Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

02 December 2010

Hujan. Banjir. Bah. Tengkujuh.

Hari ni mood blog datang. Pegi tandas, sambil2 intai cuaca dekat luar. Maklumla, musim hujan. Kalau lambat 1 minit pulang pun, dah tersangkut dalam jln raya. Huh! Mengeluh tu mmg tak baik. Sape suruh merenyam keje dkt K.L? hem, air hujan mulai menderu kuat di luar. Bagaimana khabar kampungku di pesisiran pantai?? Mujur, alhamdullilah,kampung itu tidak pernah dilanda banjir teruk hingga rumah ke tgh laut, nauzubillah minzalik! kepada mangsa2 banjir, awasi anak anda. Jangan berpesta air!

Aku kembali teringat zaman kanak2 dulu. Tentunya sbb hujan. Bila musim tengkujuh, tanaman timun, tembakau, lada( cili hijau/ cili merah dipanggil lada di Kelantan), labu ditenggelami air. Jika bernasib baik, hasil tanaman dapat diselamatkan. Jika tidak? Leburlah usaha si ibu ku. Masa tu kami semua kecil2, kebanyakkan kami semua sibuk bermain di celah2 rong @ batas2 tanaman. Asyik, bermain lecak. Waktu ini juga, ikan sepat, keli, haruan, serta berudu memang dengan meriah nya memenuhi sekitar rumah & kawasan2 rendah.Seronok meniti parit ke parit, kadang2 sampai terbabas ke tepi pantai. Air laut yg naik hingga ke tebing tidak pernah membuatkan kami adik beradik serta sepupu cuak. Malah, kami dengan girangnya naik ke atas tebing2 kuala menunggu tebing runtuh dan kami tergelungsur ke bawah, terjerebis(terjerumus) ke dalam kuala. Jika ke dalam kuala, air nya memang la dalam. Kadang2 kuala ni terbentuk sendiri bila hujan. Kuala menjadikan air sungai & laut bertemu. Macam "dating" gitu. Hehehe..

Bila basah2, kami semua masih tak sedar, ditambah dengan kenakalan abg ku serta abg sepupuku menghalang kami pulang. Bila pulang ke rumah, semua dapat habuan masing2. Berbirat badan, terutama si sulung, sbb diala yg membawa adik2 nya. Sebab balik baju basah, washing machine takde, kain bergentanyangan di tgh2 rumah, ada tali pjg berjuntai2 dalam rumah. Mek* akan buat tali lembu sebagai penjemur. Tak macam sekarang, tekan je..ti tit..dah siap!Hahahah..Oh ye,aku serta kakak yang selalu menjadi mangsa kenakalan mereka berdua. Tak lupa juga sepupuku Linda. Sebab nakal yg teramat, mereka selalu dikejar beruk terlepas yg meroyan! Ada juga kebaikkan dalam kenakalan tuh, kami berjaya membawa hasil tangkapan dengan jayanya. Contohnya puyu,sepat,haruan tu akan disiang3 serta digoreng kunyit. Semua makan dengan bangganya wpun selepas kena tali lembu oleh mek. Hahahahah..

Masa musim tengkujuh ni, nasib nelayan juga akan berubah. Pendapatan kosong. Mahu tak mahu, dalam mengira2 duit syiling di dalam balang, masa tu lah hati para nelayan digamit rungsing. Musim2 tengkujuh ni jugak, mek akan menyediakan makanan MUSIM BAH: ubi kayu rebus, kopi "o"( kegemaran mek, heavy caffein taker), kelapa sedang2 x tua, x muda, (kelapa sesuai utk dibuat kueh), kelapa tu akan diparut guna pemarut yg ada tempat boleh duduk, macam kuda tu, sebab dulu takde mesin kelapa mcm skrg. Pastu ubi kayu direbus, dicicah dengan kelapa taruk gula garam, pergh! sedap! Seronok, aku rindu betul zaman kanak2. Mek juga tak pernah lupa satu lagi menu, "ubi setelo rebus" yg dibuang kulit dimasak bersama gula, sedap! Tak lupa arwah nenek(al fatihah), yg selalu masakkan ikan yu masak lemak. sedap tuh!!

Terliur heh!


