2 ni get his pay. Lepaskan org yg dipukau tu, kembalikan kepada keluarganya. Banyak kes dah berlaku. Hilang, dan tak pulang2.
Andakah mangsa seterusnya??? Beware. Jgn pandang mata strangers. Biarlah malu2 kucing. Hahah.. Entry ini utk cik nia juga..http://niakhairudin.blogspot.com/ . hehehe..
Till we meet again.
Sumber gambar- KOSMO ONLINE 26 Mei 2009.
Sumber gambar- KOSMO ONLINE 26 Mei 2009.
No comments:
Post a Comment
Silalah komen, jangan malu segan.