Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

23 June 2011

X-FILE

Pagi yang hening dan terasa sungguh sejuk. Tak perlu pakai penghawa dingin jika selalu sejuk begini sewaktu memandu ke tempat kerja.

Perjalanan yang singkat terasa panjang ditambah dengan kesesakan jalan raya dan berlaku pula kemalangan di susur LDP. Ditambah lagi dengan keperihatinan pemandu melihat mereka yang disaman akibat naik motor tapi memandu di lorong kereta. Macam macam.

Sambil dengar HOT FM. Aku tergelak terbahak bahak dengar Ucop Wilcha bacakan info trafik. Siap membebel lagi. Pagi yang sentiasa ceria begini kan bagus. Sambil aku tengok kiri kanan, sambil aku buka kacamata yang baru ku beli Dolce & Gabbana kau. Bak kata Kak Long "Bajet mahal. Padahal 10 hinggit je". Wahahahahhahahhahaha.

Waktu itu aku baru perasan sebuah kereta MPV hitam mencilok cilok macam setan. Jalan jem ko nak cilok apa nya. Bengap. Kalau aku jadi polis trafik memang aku saman je mamat tu. 

Sempat lagi aku balas sms dari Naimah, ajak aku bertandang umah dia hujung minggu ini. Sungguh best sungguh jika aku tidak bekerja. Macam hampeh kerja on saturday. Aku pasrah je. Kang tak pasal pasal jadi pekerja rekod terburuk. Eh bukan ke? Hihihi.

Tengah tengah layan lagu sedih Hazama dekat Hot Fm, tetiba aku terpandang MPV Hitam itu di sebelah ku. Memang aku pandang tak puas ati kat kereta begitu. Kerek seh aku nih. 

Bila ku amati betul betul,pemandunya itu sedang memandangku dan menurunkan cermin kereta. Waktu itu, hanya Allah je yang tahu. Redup pandangan matanya. Dan dia mengangguk kepadaku. Sambil tersenyum pahit.

8 tahun. Setelah 8 tahun.
Bertemu kita di dalam haluan jalan yang sama, namun berbeza haluan hidup.

Yang pasti dia berkemeja. Bertali leher. 
Ke pejabat agaknya.
Dari manakah dia?
Kerja di manakah dia?
Bagaimanakah dia?
Im sure he's doing fine, very fine.

Bukan chef lagi kah dia?


Hinggalah kereta di belakang kami hon berkali-kali. Aku masuk gear dan memecut meninggalkan dia dalam kesesakan. Cara itu seperti cara 8 tahun lalu. Sebagaimana aku kejam meninggalkannya.

Maaf, kita semua sudah berbeza dan punya haluan masing masing.


Cuma, aku sentiasa mahu dia tahu aku sungguh sungguh memerlukan kemaafan yang paling agung dari nya atas kesalahanku 8 tahun lalu.

Plat kereta nya pun tidak ku tahu. Rupanya MPV hitam itu lah pemandu setan tadi. 

Dialah yang kutinggalkan dulu. 


Ini sungguh file X.

4 comments:

  1. haha.amboi,online kt tmpt keje le ni.hehe.wah,ada pgalamn luka lalu rupanya.

    ReplyDelete
  2. owhhh..ingatkan kekasih lama...suka the way wan bercerita..very dramatik n suspen..hehehe

    ReplyDelete
  3. rozuan~pengalaman sedih. sedih sob sob.

    ReplyDelete
  4. kak su~alamak, itu mmg kisah benar la kak su. mmg betul X. erk.

    ReplyDelete

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...