Masa hujan juga membawa kenangan berbeza sewaktu di bangku sekolah, bila hujan..wea* akan berkali2 buat round trip untuk hantar kami adik beradik ke sekolah. Maklumla kami ni ramai adik beradik. Sebab dulu ada kapcai WM 1993 je, motor kapcai yg penuh memori. Sekarang motor tu masih dlm keadaan elok, dihadiahkan pula pada yg lebih memerlukan, jiran sekampung yg jauh merantau dr Indonesia (Abe Amin) dan berkahwin dgn org kg(sebenarnya Kak Jah tu x ubah seperti adik kepada mek). Masa hujan tu wea juga akan bawa kapcai tu perlahan2, kadang2 kena tempias air lopak bila org berkereta bawa laju2,( masa tu dah pasang niat belajar betul2, beli kereta utk wea), aku pula tentu masukkan beg sekolah dalam plastik dan kami terpaksa berhenti banyak tempat bila hujan lebat. Sebab sekolah aku lah yg plg jauh. Kasut pun masuk dalam beg takut basah, sbb kasut pun ada sepasang je. Nanti cepat pulak koyak nya bila berbasah2.Kenangan masa hujan amat bernilai sebenarnya.

Dulu, rumah tu tak kira panas ke sejuk sebab hujan ke( dulu mana ada kipas, tv pun black & white je), rumah tu tetap sejuk sebab dikelilingi pokok2 merimbun. Sekarang, rumah tu macam rumah momok..hahah, sebab on-off je dihuni oleh penyewa, maka bila tak berpenghuni, agak creepy juga terutama waktu senja. Terdengar seperti ada org ketuk pintu "Idah..idah"-Ala2 wea panggil mek bila dah sampai rumah, padahal wea x balik lagi pun..OK, cukupla cerita creepy tu. Dalam tahun 90'an kot, wea beli tv baru 14 inci yang berwarna. Seronok bukan main kami adik beradik. TV la segala2nya. Masa tu tv tu ibarat PS2, laptop, internet zaman skrg ni! Hehehe. Sambil tgk tv( kami semua dah jadi hantu tv sampai kan mek selalu tutup tv masa kami syok2 layan Hantu Jepun sbb nak suruh kami mengaji), kami juga akan makan biskut tawar petak2 kecik cicah dgn tea-o! masyuk! Wah! nostalgia.
Sekarang, tv semua dah flat screen, adik2 pun dah pandai main PS2, erk! Semua dah besar, skrg zaman teknologi, IT, bila hujan layan tenet la korg. Makan minum kopi-o bodo(pahit lak tuh) pun dkt starbucks, bknnya dkt rumah lagi.

Sekarang, pada tahun 2010, musim hujan & tengkujuh masih membawa cerita sama cuma sudah byk pembaharuan positif. Mek masih bercucuk tanam, kalau tak bercucuk tanam, sakit badan katanya. Wea sudah punyai kereta, adik2 (3 org masih bersekolah menengah & rendah)pergi sekolah pun sendiri2, sbb dah ada motor sendiri & bila hujan tak perlu berbasah2 sbb wea akan hantar dgn kereta. Cuma, satu hajat di hati..biarlah wea & mek pergi haji pula nanti. Amin Ya Rabbal Alamin..Moga2 kami adik beradik sentiasa berbakti untuk mek & wea...

Sekian,coretan kali ini.


*mek-panggilan utk ibu, membawa maksud" sayang" dalam dialek Thailand, biasa didengari di Kelantan & sesetengah tempat di Terengganu.
*wea- panggilan kepada seorg ayah yang biasanya berketurunan "Wan" akan dipanggil "wea".

6 comments:

  1. hahaha baru ku tahu makna sebenar mek..kui kui ohh mek sah...

    ReplyDelete
  2. Ain, oh mek ain! itula, asal je Kelantan..maksud "mek" pun tak tau. Xpe2, belajar semula.. Awe utk ape??Hhehheheh..

    ReplyDelete
  3. awe tu panggilan tuk laki 2 j yg i tau..huhuhu..

    ReplyDelete
  4. sweetnya kenangan masa kecik.. ubi setelo rebus makan dgn gula + air kopi best nye..

    p/s byk komen blog wan?hehe..ada apa2 ke ni

    ReplyDelete
  5. Wan- saje je..hehe..bosan2..tu yg terus komen2 semua lucu kamu tuh..

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...