Pages

Pengikut2 TerpaksaRela

20 March 2013

Cerita Duka

*kisah ini ditulis setahun yang lalu. tanggal 14,februari 2012.

Duka. Tiada siapa berhak untuk definasi duka untuk kisah silam kita. Hanya kita yang menentukan kisah itu adalah pengalaman, duka atau pengajaran.

Darjat;

Serin memisahkan insan. Sering membezakan kasta. Sering memulakan duka dan memutuskan rasa serta harapan. Bagaimana khabar kamu disana? Sudah berkahwin kah? Sudah lupakan aku kepadamu?
 "Aku masih terkenangkan kamu"



Petrol;

Membuatkan mereka tidak punya wang menangisi nasib. Hutang sana-sini demi petrol. Demi mencari sesuap nasi. Dan, tidak mustahil. Bila seorang hamba Allah ini datang menagih RM10 setiap hari demi petrol.


Mengandung;

Sesiapa yang punya ikatan juga tentu gembira jika mengandung. Namun, sebaliknya jika mengandung itu penuh duka dan dugaan. Namun, Allah berikan segala kekuatan buatku.

Mesin fotostat;

Penganggur yang sudah sering berhenti kerja juga sudah muak menghadap mesin fotostat demi sijil-sijilnya yang seakan tidak laki kerana kerenah "kabel".

Pelajar juga sering rasa kecewa, bila mahu menggunakan khidmat fotostat atau printer, untuk assigment, namun poketnya sudah tipis.

 Dan, berduka lagi.

Sarapan;

Sesuap nasi untuk sarapan sudah cukup untuk memulakan hari. Namun, pada yang tidak mampu seakan terasa perit untuk sesuap nasi. Walaupun dia penanam padi, walaupun dia bekerja di kedai beras. Namun??

Tauke Koko;

walau sekeliling mu penuh cerita duit-duit, tidur malam mu tidak senang, gara-gara kamu pernah melukakan hati seorang wanita, seorang kah? Perasaan itu menghantuimu. Kamu berduka lagi.


Telefon;

Hati juga tidak senang bila telefon tidak berbunyi. Juga selalu menimbulkan kisah duka bila telefon juga pemutus hubungan antara suami-isteri. Cerai & fasakh. Dan semua cerita ini duka.


di hari Valentine ini.


pesan penulis :

Kisah duka ini bukan untuk aku, untuk kamu-kamu semua. Cerita sebenarnya baru bermula.








No comments:

Post a Comment

Silalah komen, jangan malu segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...