tit..tit...bunyi mouse komputer ditekan bertalu3..hem, pagi hari ni hujan renyai2 mewarnai pagi kami bertiga( acha, abg & aku)..terus selepas menghantar juadah meniaga hari ni, terus ke PJ. Working on Saturday?*sigh..
lalu, terimbas musim2 kenangan berniaga bersama mek, tidak mengira musim & bulan..
Dulu, masa nak hantar akok*, biasanya aku tukang pegang tupperware, akak yg jadi driver x bertauliah naik motor DAB6872 tuh. Berhujan berpanas kami semata2 kerana nak hantar akok tu. Yang pasti, akok mek menjadi bualan hangat sehangat jualan nya! Gerai ke gerai, kedai ke kedai kami singgah. Ramadhan tiba, gerai di tepi jalan besar jadi pilihan mek. Bertapala kami adik beradik menunggu org lalu lalang beli juadah berbuka. Kami satu2 nya kedai kat situ, yg lain2 jauh ler..Hujan, kami basah, kadang2 kuyup. Bila panas, kami dahaga, sbb PUASA kan. Takkan nak makan pula. Dari situla, aku belajar buat ondeh2*,puteri mandi*,butir nangka* masak kari percik ayam, ikan, dan bermacam2 juadah lain. Mek juga pakar dalam masakakan2 lain. Terutamanya pulut. Maklumla, mek org yg rajin. (tak macm anak2 dia..hahahah)..
Wea pula adalah penggemar pulut mek dan ketupat tiga bucu mek. sedap! sampaikan org nk order bila raya, mek selalu mengelat, sbb pulut2 ni memerlukan keadaan sepi, tanpa mulut2 becok mengkritik & tanpa ganguan..(itu keadaan sesuai dan selesa utk Puan Saidah ye)..Mek, memang lah seorang yang amat cermat & bersih pembuatannya dr segi makanan. Adik beradik ramai, kerja kami memang suka makan beramai2 dan berebut2. Terutama bila mek buat kuih macam2,sambil2 nak jual, kami songlap ngap dalam mulut. Budaya makan beramai2 atau berhidang ni memang budaya kami sekeluarga. Diterap dan diamalkan sehingga sekarang. Oleh kerana kami adik beradik ni ramai, kami selalu pegang konsep" igt org belakang". Bila waktu makan, masing2 berebut, hinggakan nasi yg seperiuk selalunyala kena tanak lagi. Ada yang tak senonoh tu, siap makan dalam periuk, malas ambik pinggan punya pasal. Tapi, semua tu nostalgia..Yang pasti, seronok makan beramai2 menikmati juadah hasil air tgn mek dan gotong royong kami adik beradik.Dalam soal2 meniaga dan makan2, wea adalah silence supporter. Tapi aku tahu sebenarnya wea kagum dgn semangat mek. Semangat dalam pelbagai aspek.
Masing-masing tak pernah harap pada imbuhan, asalkan hasil jualan memberangsangkan, serta dapat tumpang2 makan, itukan dah rezki namanya. Dulu, sekarang byk bezanya. Tp alhamdullilah, kami semua masih balik kg, mkn ramai2, lepak2 di atas pangkin menunggu petang, sambil2 mkn cekmek molek*, atau makan colek pauh*. Silap2, ada nyiur muda dijadikan mangsa untuk minum petang. Biasanya, yang jantan2 nila yang akan memanjat pokok kelapa. Kimi, Husairi, & Ani (nama manja utk Husaini) aku selalula tgk panjat pokok kelapa. Wea & Abe?? erk..tak pernah tgk. Yg pastinya yg dekat bawah2 ni tak sabar nak tggu buah gugur dari pokok. Biasanya, setandan itu pasti!! Hhehehehe..Kalau dibeli tentu mahal kan!
Mek, sampai skrg masih bercucuk tanam, cuma sudah tak berniaga macam dulu. Sebab skrg pembantu2 terhormat dah kurang (akulah tu..uhuk2..), tinggal Yuni & Teh je. Operasi kutip timun pun perlukan tenaga yg banyak, mana lagi nak meniaga bulan puasa bagai. Huhuh..
Bila tiba Ramadhan, sekarang, yang pasti kami semua jauh atau dekat, tak pernah lupa, tak pernah lepaskan peluang berpuasa di kampung. Sementelah si suami sangat gemarkan suasana berkampung di Kelantan. Damai, katanya.
" Bulan 12 ni,ada bonus. Jom, cuti?"suami said
"mana? nak kena surf dulu tempat kat mana, kos berapa" ini aku said
"balik kg daaa...."suami said
aku plak yg termalu sendiri..hahhahah...bagusla, dia lebih ingatkan kampungku dari aku. Padahal aku rasa aku ni seorang yg sarat dgn nostalgia. Hem, Disember..tunggu aku!!
Dan, sekarang..disebabkan selalu dan sentiasa diterap dgn jiwa bisnes akhirnya melekap kukuh di jiwaku, semangat bisnes itu sentiasa ada dan kekal setelah dibajai dan disemai oleh mek. "Thank You mek, kalau mek tak paksa sah angkut nasi lemak, nasi berlauk masuk dalam beg sekolah (darjah 1, okey?), tentu sah tak pandai meniaga sampai sekarang..."
Sekian coretan kali ini..sehingga bertemu kembali!
*akok-sejenis makanan berasal dari Kelantan yang diadun menggunakan telur yg byk(supaya lg sedap), dibakar dgn arang dgn menggunakan bekas bahulu(tembaga).-ini mengikut pemerhatian & pengalamanku memerhati mek memasak. hehhehe..
*ondeh2-buah melaka, biasanya berwarna hijau, berintikan gula melaka. sedap! mkn pns2! ouch..melecur lidah! :)
*butir nangka,puteri mandi~masakan Kelantan jugak. memerlukan kelapa yg sedang2,barula sedap! manis? tentula!
*cekmek molek-dibuat dr ubi, dilecek2 dan dibentuk dan disi gula. pergh, sedap mkn pns2.
*colek pauh-mangga dibuat mkn colek la..
No comments:
Post a Comment
Silalah komen, jangan malu segan.